Skip to main content

Durian

.
Khabarnya durian sudah kurang diminati khususnya di kalangan generasi muda bawah 20 tahun. Ini didedahkan sendiri oleh Ketua Pengarah FAMA hasil kajian rambang yang dilakukan oleh FAMA. Fenomena ini tidaklah mengejutkan. Golongan tua pun semakin menjauhi raja buah ini kerana buah ini dikatakan boleh mendatangkan pelbagai masalah kesihatan sekiranya diambil berlebihan, terutamanya yang mengalami masalah darah tinggi. Lagi pun durian yang ada sekarang tidak sama seperti durian dulu. Durian dulu gugur dari pokok-pokok tua di dusun yang terlepas dari pelbagai bahan kimia. Sekarang ini pelbagai cara dilakukan untuk menggalakkan penghasilan buah. Kalau dahulu, musim durian cuma dua kali dalam setahun, tetapi kini kehadiran buah durian di pasaran boleh dilihat hampir sepanjang tahun. Atok saya yang kini berusia 89 tahun pernah berkata dulu-dulu (sekitar 70an dan 80an), setiap kali musim durian, orang kampung khususnya yang memiliki dusun durian luar biasa seronoknya Katanya durian-durian klon yang bermaharajalela di pasaran dan berbuah tidak mengira musim ini tidaklah enak sangat kalau hendak dibandingkan dengan durian dahulu. Pulangan dari jualan durian bukan sedikit jumlahnya malah sampai boleh ke Mekah. Saya sendiri masih ingat betapa seronoknya menikmati durian terus di bawah pokok, sama-sama mengutip dengan atok. Tidak cukup dengan itu, nenek (arwah) menyediakan santapan kegemaran saya- santan durian dengan pulut. Sedapnya. Namun itu cerita dulu. Kini durian tidak lagi digilai. Kehadirannya tidak mengira masa membunuh segala keseronokan yang pernah dinikmati dulu. Pemilik pokok durian telah ramai yang menebangnya kerana durian tidak semahal dulu. Begitulah nasib durian -raja segala buah!

Pena Tumpul - Bercadang hendak menebang pokok durian di dusun yang sudah lama tidak berbuah

Comments

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...