Sunday, May 31, 2009

One

I have one
You have one
Your mother uses your father's one
And your auntie uses your uncle's one
A married lady would acquire one
But a divorced lady would lose her one
Arnold Schwarzenneger has a longer one
Michael J. Fox has a shorter one
Madonna doesn't have one
The Chinese usually have short ones
While the Indian usually have long ones

Do you have one?
How long is your one?

Which one is your preferred one?

Pena Tumpul - Preferred Formula One

Merokok

Hari ini pada setiap tahun pada 31 Mei semua warga bumi menjayakan Hari Tanpa Tembakau Sedunia. Walaupun sejak empat dekad yang lalu gejala-gejala merokok sudah diketahui umum, namun ramai di antara ahli masyarakat masih samar-samar tentang hakikat tersebut. Ini sebahagian besarnya adalah hasil daripada aktiviti-aktiviti industri tembakau yang begitu pesat menonjol keghairahan merokok sebagai satu gaya hidup yang berjaya dan sekaligus dapat menarik banyak langganan di kalangan orang dewasa dan kebelakangan ini anak-anak remaja serta golongan wanita. Akhirnya tabiat merokok menjadi satu perkara yang begitu lumrah di dalam masyarakat kita sehinggalah hari ini.Di negara ini pendekatan paling terbaru yang digunakan untuk menimbulkan ketakutan merokok ialah dengan meletakkan pelbagai gambar yang memaparkan kesan daripada tabiat merokok. Berkesankah? Tidak dapat ditentukan sejauh mana keberkesanannya kerana yang pasti berjuta-juta wang terus dibakar setiap hari. Begitu juga, jumlah perokok semakin bertambah dari sehari ke sehari. Pelbagai langkah yang dijalankan sebelum ini pun seperti larangan menjual rokok kepada remaja bawah umur 18 tahun, kempen Tak Nak dan amaran pada kotak rokok berbunyi Merokok Membahayakan Kesihatan juga dilihat gagal mencapai matlamat yang diharapkan.Di Indonesia, kerajaannya mempamerkan di kotak rokoknya gambar beberapa batang rokok yang jika dibakar membawa perokok ke lubang kubur lambat launnya. Di negara kita walaupun harga rokok terus dinaikkan namun perokok masih sanggup mengeluarkan wang bagi tujuan merokok akibat justeru ketagihan yang melampau.Apa yang menyedihkan, statistik terbaru menunjukkan lebihkurang 60% atau 1.1 juta perokok di Malaysia adalah orang Melayu. Baru-baru ini secara berseloroh saya bertanya kepada kawan yang kebetulannya perokok tegar. "Tak takut ke gambar-gambar mengerikan kat kotak rokok tu? Secara selamba dia menjawab, "Saya tak takut dengan gambar-gambar itu semua, kerana bila-bila pun kita boleh mati, tetapi saya takut kalau rokok tidak ada lagi di pasaran". Kelihatannya pihak yang dipertanggungjawabkan khususnya Kementerian Kesihatan masih gagal untuk mendidik para perokok supaya berhenti merokok atau setidak-tidaknya mengurangkan tabiat merokok. Bukan sahaja perokok sedia ada terus ketagih merokok namun dalam masa yang sama bilangan perokok baru yang melibatkan remaja belasan tahun hatta yang masih dibangku sekolah terus dihasilkan. Di mana silapnya? Mungkin juga beberapa keratan video dibawah ini boleh membantu rakan perokok kita untuk melupakan terus tabiat rokok...Khabarnya perokok juga terdedah kepada kemungkinan untuk impoten.cukup takutkah mereka?




Pena Tumpul - Pernah mencuba rokok daun atok

Saturday, May 30, 2009

Penapis

Cubaan demi cubaan dibuat keatas isteri saya oleh rakan baiknya memujuknya supaya membeli penapis air. "Belilah, ramai kawan saya yang dah menggunakannya dan semuanya begitu takjub dengan kehebatan penapis air ini. Yang ada masalah gastrik sudah mula beransur baik" katanya cuba meyakinkan si isteri. Namun isteri masih belum cukup teruja dan terangsang untuk membelinya. Begitu juga saya yang sebelum ini pun telah didatangi dengan penjual pelbagai jenama penapis air. " You tahu tak air yang kita minum selama ni kat rumah tu belum cukup bersih malah tercemar dengan pelbagai kotoran seperti bahan logam yang memudaratkan kesihatan dalam jangka panjang". Begitulah antara ungkapan klise yang sering dilontarkan untuk memikat hati pembeli. Pun begitu, kami masih lagi belum bersedia untuk membelinya sehinggalah pada petang ini kami menyatakan persetujuan untuk memiliki satu unit penapis jenama Bio-Aura edaran Hai-O Marketing. Namun kesediaan kami untuk membelinya kali ini banyak didorong oleh faktor "kesian" kat kawan yang tidak jemu-jemu memujuk. Selain itu berapa sangatlah RM2080 untuk dibandingkan dengan kesihatan yang tidak ternilai. Selebihnya kami ingin mencubanya dahulu dan melihat sendiri hasilnya. Sejak petang ini kami tidak putus-putus meminum air yang khabarnya dikatakan kedua terbaik selepas air zam-zam. Mama pula membasuh beras dengan air

Pusingan pertama sudah selesai. Kami selesa dengan penapis air yang dijamin seusia hayat dan tidak perlulah bimbang lagi tentang pelbagai cerita yang menakutkan tentang air paip yang kita minum bertahun-tahun. Klorin yang dikatakan penyebab kanser antara maklumat yang menggegar hati dan perasaan. Kalau demikian halnya, bagaimanalah pula nasib mereka yang tidak cukup mampu untuk memiliki penapis air bagi menyaring segala kotoran dan racun yang terkandung dalam air tersebut? Kasihan mereka terus-terusan menggogok air paip yang cuma nampak bersih pada zahirnya itu.

Bijak pandai ada berkata" Health is better than wealth" Bagi yang bersetuju tentunya tidak teragak-agak untuk membelanjakan wang ringgit untuk sebuah kesakitan yang baik. Apalah yang ada pada wang berjuta kalau makanan enak tak dapat dirasa, hidup menderita menanggung sakit tidak terkata. Namun tidak semua melihatnya begitu. Bagi kebanyakan orang kita kelihatannya lebih cenderung berhabis wang untuk barangan yang tidak langsung menyumbang kepada kesihatan dan kesejahteraan. Saya pula melihat "Health is equally important as wealth" . Justeru itu, pusingan kedua kami sudah bermula. Isteri sebok menghubungi rakan taulan, saudara mara yang mungkin terpanggil untuk memiliki penapis air seperti kami. Sambil menyelam minum air. Badan sihat wang berlipat-lipat. Teruja betul kami berdua mendengar cerita yang telah berjaya merasai "mewah" kerana kesungguhannya menjual penapis air ini. Hari Isnin mendatang (8Jun) kami bakal mengundang seorang personaliti yang telah berjaya untuk sama-sama berkongsi kesihatan dan kemewahan. Saya mencabar isteri saya untuk membuktikan kejayaan seperti mereka dan saya sendiri tidak teragak-agak untuk melabur RM20 ribu untuknya. Tidak terujakah?

Pena Tumpul - Kita tidak kisah berhabis untuk aksesori kereta dan tv skrin besar

Friday, May 29, 2009

Lagu


Lagu dendangan P.Ramlee ini dipetik dari filem penuh nostalgik Bujang Lapok yang berulang-ulang kali ditonton dan sekali lagi pada malam ini. P.Ramlee sambil memetik gitar mengalunkan lagu ini sewaktu bulan mengambang sambil dua rakannya Aziz dan Sudin yang baring kekenyangan selepas menikmati sup ayam masin masakan mereka bertiga. Melucukan. Namun irama lagu ini benar-benar menyentuh perasaan.


Nak Dara Rindu


Di waktu malam

Bulan mengambang

Sunyi damai

Hai damai sekelilingku

Terdengar nan sayu

Bintang seribu

Membujuk rayu

Kerna merindu

Lagu yang dulu

Di waktu malam

Bulan purnama

Angina laut

Meniup-niup tenang

Mengatakan sayang

Berlagu merdu

Bermadah sayu

Lemah mendayu

Nak dara rindu

Tanjung Katong

Airnya biru

Tempat mandi

Nak dara jelita

Sama sekampung

Hai sedang dirindu

Inikan lagi

Hai jauh di mata.


Pena Tumpul - Teringat kampung halaman

Thursday, May 28, 2009

Sejarah

Subjek sejarah pada kebanyakan pelajar memang membosankan lebih-lebih lagi kalau guru yang mengajar itu sendiri gagal menjadikannya menarik. Kalau diberi pilihan, rasanya ramai pelajar yang lebih cenderung untuk tidak mengambil mata pelajaran ini. Sejarah tidak lebih hanya sekadar penceritaan masa silam yang tidak memberi makna dalam kehidupan semasa. Mempelajari sejarah mengheret kita ke belakang bersama cerita-cerita lapuk yang tidak menyumbang apa-apa. Sekurang-kurangnya inilah pandangan paling umum yang saya kira dikongsi sama oleh mereka yang tidak meminati sejarah apatah lagi membenci sejarah sebagai satu subjek yang sarat dengan khazanah lama namun berfakta. Bagi pencinta sejarah pandangan ini tentunya amat tidak disenangi. Sejarah sebenarnya perlu dihargai kerana banyak pengajaran yang ditinggalkannya untuk pedoman dan tauladan. Sejarah mengingatkan kita untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama. Sejarah juga mengajar kita supaya lebih berhati-hati dalam mendepani hari-hari yang mendatang. Sejarah mendewasakan kita.

