Skip to main content

Cemburu

Seorang pelajar lelaki mendatangi saya pagi ini menyuarakan isi hatinya. Pertemuan ini saya anggap menarik kerana setelah hampir sebelas tahun di sini, seingat saya inilah kali pertama nasihat saya diminta untuk menghuraikan kekusutan yang ditanggung oleh pelajar yang tidak bersangkutan dengan soal akademik. Isunya tidaklah komplek mana pun, namun bisa saja menggugat emosi sekiranya tidak dibendung pantas. Sebuah konflik yang lumrah berlaku di kalangan remaja awal 20an. Khabarnya, ia tercetus dari rasa kurang senang seorang pelajar perempuan di dalam kelas yang saya ajar terhadap pelajar lelaki ini yang dipersepsi cuba berlagak pandai melebihi dia. Kesian pelajar lelaki ini. Bersungguh-sungguh dia meluahkan rasa hatinya bahawa bukanlah niatnya untuk menunjuk-nunjuk apatah lagi berlagak pandai dalam kelas. Pelajar perempuan ini rasa tergugat kerana sebelum ini dia dilihat juara dalam kelas..baguslah tu.
Memang dia tidak pernah tandus dengan soalan dan hujahan pendapat dalam kelas. Memang saya sendiri pun tertarik malah amat senang dengan caranya. Kata pelajar lelaki, rasa tidak senang pelajar perempuan ini sampai ke kemuncaknya apabila dia mula menyebar cerita buruk tentang dirinya dan akibatnya, pelajar lelaki kian dijauhi rakan yang lain. Yang lebih malangnya lagi, kedua-dua mereka berada dalam kumpulan yang sama untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Dia merayu kepada saya agar dibenarkan untuk keluar dari kumpulan tersebut. Saya memahami masalah beliau dan tidak mahu membiarkannya terus tertekan berada dalam kumpulan tersebut. Saya sempat bergurau kepadanya, mungkin dia ada menyimpan hati dan mencadangkannya mencari jawapannya.Harap dia akan selesa lepas ini.

Pena Tumpul - Teruja dengan pelajar yang aktif dalam kelas

Comments

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...