Skip to main content

Kemalangan

Betul kata orang tua-tua..malang memang tidak berbau.Pagi ini tanpa diduga saya terlibat dalam satu kemalangan kecil dengan sebuah motosikal. Untuk mengelakkan dua buah motosikal yang meluncur laju dari arah bertentangan, saya tidak punya pilihan tetapi menggunakan brek secara mengejut atau saya akan bertembong dengan kedua-dua penunggang itu yang sudah memakan jalan atau bakal melanggar sebuah kereta yang terletak di bahu jalan. (Saya sudah lama menyedari bahawa kereta-kereta yang wewenangnya diletakkan di bahu jalan bakal mengundang padah juga nanti.Ia berlaku pada saya rupanya). Saya tidak pernah menyangka di belakang saya dituruti rapat oleh seorang penunggang motosikal!
Saya hanya menyedarinya apabila terdengar bunyi hentakan di belakang kereta. Seorang pelajar sekolah tersungkam. Pastinya padah memecut laju. Hidung berdarah. Saya lega kerana tidak begitu serius cederanya. Saya tidak boleh menunggu lama kerana perlu bergegas ke tempat kerja, namun dengan hati yang agak kecewa bercampur geram. Kemalangan(walaupun takdir) pastinya boleh dielakkan sekiranya kita lebih berhati-hati. Penunggangan yang tidak berhemah khususnya di kalangan pelajar sekolah turut menyumbang kepada kecelakaan dijalanraya. Saya amat yakin, kebanyakan mereka yang menunggang motosikal ke sekolah tidak memiliki lesen. Malah pelajar yang terlibat dalam kemalangan itu pun mengaku tidak memiliki lesen. Memang saya sudah lama kurang senang dengan pelajar bermotor yang mempamerkan aksi menyusahkan pengguna jalanraya yang lain.Tindakan pihak polis masuk sekolah untuk mendapatkan maklumat tentang pelajar yang menunggang motor ke sekolah tanpa lesen sewajarnya di sambut baik oleh semua pihak lebih-lebih lagi ibubapa yang ambil mudah dalam perkara ini.

Pena Tumpul - Berjalan kaki ke sekolah

Comments

Popular posts from this blog

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Rencah

P erjalanan berkereta dari Segamat ke Serting pagi ini pastinya membosankan kalau tidak disulami dengan bual bicara dan gurau ketawa. Tok Ya yang turut serta bersama isterinya selain isteri dan Haziq memecah kesunyian apabila setelah lima minit berlalu saya masih lagi senyap justeru tidak ada apa yang hendak dibualkan. Tok Ya menyuarakan rasa kesal dan terkilan di atas pemergian Pak Itam sebulan yang lalu. " Dia mungkin boleh diselamatkan kalau mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta ". Walau pun kematian Pak Itam sudah ditentukan Ilahi namun layanan dan rawatan yang diberikan oleh hospital kerajaan amat dikesalkan. Pak Itam dibiarkan berminggu-minggu terlantar di katil sebelum pembedahan dilakukan. Yang lebih mengecewakan lagi apabila kecuaian yang dilakukan semasa pembedahan sehingga berlakunya infeksi pada paru-paru. Ini fenomena biasa di hospital kerajaan. Tok Ya sempat menceritakan pengalamannya dirawat di dua hospital yang berbeza ini. Walaupun ribuan ringgit terp...