Begitu pentingnya sejarah dalam kehidupan kita lebih-lebih lagi dalam sebuah negara yang sentimen setiap kaum perlu dijaga, jangan ada yang cuba memutarbelitkan fakta sejarah demi kepentingan masing-masing. Jangan ada yang buta sejarah. Dalam keghairahan untuk menjadi hero kepada golongan tertentu, kini kita lihat sudah ada pihak yang cuba melihat peristiwa sejarah dalam perspektif yang berbeza- tidak lain untuk kepentingan politik peribadi. Chin Peng yang selama ini dilihat sebagai pengkhianat negara dan terlibat secara langsung dalam pembunuhan sekian banyak mereka yang tidak berdosa kini ingin diberikan kulit baru. Chin Peng ingin diangkat sebagai hero yang juga menyumbang dalam penentangan terhadap penjajah British bagi mencapai kemerdekaan. Chin Peng perlu dijulang sebagai wira dan kekejaman lalunya perlu dipadamkan dan dilupakan begitu sahaja. Chin Peng sekarang sudah baik sekurang-kurangnya dalam konteks bahawa beliau sudah tua dan sudah tidak mengganas lagi sekarang.Mudahnya, semudah ribuan nyawa yang terkorban ditangannya dulu. Membenarkan Chin Peng masuk pastinya akan mengguris hati mereka yang masih hidup yang pernah menjadi mangsa kerakusan kuncu-kuncunya dulu. Terimalah hakikat dan kebenaran sejarah dan jangan buta sejarah! Menonton sedikit dari keratan filem Bukit Kepong akan mewajarkan mengapa Chin Peng tidak perlu dibenarkan balik ke negara ini.

Pena Tumpul - Melihat cacing dah naik ke mata

Wednesday, May 27, 2009

Perak


Kemelut politik di Perak sepatutnya boleh diselesaikan begitu mudah sekiranya dua pihak yang bertelagah mengambil pendirian untuk tidak terus berseteru kerana kepentingan politik peribadi. Krisis berpanjangan yang melingkari dua pemimpin ini tidak akan menguntungkan sesiapa malah menjadikan rakyat negeri yang pernah terkenal kerana bijih timah ini menjadi mangsanya. Nampaknya permusuhan yang pernah tercetus antara dua puak kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San kerana berebutkan lombong bijih timah sehingga memaksa pihak Inggeris campur tangan semacam berulang lagi namun dalam kapasiti dan platform yang berbeza. Dalam merungkai kekusutan politik Perak ini, kecenderungan untuk menggunakan mahkamah bukanlah satu-satunya pendekatan yang boleh digunapakai. Dalam mengembalikan semula suasana aman di Perak yang telah diselubungi suram sejak beberapa bulan yang lalu, sama ada rakyat diberi mandat untuk menyatakan pendirian mereka melalui peti undi sekali lagi atau kedua-dua pihak yang berseteru melupakan sejenak cita-cita politik kepartian mereka untuk duduk semeja dan berunding menghamparkan formula terbaik untuk seluruh rakyat Perak. Kelihatannya senario yang berlaku sekarang tidak cenderung untuk merelakan Dewan Undangan Negeri dibubar bagi memberi laluan mudah untuk pilihanraya dilakukan.Kebimbangan keputusan rakyat bakal tidak menyebelahi mana-mana dua pihak yang mempertarungkan nasib, memberi gambaran bahawa pilihanraya tidak mungkin menjadi pilihan terbaik untuk menyelesaikan krisis ini. Sebaliknya mahkamah kelihatannya akan kekal menjadi talian hayat bagi dua pihak yang sedang berbalah ini. Lepas satu, satu keputusan mahkamah dipertikaikan sekiranya keputusan tidak menyebelahi kedua-dua pihak yang berebutkan "kerusi panas" ini. Selagi keputusan paling jitu dan adil tidak diperolehi dalam menentukan pemilik sebenar kerusi Menteri Besar Perak ini,selagi itulah sesiapa pun yang berada di kerusi itu sekarang tidak akan senang duduk dan akan merasakan diri bagaikan telur di hujung tanduk! Keputusan yang adil, jitu dan mutlak cuma boleh diraih dari rakyat terbanyak, namun ia tidak mungkin berlaku justeru akan ada pihak yang lebih kecewa nanti sekiranya keputusan yang dibuat oleh rakyat tidak memihak kepada mereka. Saya suka menyarankan agar kedua pihak yang sedang bertelagah dan bertegang leher, berbaiklah dan berpakatlah dan buangkan sengketa yang ada. Seorang politikawan cuma mementingkan cita-cita politik dalam kerawang yang sempit, namun seorang negarawan tulin sanggup menguburkan aspirasi politik mereka untuk kesejahteraan rakyat. Mungkinkah ini berlaku? Mengapa tidak? Amerika dibawah Abraham Lincoln disatukan dengan membawa masuk pemimpin-pemimpin politik yang menjadi seteru utamanya semasa kempen Presiden. Obama mengambil pendirian serupa dengan memilih musuh-musuh politiknya untuk membentuk pasukan kerajaan yang kuat untuk sebuah Amerika yang terus gagah di mata dunia. Sepatutnyalah dalam usaha kita untuk membina 1Malaysia, perkiraan politik yang tidak menguntungkan sudah sewajarnya dipinggirkan sedikit demi sedikit. Kalau Obama boleh membentuk "Team of Rivals" legasi Linclon, mengapa tidak kita? Tepuk dada tanya selera, diri sendiri kah atau rakyat? Politikawan atau negarawan akan memberi jawapan yang berbeza, pastinya.

Pena Tumpul - Mulakan dengan 1Perak

Tuesday, May 26, 2009

Racun

Mantoba seorang pemandu lori yang dalam kehausan langsung meneguk habis air di dalam gelas milik kawannya. Kawannya yang empunya gelas terus menangis. "Hei, jangan la nangis!" kata pemandu lori. "Aku cuma bergurau. Aku belikan kau minuman yang lain!" "Bukan itu masalahnya. Hari ini merupakan hari terburuk dalam hidupku. Pertama, semasa aku ke pejabat tadi bosku marah besar dan aku dipecat. Ketika mahu pulang, ternyata keretaku dicuri orang. Masa aku naik teksi, ternyata dompet dan kad kreditku tertinggal di dalamnya. Sampai rumah, isteriku tidur dengan tukang kebun. Aku meninggalkan rumah dan datang ke restoren ini. Setelah berfikir panjang, aku mengambil keputusan untuk mengakhiri hidup aku, tiba-tiba kau pulak muncul meminum air yang telah aku campurkan racun itu." ceritanya tanpa henti sambil teresak-esak.

Pena Tumpul - Banyak minum air sekarang kerana cuaca yang luarbiasa panasnya

Monday, May 25, 2009

Pertemuan

"Awak ini Ahmad Kamil kan?" sapa seorang tukang sapu wanita yang tidak pernah saya temui sebelum ini ketika saya terserempak dengannya pagi ini. "Baru bertugas di sini agaknya", kata hati saya." Ya, saya Ahmad Kamil". "Awak siapa ya?" balas saya. "Tentu awak masih ingat zaman sekolah rendah kita dahulu. Saya Siti Noridah Dini satu kelas dengan awak dulu, termasuk Nazari, Zul, Rosli, Johari."ujarnya seolah-olah ingin meyakinkan saya. Beberapa nama yang pernah saya dengar terpacul keluar dari mulutnya dan sekaligus menyentak ingatan saya kepada mereka semua. Saya memang tidak mengenalinya langsung sekiranya dia tidak mengenalkan dirinya. Setelah 36 tahun berlalu, tanpa diduga kami ditemukan dalam suasana yang berbeza dan perubahan diri yang sukar dikecam. Saya masih ingat kami membawa haluan masing-masing sebaik-baik sahaja melangsaikan alam sekolah rendah. Selepas itu kami tidak pernah bertemu lagi. Siti tidak meneruskan pengajian di sekolah menengah dan khabarnya menamatkan zaman gadisnya dalam usia yang amat muda. Sudah begitu pilihannya. Menurut Siti, dia baru sahaja seminggu bertugas sebagai tukang sapu di UiTM ini dan hatinya kuat berkata yang dia tidak salah orang bila terpandang nama saya di pintu bilik. Saya sempat bertanya kepadanya tentang kawan-kawan yang lain seperti
Roslina, Talha, Md Sam, Aziz, Parman, Zalbiah dan sesiapa sahaja yang terlintas di ingatan ini. Terfikir juga untuk menubuhkan Alumni pelajar Sekolah Kebangsaan Batu Anam, tentu seronok dapat bertemu kembali berkongsi pengalaman dan cerita bertahun-tahun! Selepas itu saya membiarkannya seketika melunaskan tugasnya dan saya kembali semula ke bilik yang bersapu kemas dan bersih oleh salah seorang rakan se kelas saya. Begitu ketentuanNya yang memberikan hambaNya peranan untuk dipikul penuh tanggungjawab.

Pena Tumpul - Rasa lucu bila menyapanya" makcik, boleh tolong sapu bilik saya ke?"

Air

Artikel yang tersiar dalam Metro Ahad (24.5.2009) ini begitu sarat dengan informasi yang saya kira tidak mampu untuk dibiarkan tanpa dibaca dan diamalkan. Perlu juga diarkibkan.

