Skip to main content

Bahasa

Isu pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PSMI) kian panas sehingga ada pihak yang hilang pertimbangan. Soal pendidikan yang menjadi tunggak dalam pembentukan negara bermaruah yang sepatutnya dibincangkan di meja rundingan secara lebih waras dan berhikmah dibiarkan dilanyak di atas jalanraya oleh mereka yang mendakwa sebagai pejuang bahasa ibunda.
Agak memualkan saya melihat mereka yang bersorak dan menjerit di jalan melepaskan kemarahan (kepada siapa?) mendesak supaya Sains dan Matematik di ajar dalam bahasa ibunda. Apakah salahnya Bahasa Inggeris diajarkan dalam matapelajaran tersebut? Akan hilangkah jati diri anak Melayu di sekolah sekiranya bahasa penjajah ini digunakan dalam pengajaran kedua-dua subjek tersebut walaupun kita menyedari bahasa ini jugalah yang menjadi bahasa kedua anak-anak kita selama 11 tahun mereka berada di sekolah rendah dan menengah? Tindakan golongan pembuat kacau tanpa motif yang pasti dan berasas terang-terang tidak lebih lebih bermotifkan politik dan ekspresi kecewa semata-mata. Kalau benarlah Bahasa Melayu(bukan niat saya untuk merendahkan kemampuan bahasa ibunda sendiri), mengapa usaha DBP menterjemahkan pelbagai tajuk buku yang berasaskan sains dan teknologi tidak lama dulu sebagai satu langkah untuk menampung ketandusan bahan-bahan dalam Bahasa Melayu tidak mendapat sambutan. Saya melihat khalayak pembaca lebih selesa menguliti buku dalam versi asalnya daripada buku terjemahan itu sendiri. Mengapa...pihak yang bertanggung jawab dalam usaha penterjemahan ini pasti ada jawapannya. Janganlah menjadikan anak-anak kita sebagai "kambing hitam" untuk meraih populariti. Tidak rugi untuk menguasai Bahasa Inggeris walau apa pun kaedah dan salurannya. Pendedahan mereka kepada bahasa ini sejak di peringkat sekolah lagi pastinya dapat menyediakan mereka untuk berdepan dengan suasana di mana mereka sebenarnya tidak dapat lari dari menggunakan bahasa antarabangsa ini apabila belajar di universiti.Bahawa di kebanyakan universiti awam lebih-lebih lagi universiti swasta menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utama dan kebanyakan bahan rujukan di perpustakaan dalam Bahasa Inggeris, pangkalan data "online" yang bersumberkan bahasa nombor satu dunia ini, memberi isyarat cukup jelas bahawa bahasa ini memang tidak boleh dipinggirkan.Bagi mereka yang masih lagi berang tidak tentu tujuan,carilah isu lain yang lebih sesuai untuk dijadikan modal politik.

Pena Tumpul - Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya

Comments

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...