10 gelas air sehari

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
norlaila@hmetro.com.my

ANTARA saranan asas yang sering diberikan pakar perubatan dan pemakanan ialah minum banyak air iaitu sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas atau dua liter sehari untuk mengekal dan meningkatkan kesihatan.

Bagaimanapun, untuk minum air sebanyak itu bukan mudah kerana ia bermakna kita kerap berulang ke tandas dan bagi sesetengah orang, terutama yang berumur, ia sungguh menyusahkan dan dianggap masalah atau gangguan.

Malah, ada orang bimbang mereka mengalami masalah kesihatan tertentu jika kerap buang air kecil. Pada kebiasaannya, pundi kencing dikosongkan setiap empat jam. Jadi buang air kecil enam hingga tujuh kali sehari adalah perkara normal bagi individu sihat yang minum air secukupnya.

Pundi kencing bertindak sebagai tempat menyimpan air kencing dan boleh mengembang untuk menampung sehingga 350 hingga 550 militer air kencing.

Kita biasanya terasa hendak buang air kecil apabila kandungan pundi kencing lebih kurang 200 mililiter, tetapi kapasiti normal ialah sekitar 400 mililiter. Yang tidak normal ialah jika anda kerap bangun malam untuk buang air kecil.

Kerap buang air kecil pada siang adalah perkara baik kerana ia proses semula jadi untuk menyingkirkan sisa toksik dan bahan buangan dari badan.

Minum air sekurang-kurangnya lima gelas sehari boleh mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45 peratus, kanser payudara (79 peratus) dan kanser pundi kencing (50 peratus).

Walaupun tahu kepentingan dan manfaat air, tidak ramai sanggup berulang alik ke tandas. Mereka bukan saja minum sedikit, tetapi turut mengelak makanan yang mengandungi banyak air. Sumber air kita datang daripada minuman (47 peratus), makanan (39 peratus) dan proses metabolisme di dalam sel (14 peratus).

Menurut Pakar Air Bertauliah Persatuan Kualiti Air (WQA), Michael Long, kekurangan air adalah punca utama keletihan pada waktu siang yang boleh menyebabkan pernafasan menjadi pendek, sakit perut, kebas dan risau tanpa sebab munasabah.

Mengantuk selepas makan tengah hari adalah petanda penting badan kita kekurangan air. Air diperlukan untuk proses pencernaan dan metabolisme makanan. Untuk menjalankan proses ini, badan mengambil air daripada sel badan (termasuk darah).

Oleh kerana air membabitkan dua komponen iaitu dua molekul hidrogen dan satu molekul oksigen (H2O); apabila ia digunakan untuk proses pencernaan, bekalan oksigen ke otak berkurangan. Ini sebabnya kita berasa mengantuk, letih dan sukar menumpukan perhatian kepada kerja selepas makan.

“Air penting untuk melarutkan hasil sampingan metabolisme seperti asid urik dan urea yang diangkut oleh darah ke buah pinggang. Air mencukupi diperlukan untuk mengeluarkan bahan buangan ini dari badan dengan berkesan kerana kekurangan air memaksa buah pinggang bekerja lebih keras untuk menapis bahan toksik dan lama kelamaan ia boleh menyebabkan kerosakan organ penting ini.

“Air juga diperlukan untuk menjadi pelincir kepada pergerakan sendi dan kajian menunjukkan pengambilan lapan hingga 10 gelas air sehari boleh mengurangkan kesakitan sendi pada 80 peratus pesakit artritis.

“Air turut menjadi bahan asas paling utama untuk aktiviti enzim dan kawalan suhu badan; membolehkan darah menghantar oksigen dan nutrien kepada sel di seluruh badan. Kekurangan air menjejaskan semua proses ini dan khasiat makanan mungkin tidak dapat diagihkan dengan baik ke seluruh badan,” katanya pada prapelancaran Ekspo Pendidikan Air Tulin anjuran Elken Sdn Bhd.

Badan kita membabitkan 70 peratus air dan jika air ini bersih, sel badan jadi lebih segar dan kuat. Air bersih boleh merangsang sistem pertahanan badan, metabolisme sel dan mengurangkan risiko sel menjadi tidak normal, mencegah bahan toksik daripada merebak ke sel lain dan merendahkan peluang mendapat jangkitan.

Air untuk buang lemak

Bagi individu yang mahu mengurangkan berat badan, minum banyak air kosong antara jalan terbaik. Air elemen penting untuk membantu meningkatkan metabolisme badan dan mempercepatkan proses pembuangan lemak. Untuk kekal sihat dan bertenaga, setiap orang perlu minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas air kosong sehari.

Masalahnya ramai orang keliru antara isyarat ‘lapar’ atau ‘dahaga’. Kekeliruan ini menyebabkan ada orang mencari makanan setiap kali satu daripada isyarat ini diterima otak.

Akibatnya berat badan bertambah tanpa disedari. Masalah ini lebih ketara di kalangan orang tua kerana deria rasa mereka menjadi kurang sensitif. Tidak hairan jika ramai orang tua mengalami masalah kekurangan air dalam badan.

Bagi individu yang turut mengalami kekeliruan ini, langkah terbaik ialah minum air setiap kali terasa lapar. Kajian menunjukkan segelas air kosong boleh menghilangkan kelaparan di tengah malam dan berita baiknya, air tidak mengandungi kalori. Jadi isu pengumpulan tenaga berlebihan yang akhirnya disimpan sebagai lemak tidak timbul.

Untuk kesan lebih cepat, pakar pemakanan menyarankan supaya minum setiap kali sebelum makan. Air membuatkan kita terasa cepat kenyang dan ini secara tidak langsung dapat mengelak kita makan banyak.

Pun begitu, jangan sampai tidak makan kerana badan kita sangat bijak. Jika kekurangan makanan, ia merendahkan tahap metabolisme untuk menjimatkan pembakaran tenaga.

Malangnya, tahap metabolisme rendah sukar ditingkatkan semula. Ia kekal bagi tempoh lama dan tidak meningkat walaupun tabiat makan kembali seperti biasa. Hasilnya, tenaga yang tidak dibakar daripada makanan disimpan sebagai lemak dan akhirnya membuat kita bertambah gemuk.

Ingat, air yang perlu diambil ialah air kosong. Minuman manis mengandungi kalori kosong iaitu yang tidak diperlukan badan. Apabila disuruh minum sehingga dua liter sehari, timbul kebimbangan berlaku kesan sampingan terlalu banyak air. Ada yang mendakwa ia menyebabkan perut berasa kembung.

Long berkata, satu-satunya kesan sampingan yang dialami ialah kerap berulang ke tandas dan ia dianggap perkara baik. Secara umumnya kita tidak akan mengalami masalah ‘terlalu banyak air’ kerana badan secara automatik mengeluarkan air berlebihan.

Yang lebih kerap berlaku ialah kekurangan air (dehidrasi). Ramai orang tidak sedar mereka mengalami kekurangan air yang kronik. Antara contoh kekurangan air yang kronik ialah apabila anda hanya pergi tandas satu atau dua kali sehari, berasa dahaga, kulit menjadi kering dan mengalami masalah retensi atau tegasan air.

“Retensi air yang menyebabkan perut terasa kembung atau kaki nampak bengkak adalah tanda kekurangan air, bukan sebab terlalu banyak air. Kita berasa kembung kerana badan cuba mengekalkan keseimbangan garam galian. Cara untuk atasi masalah ini ialah dengan minum air secukupnya iaitu antara lapan hingga 10 gelas sehari. Anda akan dapat lihat perubahan positif secara perlahan-lahan.

“Kekurangan air menyebabkan bahan buangan yang perlu dikeluarkan dari badan terkumpul dan lama kelamaan boleh mengakibatkan masalah kesihatan, contohnya pembentukan batu karang. Kehilangan hanya dua peratus air boleh menyebabkan otak kurang cerdas, ingatan jangka pendek menjadi kabur, sukar mengira dan menumpukan perhatian ketika membaca.

“Jadi usah risau jika anda perlu selalu ke tandas kerana ia antara cara meningkatkan kepekaan fikiran, khususnya bagi individu yang banyak duduk ketika bekerja.

“Banyak kajian menyarankan kita berhenti rehat setiap satu atau satu setengah jam. Pergi ke tandas boleh dianggap sebagai ‘rehat’ yang bukan saja baik untuk membersihkan badan, tetapi mampu meningkatkan tumpuan fikiran,” katanya.

Badan kehilangan air melalui:

> Pernafasan (1 gelas air — 14 peratus)

  • Air kencing (5 1/2 gelas air atau 50 peratus)

  • Peluh ( 2 gelas air — 34 peratus)

  • Najis (1/2 gelas air — dua peratus)

    Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas atau kira-kira dua liter air sehari.

    Air tulen

    Air paip di negara kita dikelaskan sebagai air yang selamat. Ia bermakna ia boleh diminum terus tanpa perlu dimasak kerana dirawat dengan klorin yang membunuh bakteria dan virus.

    Bagaimanapun, rawatan yang ada tidak dapat menyingkir bahan terlarut seperti bahan kimia, sama ada racun serangga, rumpai, cat dan ubat farmaseutikal, termasuk ubat penenang, jantung dan hormon seks.

    Bagaimana bahan ini boleh masuk ke dalam air yang kita minum? Bumi adalah satu sistem tertutup dan air yang ada di atas bumi wujud sejak zaman dulu kala lagi. Bahkan ia adalah air yang sama diminum oleh dinasour!

    Dunia kita sangat kecil dan tanpa disedari semua orang di dunia berkongsi sumber air sama. Air yang dianggap kotor di Sungai Ganges di India mungkin tersejat menjadi titisan air di awan yang kemudian turun sebagai hujan di tempat anda! Jadi ini sebabnya kita perlu sama-sama menjaga kebersihan sungai dan semua punca air di negara kita supaya tidak tercemar.

    Sedihnya, kajian menunjukkan sungai di Asia paling tercemar di dunia; mengandungi tiga kali ganda sisa manusia dan paras plumbumnya 20 kali lebih banyak berbanding sungai di negara maju (perindustrian).

    Penyakit akibat air tercemar mudah merebak dan separuh daripada jumlah katil hospital di seluruh dunia diduduki pesakit yang mengalami penyakit bawaan air. Dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini cirit-birit membunuh ramai kanak-kanak yang melebihi jumlah kematian akibat Perang Dunia Kedua!

    “Kandungan nitrat tinggi dalam air menyebabkan bayi baru lahir mengalami Sindrom Bayi Biru; yang mengurangkan kemampuan darah membawa oksigen. Bahan kimia arsenik pula dikaitkan dengan penyakit kanser paru-paru.

    “Penapisan dan pengklorinan tidak dapat menyahkan arsenik daripada air. Malah, ada kajian menunjukkan mendidihkan air boleh meningkatkan kandungan arsenik dalam air masak.

    “Justeru, mendidihkan air dianggap tidak mencukupi untuk dijadikan benteng mencegah penyakit. Badan memerlukan air tulen yang bebas daripada bahan terlarut dan contoh air tulen ialah air hujan dan air daripada proses osmosis songsang (berbalik).

    “Semua orang tahu buah pinggang adalah sistem penapis dalam badan. Kehadiran bahan asing dalam air minuman masuk ke dalam darah dan ditapis di buah pinggang untuk disingkir dari badan.

    “Lebih tinggi kandungan bahan asing dalam air minuman, lebih kuat buah pinggang perlu bekerja untuk menyingkirnya. Lama kelamaan ia menyebabkan kilang penapis ini letih dan alami kerosakan,” katanya.

    Setiap lima hingga 13 hari, air dalam badan diperbaharui. Jadi kita sentiasa ada peluang untuk membersih dan menyingkir bahan toksik berbahaya daripada terkumpul di dalam badan dengan minum air tulen. Air bersih boleh meningkatkan daya ketahanan badan dan membuatkan kita berasa lebih segar.

    Ada yang mempersoalkan jika minum air tulen, kita tidak akan mendapat garam galian. Menurut Long, garam galian yang diperlukan badan adalah garam galian organik dan ia datang daripada makanan. Garam galian yang ada dalam air bukan organik dan tidak boleh diserap badan. Jadi persoalan kekurangan garam galian daripada air tidak timbul kerana kandungannya terlalu kecil; lagipun semua garam galian itu ada dalam makanan.

    Pun begitu, minum air tulen saja tidak dapat menjamin tahap kesihatan anda bertambah baik kerana ia bergantung kepada empat faktor iaitu pemilihan makanan, minuman, senaman dan kerohanian. Ini yang dipanggil penjagaan kesihatan secara holistik dan seseorang tidak mungkin hidup sejahtera jika empat faktor berkenaan tidak seimbang.

  • Pena Tumpul - Penggemar Milo O

    Sunday, May 24, 2009

    18Kasih

    Tanggal 24.5.91 adalah tarikh paling bersejarah dalam hidup saya.Status bujang yang saya harungi selama 30 tahun secara rasmi dan sahnya dilupuskan pada hari Jumaat jam 9.45 malam di rumah No13 Kg Gudang Garam dengan renggutan tangan Imam Samad (Allahyarham) bersaksikan Pak Alang Yunos, Hj Mohd Ali Bujang (Allahyarham), Hussin Tawil (Allhyarham) dan Hj Abd Aziz (Allahyarham). Begitu juga status seorang dara milik gadis 24 tahun bernama Noorwati Muda larut sama dalam jalinan pernikahan kasih sayang bertaut erat restu keluarga tercinta. Perkenalan saya dengan isteri tercetus dari sebuah potret kelas milik adik yang kebetulan sahabat baiknya. Hati berkenan lalu bermulalah satu perjalanan dan peranan. Empat tahun hubungan terjalin bukan tanpa liku dan cabaran di depan. Namun keserasian dan takdir serta jodoh menemukan dan menyatukan kami di majlis penuh bermakna 18 tahun yang silam. Tangan direnggut, cabaran disahut, tanggungjawab menuntut, bersama saat cincing disarung dengan dugaan diharung. Pahit manis, kelat masin dalam hidup berumahtangga adalah lumrah dan sentiasa menerjah lompang-lompang kealpaan yang kalau tidak bijak menyanggah bakal menjerumus kelembah padah. Yang ringan sama dijinjing, yang berat sama dipikul menjadi resepi paling utuh dalam menerajui teratakasih yang penuh pancaroba. Hati kuman sama dicicah, hati gajah pula sama dilapah. Sikap enau dalam belukar kami buang jauh-jauh. Namun yang paling penting saling percaya dan jujur ramuan paling penting dalam mengemudi bahtera kehidupan kedestini hakiki lagi diredai Ilahi.

    "Semoga Allah SWT menghimpun yang terserak dari keduanya memberkati mereka berdua,
    meningkatkan kualitas keturunannya sebagai pembuka pintu rakhmat, sumber ilmu
    dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat."
    (Doa Nabi Muhammad SAW, pada pernikahan putrinya Fatimah Az Zahra dengan Ali bin Abi Thalib)

    Pernikahan atau perkawinan, Menyingkap tabir rahasia ...
    Isteri yang kamu nikahi,
    Tidaklah semulia Khadijah,
    Tidaklah setaqwa Aisyah,
    Pun tidak setabah Fatimah ...
    Justru Isteri hanyalah wanita akhir zaman,
    Yang punya cita-cita, Menjadi solehah...
    Pernikahan ataupun perkawinan,
    Mengajar kita kewajiban bersama ...
    Isteri menjadi tanah, Kamu langit penaungnya,
    Isteri ladang tanaman, Kamu pemagarnya,
    Isteri kiasan ternakan, Kamu gembalanya,
    Isteri adalah murid, Kamu mursyid (pembimbing)-nya,
    Isteri bagaikan anak kecil, Kamu tempat bermanjanya ...
    Saat Isteri menjadi madu, Kamu teguklah sepuasnya,
    Seketika Isteri menjadi racun, Kamulah penawar bisanya,
    Seandainya Isteri tulang yang bengkok, ber-hati²lah meluruskannya ...
    Pernikahan ataupun perkawinan,
    Menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa ...
    Untuk belajar meniti sabar dan ridho,
    Karena memiliki Isteri yang tak sehebat mana,
    Justru kamu akan tersentak dari alpa,
    Kamu bukanlah Muhammad Rasulullah atau Isa As,
    Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamaullahhuwajah,
    Cuma suami akhir zaman, yang berusaha menjadi soleh ... Amiiin

    Pena Tumpul - Cuma nikah gantung dan kena tunggu sehingga 31.10.91


    Saturday, May 23, 2009

    Reading



    This book has got to be one of the best business books I’ve ever read. Is it because it’s exciting, thrilling, and make you sit at the edge of your Starbucks lounge-lizard-by-the-fireplace seat? Nope. Is it filled with witty euphimisms, or witty anything? Hardly. Does it make me want to be a better man, business- or otherwise? Um… no.

    Why is it, perhaps, the best business book on the planet, then?

    Because it tells you, analytically, without apology, when your “great idea” either stinks or has the potential to rule the world (for a short time anyway).

    Kim Mauborgne writes this book like a textbook from college. It’s not that difficult to read, it’s just really REALLY dry. The thing is, that kind of stuff gets me going. I was the kid in school who wanted to read those big thick strategy textbooks. So, after the first few chapters, this thing really hit me.

    By the time I wrote all my notes, made drafts which I will now fill out when I come up with my “brilliant ideas” prior to running with them, and analyzed all my previous projects, businesses, and companies I worked for, I hadn’t even hit the good stuff yet.

    Want the juice? Read Appendix B. “Value Innovation, A Reconstructionist View of Strategy”.

    Let me just give you a snippit to whet your appetite.

    To reconstructionist eyes, however, the strategic challenge looks very different. Recognizing that structure and market boundaries exist only in managers’ minds, practitioners who hold this view do not let existing market structures limit their thinking. To them, extra demand is out there, largely untapped. The crux of the problem is how to create it. This, in turn, requires a shift of attention from supply to demand, from a focus on competing to a focus on value innovation — that is, the creation of innovative value to unlock new demand. ….

    We have seeen in the example of Cirque du Soleil a focus on the demand side, whereas recombination is about recombining existing technologies or productive means, often focusing on the supply side. The basic building blocks for reconstruction are buyer value elements that reside across existing industry boundaries. They are not technologies nor methods of production.

    By focusing on the supply side, recombination tends to seek an innovative solution to the existing problem. Looking at the demand side, in contrast, reconstruction breaks away from the cognitive bounds set by existing rules of competition. It focuses on redefining the existing problem itself. Cirque du Soleil, for example, is not about offering a better circus by recombining existing knowledge or technologies about acts and performances. Rather, it is about reconstructing existing buyer value elements to create a new form of entertainment that offers the fun and thrill of the circus with the intellectual sophistication of the theater. Redefining the problem usually leads to changes in the entire system and hence a shift in strategy, whereas recombination may end up finding new solutiosn to subsystem activities that serve to reinforce an existing strategic position.

    To throw some gun powder on the fire (is this exciting or what!!!?), reading Appendix A, which is really a shortened summary of the entire book using witty examples and stories, solidifies the necessity to put the freaking book down and go do something about your ideas.

    Now go already! Buy the book. Read it. And, make blue oceans! (Not yellow ones.)

    By and large, you walk away from this book feeling empowered, inspired and challenged to create value that would make your competitors irrelevant. I personally found it to be a really great business book and very thought inspiring. A must-read for everyone involved in running a business.

    Pena Tumpul - Should have read the book long time ago

    Friday, May 22, 2009

    Kejam


    Pembunuhan kejam yang meragut tiga nyawa termasuk seorang ibu dan anak beserta pembantunya memberi gambaran bahawa masyarakat kini terdedah dengan perlakuan jenayah yang tidak diduga. Kejadian yang menimpa wanita malang ini boleh berlaku pada sesiapa sahaja sekiranya langkah berjaga-jaga tidak dimabil. Penjenayah yang dalam keadaan terdesak sentiasa sahaja mengintai peluang untuk "mengerjakan" mangsanya yang alpa. Inilah yang berlaku kepada Mah Yah Matzi, 42 tahun- dia tidak menyedari gerak-gerinya diperhatikan oleh pembunuh kejam yang mengekorinya hingga ke rumah, ketika dia mengeluarkan wang dari mesin ATM. Dalam keadaan yang amat terdesak, lebih-lebih lagi di bawah pengaruh dadah, seorang penjenayah akan bertindak apa sahaja, hatta membunuh. Walaupun kejadian ini boleh dianggap terpencil namun saya melihat taman perumahan di bandar-bandar besar khususnya amat terdedah kepada ancaman jenayah. Kejadian jenayah begini mungkin dapat dielakkan sekiranya langkah-langkah keselamatan yang lebih ketat dilakukan untuk memastikan bandar yang bebas jenayah dapat dicapai. Adakah status bandar yang bebas jenayah telah kita capai? Saya pernah menulis tentangnya tidak lama dahulu di sini.

    Pena Tumpul - Semua orang ada peranan termasuk penjenayah

    Bandar bebas jenayah


    KEJADIAN jenayah yang berlaku sejak akhir-akhir ini amat membimbangkan. Hampir saban hari kita disajikan dan disogokkan dengan pelbagai kejadian jenayah yang boleh sahaja membangkitkan perasaan takut orang ramai terhadap tahap keselamatan awam khususnya di bandar-bandar besar.

    Guru dibunuh dalam perjalanan ke sekolah dan gadis yang dibunuh dan dirogol dalam perjalanan ke tempat kerja adalah antara kejadian jenayah yang bisa meruntun hati kita semua. Jenayah ragut yang ada kalanya berakhir dengan kematian merupakan kejadian jenayah yang semakin mendapat perhatian.

    Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM) melaporkan satu kes curi ragut berlaku setiap jam dalam enam bulan pertama tahun ini, iaitu peningkatan 141 atau tiga peratus kepada 4,766 kes berbanding 4,625 kes bagi tempoh sama tahun lalu. Walaupun kes ragut di negara ini masih boleh dianggap rendah jika dibandingkan dengan jumlah penduduk namun kita tidak boleh memandang ringan justeru trend yang berlaku menunjukkan peningkatan.

    Kejadian jenayah sering dikaitkan dengan kawasan bandar yang sebenarnya berisiko tinggi berbanding dengan kawasan lain. Hakikat ini tidak dapat disangkal justeru pertambahan penduduk yang semakin pesat dan desakan hidup yang semakin meningkat mendorong kepada peningkatan perlakuan jenayah. Bagi mengurangkan kejadian jenayah ini, konsep bandar selamat perlu diberikan perhatian yang sewajarnya.

    Sebenarnya konsep bandar selamat telah diutarakan oleh Jane Jacobs seorang wartawan melalui bukunya Life and Death of American Cities (Hidup dan Matinya Bandar Raya Amerika) yang diterbitkan dalam tahun 1961. Sebagai seorang penghuni bandar, beliau telah mengenal pasti ciri-ciri pewujudan bandar selamat yang akhirnya telah diterima pakai sebagai panduan kepada perancangan bandar di Amerika Syarikat. Antara lain beliau menekankan kepada keperluan kerjasama komuniti bandar bagi meningkatkan tahap keselamatan para penghuninya.

    Di negara kita konsep bandar selamat telah dicetuskan oleh YPJM seawal 1998 lagi dan Bangsar telah dipilih sebagai perintis kepada perlaksanaan konsep itu dengan pemasangan televisyen litar tertutup (CCTV) di pusat perniagaan Bangsar Baru. Ternyata langkah itu membuahkan hasil kerana kejadian jenayah dilaporkan menurun sehingga 12 peratus dan terus diperluaskan ke beberapa lagi kawasan di Lembah Klang dan bandar-bandar besar yang lain di seluruh negara.

    Ekorannya, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menerusi Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) telah memperkenalkan konsep bandar selamat yang mempunyai empat ciri-ciri utama iaitu pewujudan sebuah bandar yang bebas dari semua ancaman fizikal, sosial dan mental; persekitaran yang sentiasa dalam keadaan paling terpelihara selain tidak menimbulkan suasana yang boleh menggalakkan kejadian mengganggu-gugat kesejahteraan setempat. Bandar selamat juga menjanjikan supaya penghuni sentiasa berada dalam keadaan yang paling selamat, sejahtera, sihat dan ceria.

    Dalam hubungan ini, jemaah menteri pada Ogos 2004 telah menggariskan empat matlamat utama dalam mewujudkan bandar selamat iaitu:

    * Bandar yang bebas daripada keganasan, merosakkan harta benda dan nyawa seperti gejala ragut, pecah rumah, kecurian dan sebagainya.

    * Bandar yang bebas daripada kemusnahan dan malapetaka ekoran bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh.

    * Bandar yang bebas daripada kemerosotan sosial dan moral, seperti penagihan dadah, kecurian, jenayah kolar putih, rasuah, salah guna kuasa, hilang integriti dan sebagainya.

    * Bandar yang bebas daripada kemalangan dalam dan luar bangunan seperti kemalangan jalan raya, jatuh dari bangunan, kebakaran dan sebagainya.

    Bagi mencapai matlamat ini lima langkah segera telah dicadangkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) agar dilaksanakan iaitu:

    * Pengasingan laluan pejalan kaki dengan jalan bermotor.

    * Penyediaan pagar.

    * Mencuci kawasan-kawasan semak dan terlindung.

    * Laluan awam tidak terlindung atau terhalang dari pandangan awam.

    * Mencahayakan kawasan-kawasan gelap yang menjadi sasaran atau tumpuan penjenayah.

    Peringkat awal pelaksanaannya tertumpu kepada program tindakan pencegahan jenayah khususnya jenayah harta benda melalui tiga strategi utama, iaitu reka bentuk persekitaran fizikal, kesedaran awam dan memperkasakan kawasan sasaran yang menggariskan 23 langkah pencegahan jenayah.

    Namun begitu apa yang menggusarkan kita ialah konsep bandar selamat yang ternyata berkesan dalam mengurangkan kadar jenayah ini tidak mendapat sambutan yang baik dari kebanyakan PBT di negara ini. Ini terbukti apabila setelah lebih kurang lapan tahun konsep ini diperkenalkan, berdasarkan laporan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, setakat Jun lalu cuma 20 daripada 144 telah memasang CCTV.

    Namun sebagai salah satu langkah membendung kejadian jenayah yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini selain daripada saranan Perdana Menteri sendiri, mulai tahun ini telah diberikan peruntukan sejumlah RM236 juta setahun berbanding sebanyak RM84 juta sebelum ini dengan tumpuan utama kepada pewujudan bandar selamat melalui pemasangan CCTV.

    Perlu diingat, di samping mempertingkatkan sistem kerja dan penyampaian perkhidmatan yang efisien kepada penduduk, sesebuah PBT tidak sepatutnya memandang remeh kepada aspek keselamatan penduduk-penduduk di dalam kawasannya. Dalam memberi kelulusan perancangan pemajuan dan pembangunan dalam kawasan pentadbiran masing-masing, PBT mestilah mengambilkira juga aspek keselamatan dan keselesaan penduduknya. Apa yang berlaku pada masa kini aspek tersebut kurang diberi perhatian oleh pelbagai pihak yang bertanggungjawab mengenainya.

    Bagi menjamin keselamatan rakyat keseluruhannya, PBT seharusnya memberikan perhatian yang lebih serius kepada usaha mewujudkan sebuah bandar yang selamat. Bangunan-bangunan yang diluluskan untuk dibina mestilah mempunyai reka bentuk yang sesuai dan selamat digunakan serta mempunyai sistem keselamatan yang sesuai seperti pencahayaan yang mencukupi, tempat letak kereta yang terang dan dilengkapi dengan sistem CCTV yang canggih dan sebagainya.

    Namun begitu konsep bandar selamat tentunya tidak terhad kepada pemasangan CCTV semata-mata. Apa yang lebih penting ialah orang ramai juga perlu dididik supaya lebih berhati-hati dan tidak mendedahkan diri mereka kepada bahaya perlakuan jenayah. Selain daripada itu tanggungjawab membanteras jenayah tidak seharusnya dibebankan kepada polis semata-mata justeru dengan nisbah polis dan penduduk di Kuala Lumpur pada 1:278 manakala di Selangor 1:565 sekarang adalah tidak adil untuk mengharapkan peranan mereka semata-mata.

    Sikap tidak ambil peduli kepada mereka yang menjadi mangsa jenayah juga perlu dikikis.



    Thursday, May 21, 2009

    Interview

    A policeman was interviewing 3 candidates who were getting trained to become detectives. To test their skills in recognizing a suspect, he shows the first candidate a picture for 5 seconds and then hides it.

    "This is your suspect, how would you recognize him?"
    The first candidate answers, "That's easy, we'll catch him fast because he
    only has one eye!" The policeman says, "Well...uh...that's because the picture I showed is his side profile." Slightly flustered by this ridiculous response, he flashes the picture for 5 seconds at the second candidate and asks him "This is your suspect, how would you recognize him?"

    The second candidate smiles, flips his hair and says, "Ha! He'd be too easy to catch because he only has one ear!" The policeman angrily responds, "What's the matter with you two?

    Of course only one eye and one ear are showing because it's a picture of his side profile! Is that the best answer you can come up with?"

    Extremely frustrated at this point, he shows the picture to the third candidate and in a very testy voice asks, "This is your suspect, how would you recognize him? He quickly adds, Think hard before giving me a stupid answer."

    The candidate looks at the picture intently for a moment and says, "The suspect wears contact lenses."

    The policeman is surprised and speechless because he really doesn't know himself if the suspect wears contacts or not.

    "Well, that's an interesting answer. Wait here for a few minutes while I check this file and I'll get back to you on that."

    He leaves the room and goes to his office, checks the suspect's file in his
    computer, and comes back with a beaming smile on his face. "Wow! I can't believe it. It's TRUE! The suspect does in fact wear contact lenses. Good work! How were you able to make such an acute observation?"


    "That's easy," the candidates replied. "He can't wear regular glasses
    because he only has one eye and one ear .

    Pena Tumpul -


    Wednesday, May 20, 2009

    Black

    Three ladies were on a flight. Suddenly the pilot informed them that there was a technical problem and the plane was going to crash into the sea. The Chinese lady quickly took her cosmetics set out and started to doll herself up. The Malay lady beside her questioned her on her actions.

    The Chinese lady replied that if she looked beautiful, the guys coming to rescue survivors could usually save the pretty ladies first. On hearing this, the Malay lady started to put on all her jewelleries. The Indian woman sitting beside the Malay lady was curious and questioned her. The Malay lady said that the rescuers would save her because she would easily be identified by the glitter of her jewels. Then the Indian woman started taking her clothes off. Both the Chinese and Malay ladies were shocked and questioned her.The Indian woman then replied that rescue teams do not usually look for survivors. They usually look for the "Black Box" first!

    Pena Tumpul -Just for fun, not racist ok..

    Tuesday, May 19, 2009

    Miscommunication


    Memo from CEO to Manager :

    Today at 11 o'clock there will be a total eclipse of the sun. This is when the sun disappears behind the moon for two minutes. As this is something that cannot be seen every day, time will be allowed for employess to view the eclipse in the parking lot. Staff should meet in the lot at ten to eleven, when I will deliver a short speech introducing the eclipse, and giving some background information. Safety googles will be made available at a small cost.

    Memo from Manager to Department Head :

    Today at ten to eleven, all staff should meet in the car park. This will be followed by a total eclipse of the sun, which will appear for two minutes. For a moderate cost, this will be made safe with googles. The CEO will deliver a short speech beforehand to give us all some information. This is something that can be seen every day.

    Memo from Department Head to Floor Manager

    The CEO will today deliver a short speech to make the sun disappear for two minutes in the form of an eclipse. This is something that cannot be seen every day, so staff will meet in the car park at ten or eleven. This will be safe, if you pay a moderate cost.

    Memo from Floor Manager to Supervisor

    Ten to eleven staff are to go to the car park, where the CEO will eclipse the sun for two minutes. This doesn't happen every day. It will be safe, and as usual it will cost you.

    Memo from Supervisor to staff

    Some staff will go to car park today to see the CEO disappear. It is a pity this doesnt happen everyday

    Pena Tumpul - At times, students perceived my message wrongly

    Sunday, May 17, 2009

    Jujur

    Seorang boss mempunyai hubungan sulit dengan setiausahanya. Suatu hari, selesai waktu pejabat, mereka terus ke rumah setiausaha tersebut. Mereka bergurau senda, bermesra, dan ber..........sampai akhirnya mereka tertidur.
    Boss tersebut tersedar jam 8 malam. Dia kelam kabut menyarung kembali pakaiannya dan menjangkakan pasti isterinya akan bertanya ke mana dia pergi.. Dia lantas menyuruh setiausahanya membawa kasutnya keluar, mengotorkan kasut itu dengan rumput dan lumpur.Selepas menyarung kasutnya yang kotor itu, boss yang pandai kelentong itu segera pulang ke rumah. Di rumah, isterinya sedang menunggu di muka pintu dengan muka yang marah...

    "Ke mana abang pergi hah?..malam baru ingat nak balik?.

    "Abang tak mahu berbohong... sebenarnya abang ada hubungan sulit dengan setiausaha abang. Abang ke rumahnya tadi. Kami tertidur sehingga malam" jelas boss itu, menceritakan hal yang sebenarnya.

    Si isteri memandang dari atas ke bawah..terpandang kasut suaminya yang kotor.

    "Bohong.gg... .ni mesti abang pergi main golf la kan?

    Pena Tumpul - Percaya naluri isteri

    Friday, May 15, 2009

    Ibu

    Kg Gudang Garam bakal menerima masjid baru yang kini sedang rancak dalam pembinaan bagi menggantikan masjid lama yang sudah puluhan tahun usianya dan tidak berupaya pula menampung bilangan jemaah yang kian bertambah, khususnya pada hari Jumaat. Saya mengajak Haziq menunaikan solat Jumaat di masjid Kg Jawa, walaupun agak jauh namun faktor keluasan dan keselesaan menarik kami untuk mengabdikan diri di masjid itu. Sesuai dengan suasana sambutan hari ibu yang masih lagi terasa, mimbar kali ini menyampaikan khutbah yang amat menarik dan penuh pengajaran. Saya amat bersyukur kerana masih mempunyai seorang ibu tempat mencurahkan bakti dan bermanja sekali sekala. Ibu yang memahami kemahuan dan kegemaran anaknya. Ibu tahu bahawa saya amat menggemari kari daging masakannya dan dia tidak pernah lupa itu. Pada saya kari daging ibu adalah paling enak dan sedap. Janggal rasanya bila suatu hari nanti ibu tiada lagi. Saya sentiasa berdoa ibu akan diberikan kesihatan yang baik dan dipanjangkan usia untuk beribadat. Tepat sekali kata Pak Khatib lewat khutbahnya tadi betapa ibu mempunyai kedudukan yang lebih tinggi berbanding bapa. Kerana sifat dan naluri keibuan, anak-anak lebih mengasihi, dan mengingati serta sering menyebut nama ibu berbanding bapa. Jika sakit, kita lebih suka ibu yang jaga. Kalau hendak makan, kita lebih suka ibu yang masak dan suapkan. Kalau ingin tidur, kita mahu ibu yang tidurkan. Kalau ingin berkahwin, ibu juga yang kita risaukan. Malah sehingga saat menghadapi kematian pun, kita akan menyebut nama ibu. Besarnya ibu dalam kehidupan kita. Oleh itu amat wajar ibu sentiasa dimuliakan di sepanjang kehidupan kita dan tidak cuma terhad ketika menyambut hari ibu sahaja.

    Pena Tumpul - Menunggu ibu yang bakal dari pulang umrah esok


    Wednesday, May 13, 2009

    Sejarah


    Pada hari ini 13.5.1969, telah berlaku tragedi 13 Mei satu catatan hitam dalam sejarah negara yang telah menggugat keamanan dan kestabilan politik di negara ini. Kesan dari tragedi itu ramai nyawa yang tak berdosa terkorban telah dan harta benda juga turut musnah. Bagaimanapun peristiwa hitam tersebut merupakan satu rahmat yang tersembunyi. Ini kerana ia merupakan titik perubahan corak dan falsafah sosio-politik dan ekonomi negara, juga telah menyedarkan semua pihak betapa jurang perbezaan tersebut adalah merupakan masalah asas masyarakat Malaysia. Untuk menenangkan keadaa tersebut, tindakan segera telah diambil oleh kerajaan dengan perisytiharan darurat di seluruh negara oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Pada keesokan harinya Majlis Gerakan Negara atau ringkas `MAGERAN' telah ditubuhkan untuk bertindak sebagai badan pemerintah. Pada 16 Mei 1969 Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai Pengarah MAGERAN. Dengan Pembubaran Parlimen oleh DYMM Yang Di Pertuan Agong, MAGERAN telah menubuhkan MAJLIS PERUNDINGAN NEGARA pada bulan Januari 1970 yang mengandungi 66 orang ahli dari semua golongan masyarakat. Majlis Perundingan Negara itu mengadakan satu dialog di antara semua wakil golongan masyarakat bagi mencari jalan untuk menguatkan tahap perpaduan di negara ini. Perbincangan itu juga bagi mendapatkan satu panduan yang positif dalam usaha-usaha mencapai kerjasama antara kaum dan identiti masyarakat yang tulen. Hasil dari pertemuan, kesemua wakil dari semua golongan, maka lahirlah konsep RUKUN NEGARA sebagai manifestasi ideologi kebangsaan. Sesungguhnya Peristiwa 13 Mei, yang berlaku pada hari ini dalam tahun 1969, adalah satu pengajaran bagi seluruh rakyat yang cintakan kedamaian. Saya cuma berusia lapan tahun kala itu, tidak banyak yang saya tahu. Cuma yang saya ingat atok kata..Melayu berparang dengan China. Selebihnya saya ketahui dari sebuah buku yang ayah beli tentang peristiwa itu. /span>

    Pena Tumpul - Harap sejarah hitam tidak berulang kembali

    Tuesday, May 12, 2009

    Jururawat

    Hari ini adalah hari Jururawat Sedunia. Tarikh 12 Mei bukanlah satu tarikh yang diingati oleh orang ramai kerana ramai yang tidak tahu signifikannya. Namun hari ini amat signifikan buat saya justeru seorang kakak dan dua adik saya adalah jururawat. Hari Jururawat memang tidak popular kerana populasi yang menyambutnya terhad.Tidak seperti hari-hari lain, sambutan Hari Jururawat kelihatan sepi, semacam memberi gambaran bahawa profesion murni ini tidak mendapat perhatian. Sedangkan kelahiran seseorang insan itu bermula di tangan jururawat dan dalam banyak ketika, manusia mengakhiri hayatnya juga di samping jururawat.

    Hari Jururawat Sedunia disambut sempena hari kelahiran tokoh jururawat, Florence Nightingale, yang amat dikenali sebagai ‘Lady with the lamp’.Wanita bangsawan yang dilahirkan di Florence, Itali ini hakikatnya menjadi sumber inspirasi bagi setiap jururawat kerana sumbangannya yang bukan sedikit. Profesion jururawat yang satu ketika dulu dipandang rendah telah diangkat kemudiannya oleh Nightingale sehingga membuka mata semua pihak betapa pentingnya peranan jururawat.

    Jururawat seperti juga doktor adalah segolongan masyarakat yang bekerja dan berkorban tanpa mengira masa. Waktu kerja kita adalah waktu kerja mereka, waktu rehat kita adalah waktu kerja mereka juga. Mereka terus bekerja sama ada hari cuti umum mahupun hari-hari kebesaran. Jika pesakit yang dirawat telah sihat kadangkala ucapan terima kasih pun tidak kedengaran tetapi sebaliknya selalu mereka mendapat cacian. Selamat menyambut Hari Jururawat khusus untuk Kak Long, Adah dan Ani.

    Pena Tumpul - Ada yang mengusik emak , "Emak misi"

    Sunday, May 10, 2009

    Rotan

    Sekali air bah sekali pasir berubah. Najib membawa masuk Dr Mohd Puad Zarkashi, anak Batu Pahat ke Kementerian Pelajaran,kementerian paling panas dan penuh cabaran. Kerenah para pelajar yang semakin memeningkan kepala dan membungkam jiwa antara cabaran paling getir bagi Pak Menteri yang duduk di kementerian ini. Tindak tanduk palajar sukar untuk direncana dan diduga. Ada pelajar yang senang dikawal dan tidak kurang juga yang gemar bertindak liar dan sukar diurus. Pelajar era dunia tanpa sempadan dan langit terbuka yang diterobos minda mereka dengan pelbagai maklumat tanpa sekatan bertanggungjawab menelurkan spesis pelajar yang terhakis nilai moral dan hormat kepada gurunya. Saya percaya ramai yang bersetuju bahawa mengurus pelajar masa lalu ( zaman tv hitam putih dan nasi lemak 10 sen sebungkus) lebih enteng daripada menangani pelajar masa kini. Dahulu, guru bukan sahaja ditakuti malah dihormati. Kita biasa dengar, dahulu pelajar yang dihukum disekolah akan ditambah lagi hukuman di rumah oleh ibu bapa mereka sekiranya pelajar mengadu dihukum guru. Sekarang, pelajar tidak boleh dijentik sedikit pun atau guru menghadapi kemungkinan implikasi undang-undang. Pelajar dilihat begitu kebal. Pendekatan psikologi dan mesra pelajar berakhir dengan pelajar menjadi semakin manja dan ada yang sampai pijak kepala kerana tidak semua pelajar boleh diurus begitu. Setengah-setengah pelajar perlu pendekatan yang lebih keras. Justeru cadangan Dr Puad untuk mengembalikan semula hukuman rotan di sekolah ibarat sirih pulang ke gagang dan belut pulang ke lumpur. Dalam mendepani kebejatan disiplin pelajar yang semakin kalut kini, kita tidak ada pilihan. Sekolah adalah institusi yang berperanan besar melahirkan barisan pewaris kepimpinan negara masa depan. Sekolah perlu menjadi makmal untuk menghasilkan klon-klon manusia yang bukan sahaja berilmu tetapi berdisiplin dan berwibawa seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Namun dalam kita melaksanakan hukuman rotan ini nanti, segalanya perlu dilakukan secara berhemah bak kata pepatah; menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus tepung pula tidak berserak.

    Pena Tumpul - Terbayang Mr Francis Lee guru disiplin yang garang dengan rotan sentiasa di tangan

    Friday, May 08, 2009

    Biarkan

    Gajah sama gajah sedang berjuang. Takut pelanduk mati di tengah-tengah. Yang menang jadi arang kalah jadi abu. Biar putih tulang jangan putih mata. Jong pecah yu kenyang. Benang basah hendak ditegakkan. Alang-alang dah menjeruk pekasam biarlah sampai kepangkal lengan. Kalau dah berdakwat biarlah sampai hitam. Nilai kesopanan orang Melayu makin terhakis. Orang Melayu yang dahulunya tidak kurang ajar sudah lebih kurang ajar dari orang lain. Ibarat Pak Kadok yang ketawa terbahak-bahak ayamnya menang, namun kampung tergadai dan tertelanjang dimata ramai. Masing-masing nak tunjuk kuat dan nak tunjuk hebat kerana satu matlamat yang tersurat dan mungkin tersirat. Akhir cerita tak tahu lagi. Kita cuma jadi penonton kepada sebuah drama Luncai versi baru dan cuma mampu bersuara dan berteriak..."Biarkan! Biarkan! si Luncai terjun dengan labu-labunya!

    Pena Tumpul - Selalu percaya di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung

    Nostalgik



    Amalan suci yang tiada meminta balasan
    perjuanglah kita dengan penuh oh keikhlasan
    Pencipta Alam akan tersenyum memandang
    pada kita yang disebut insan

    kemerdekaan yang diberi oh insan padamu
    gunakanlah dengan oh ya bakti oh sucimu
    siapa yang hidup tanpa berbakti berjuang
    sama dengan oh mayat berjalan

    pandangi alam yang sungguhnya indah
    bukan setakat dipuji dipuja
    tapi untuk kita mencari membongkar isinya

    amalan suci tiadalah oh tuan tercinta
    kalau belum kita oh berjuang dan berusaha
    untuk berkembang menjadi insan sempurna
    amal ilmu iman pasti ada...

    Nyanyian: Frankie Cheah

    Pena Tumpul - Dengar lagu ini lewat KlasikNasional dalam perjalanan pulang dari JB ke Segamat

    Thursday, May 07, 2009

    Arrogant


    Dr Ahmad Azman of UiTM Johor scribes this anecdote for us to ponder..

    A self-important college freshman walking along the beach took it upon himself to explain to a senior citizen resting on the steps why it was impossible for the older generation to understand his generation. “You grew up in a different world, actually an almost primitive one” the student said loud enough for others to hear. “The young people of today grew up with television, jet planes, space travel, and man walking on the moon. We have nuclear energy, ships and cell phones, computers with light speed…..and many more”. After a brief silence, the senior citizen responded as follows. “You’re right son. We didn’t have those things when we were young………so we invented them. Now, you arrogant little sh*t what are you doing for the next generation? The applause was amazing!!!!




    Pena Tumpul - Young people, think about it..

    Wednesday, May 06, 2009

    Tempatan

    Di PERSADA Johor Bahru sedang berlangsung ekspo barangan buatan Malaysia. Ramai usahawan IKS yang turut serta. Saya dan isteri juga Haziq sempat meluangkan masa hampir dua jam berkunjung dari gerai ke gerai yang mempamerkan pelbagai produk tempatan - makanan, ubatan herba malah automotif juga mengambil bahagian. Ubatan herba kelihatannya menarik tumpuan pengunjung. Saya kagum dengan kebolehan usahawan IKS yang rata-ratanya Melayu menceburi bidang ini. Ada potensi untuk dipasarkan diperingkat global sekiranya ada sokongan dari pihak kerajaan. Saya tertarik dengan gerai yang menawarkan produk untuk memulihkan keguguran rambut, ringkasnya hampir botak seperti saya. Teruja dengan penerangan yang diberikan namun tidak sampai terpedaya untuk membeli. Tidak kurang yang mempromosikan produk penjana minda. Terlalu banyak pilihan yang ditawarkan di depan mata. Namun kuasa membeli terletak di tangan pengguna yang bijak.

    Pena Tumpul - Ada yang menawarkan ubat 1001 penawar penyakit..boleh percaya ke?

    Drama

    MENONTON drama TV tempatan tidak mungkin menjanjikan sebarang kepuasan apa lagi keseronokan. Sesekali berkesempatan mencelah bersama-sama keluarga di depan TV, saya hairan kenapa mutu drama yang dihasilkan masih lagi ditakuk lama. Ceritanya masih berkisar tentang cinta, hasad dengki, pergaduhan keluarga kerana berebutkan harta, - pendeknya berlandaskan pada persoalan yang amat remeh sifatnya. Tidak ada langsung cubaan untuk menjengah dan mengupas isu-isu yang lebih global dan mencabar minda penonton.

    Saya sendiri tidak pernah rasa terpanggil untuk menonton sehingga habis drama yang disiarkan - justeru penghujungnya memang sudah bisa dijangkakan. Malah kanak-kanak pun didapati lebih terpegun dengan cerita katun dan drama serta filem yang didatangkan dari Barat daripada menonton drama buatan tempatan. Drama TV tempatan sebenarnya gagal menarik hati sebahagian besar penonton lantaran jalan ceritanya yang terus-terusan stereotype dan hambar.

    Tidak diketahui entah apa agaknya puncanya setelah sekian lama, pembikin drama tempatan masih lagi dibelenggu dalam kepompong pemikiran yang begitu dangkal dan cetek serta tidak kreatif.

    Cerita yang disajikan bukan sahaja tidak mendidik penonton malah tidak langsung mencerminkan cara dan budaya hidup orang Melayu sebenarnya. Orang Melayu terus dipaparkan sebagai mereka yang tebal dengan sifat hasad dengki, tidak berdaya saing, suka membuang masa dan amat suka kepada hiburan. Saban hari bentuk dan jalan cerita yang sama disogokkan kepada para penonton. Akhirnya menonton drama tv menjadi satu perkara yang memualkan dan meloyakan. Tambah mendugalkan apabila bahasa yang dituturkan bagaikan sekerat ular sekerat belut (meminjam ungkapan Dr Rais Yatim). Penggunaan Bahasa Inggeris digunakan secara wewenang sehingga menggugat kemurnian Bahasa Melayu. Kalau begitulah realitinya yang berlaku dalam dunia korporat di luar, tanggungjawab media bukanlah untuk terheret sama dengan amalan berbahasa rojak begini. Bahasa Melayu bukanlah tidak cukup kuat untuk dituturkan oleh warga korporat. Namun atas alasan untuk kelihatan lebih bergaya, Bahasa Melayu sanggup dikorbankan.


    Pena Tumpul- Peminat cerita Mat Sentol

    Tuesday, May 05, 2009

    Pelarian

    Isu mat rempit kembali membahang suhu negara yang sudah sedia panas dek pemanasan global dihangatkan lagi dengan wabak selsema babi yang mula menggugat dunia. Sejak beberapa hari lepas beberapa akhbar perdana memberi liputan yang bukan kepalang hebatnya "budaya" mat motor ini. Ternyata isu mat rempit bukan isu baru. Ia ibarat cerita Melayu lama lakonan P.Ramlee yang diulang siar berkali-kali, cumanya cerita P.Ramlee tidak pernah menjemukan berbanding dengan kisah mat rempit yang membosankan, menjengilkan, meloyakan malah mengundang kebencian dan petaka. Kelihatannya tidak adil golongan ini dilihat dan dilabel sedemikian negatif sifatnya. Tetapi realitinya memang begitu pun. Siapa yang bisa menyangkal pelbagai implikasi tidak sehat hasil dari kegiatan yang tidak bertamadun ini. Mat rempit dipersembahkan dalam pakej kebobrokan sosial yang cukup lengkap; minah rempit sebagai habuannya, bohsia, dadah,pergaulan bebas tanpa batas dan apa saja penyakit sosial yang boleh tercetus kerananya.

    Dalam mendepani isu yang tidak pernah selesai, dan "penyakit" yang tiada penawarnya ini, pelbagai pihak telah tampil kedepan bersuara, bertindak dan tidak kurang yang "mengambil kesempatan" melontarkan pandangan dan saranan. Ada yang berhasil, namun hanya untuk seketika. Ada yang pernah menjadi "hero" membela dan mengangkat mat rempit sebagai penyumbang utama dalam melaksanakan kerja-kerja amal untuk masyarakat. Mat rempit disanjung buat seketika dan imej negatif bagaikan terpadam. Namun sebarang usaha yang berlandaskan niat dan agenda tersembunyi tidak lama bertahan; belang sebenar mat rempit menyerlah kembali dan kali ini lebih menyilaukan mata. Mat rempit bangkit kembali. Mat motor mula mengganas semula dan mengejutkan banyak pihak. Pihak berkuasa tidak betah untuk diam lagi. Operasi kian diperhebatkan untuk melumpuhkan hobi anak muda ini.Sekian ramai yang ditangkap dan disaman bukan titik noktah kepada isu mat rempit. Ibarat kelkatu di malam hari, dikhuatiri ia akan terus membiak dan berkembang dalam gandaan yang tidak mungkin dapat dikawal nanti.

    Hukuman bukan seratus peratus mekanisme paling berkesan mengurangkan bilangan yang merempit apatah lagi menghapuskannya. Anak muda sekarang tidak gentar dengan hukuman. Sekiranya mereka sanggup menyabung nyawa di jalan raya, apalah sangat hukuman itu kepada mereka. Secara umumnya, ungkapan sekarang bukan masanya untuk menuding jari kepada sesiapa atas petaka ini, saya lebih berkecenderungan untuk menunjukkan jari kepada satu pihak ini justeru merekalah yang saya lihat amat berperanan besar dalam melahirkan spesis ini. Ibu bapa wajar disalahkan, tanpa ragu. Ada ibu bapa yang membelikan motor untuk anak mereka. Ada ibubapa yang tidak mengawasi pergerakan anak-anak mereka. Ada ibubapa yang terlalu sebok sehingga melupakan anak-anak mereka. Rumah dilihat begitu tandus dan gersang oleh anak-anak lantas jalanraya dijadikan medan pelarian melepas rasa geram. Oleh itu kalau mat motor ini dihukum, ibu bapa perlu turut sama berkongsi hukumannya.

    Pena Tumpul - Dulu nak duduk atas motor ayah pun tak boleh apatah lagi nak tunggang

    Sunday, May 03, 2009

    Tetamu

    Emak dipilih lagi oleh Allah Maha Agung untuk menjadi tetamu istemewaNya untuk kali keduanya. Hajat emak untuk ke Jabal Rahmah termakbul juga berkat kesabarannya menunggu dan rezeki limpahan Allah.Seawal tiga pagi kami sekeluarga melepaskan emak bersama rakan karibnya Mak Cik Milah di perkarangan Masjid Jamek Bandar berserta kira-kira 30 jemaah yang lain. Emak kelihatan amat gembira namun rasa sedih untuk berpisah dengan anak-anak dan cucu-cucu tersayang tidak mampu emak sembunyikan. Tidak kurang yang berlinang air mata. Kami berdoa emak akan diberi kekuatan untuk beribadat penuh tawaduk di sana selama 14 hari dan menyerahkan dirinya bulat-bulat seikhlas-ikhlasnya kepada Allah.Atok Dolah (orang tua emak) juga turut serta bersama kami menggagahi diri mengucapkan selamat jalan kepada emak. Disebelah siangnya, ketika kenduri doa selamat emak tidak putus-putus menerima pelukan dari rakan handai dalam sedih pilu mendoakan emak supaya selamat pergi dan kembali. Begitulah harapan kami semua pastinya. Hafiz dan Hadif tentunya akan kehilangan emak sepanjang pemergian emak. Mereka begitu rapat dan manja dengan emak. Ani akan terpaksa melakukan sendiri kerja-kerja rumah yang selalunya dilakukan oleh emak.

    Pena Tumpul - Sayu

    Saturday, May 02, 2009

    Kosmetik

    Saya melihat saranan kerajaan supaya majlis yang melibatkan para pemimpin kerajaan "dipermudahkan" amat baik dan wajar dilaksanakan segera oleh pihak yang terbabit. Sekian lama kita melihat majlis yang melibatkan "orang besar" dianjurkan secara melampau terutamanya dari segi persiapan untuk perasmiannya. Kain rentang yang perlu dipasang di segenap tempat, balai khas untuk tetamu khas dan juga orang kenamaan, permaidani merah, bunga-bunga penyeri pentas, sistem audio dan pelbagai lagi aksesori yang sebenarnya tidaklah begitu sangat diperlukan. Berhari-hari malah ada yang berminggu-minggu masa dihabiskan untuk membuat persiapan untuk majlis perasmian yang selesai dalam beberapa jam sahaja. Pasukan kompang dan sambutan bunga manggar juga perlu disediakan dan tidak lupa upacara memotong reben. Ini tidak termasuk jamuan yang menyusul selepas upacara perasmian. Kadangkala orang ramai terpaksa menunggu lama sebelum "orang besar" tiba untuk merasmikan majlis. Amalan menepati masa bukanlah diberikan perhatian sangat oleh orang kita. Lewat sehingga setengah jam tidaklah luar biasa. Dalam memberi ucapan pun, amalan menyebut satu demi satu orang "bernama" yang hadir dilihat terlalu memakan masa dan menjemukan.Ia sepatutnya dipermudahkan dan tidak perlu berjela-jela dalam mendahului ucapan justeru isi ucapan itu yang lebih penting untuk disampaikan kepada khalayak. Sebenarnya terlalu banyak perkara tidak perlu dilakukan dalam majlis yang melibatkan "orang besar" ini dan sewajarnya di lupuskan. Inilah hasilnya kalau kita lebih mementingkan bentuk daripada isi yang pada saya lebih bersifat kosmetik semata-mata. Tentunya tidak salah jika sekadar "rostrum" sahaja yang diletakkan ditengah-tengah medan upacara dengan sebuah pembesar suara untuk "orang besar" kita berucap. Pemandangan beginilah yang kita lihat di luar negara.

    Pena Tumpul - Bosan dengan mukadimah ucapan berjela-jela

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails