Skip to main content

Merokok

Hari ini pada setiap tahun pada 31 Mei semua warga bumi menjayakan Hari Tanpa Tembakau Sedunia. Walaupun sejak empat dekad yang lalu gejala-gejala merokok sudah diketahui umum, namun ramai di antara ahli masyarakat masih samar-samar tentang hakikat tersebut. Ini sebahagian besarnya adalah hasil daripada aktiviti-aktiviti industri tembakau yang begitu pesat menonjol keghairahan merokok sebagai satu gaya hidup yang berjaya dan sekaligus dapat menarik banyak langganan di kalangan orang dewasa dan kebelakangan ini anak-anak remaja serta golongan wanita. Akhirnya tabiat merokok menjadi satu perkara yang begitu lumrah di dalam masyarakat kita sehinggalah hari ini.Di negara ini pendekatan paling terbaru yang digunakan untuk menimbulkan ketakutan merokok ialah dengan meletakkan pelbagai gambar yang memaparkan kesan daripada tabiat merokok. Berkesankah? Tidak dapat ditentukan sejauh mana keberkesanannya kerana yang pasti berjuta-juta wang terus dibakar setiap hari. Begitu juga, jumlah perokok semakin bertambah dari sehari ke sehari. Pelbagai langkah yang dijalankan sebelum ini pun seperti larangan menjual rokok kepada remaja bawah umur 18 tahun, kempen Tak Nak dan amaran pada kotak rokok berbunyi Merokok Membahayakan Kesihatan juga dilihat gagal mencapai matlamat yang diharapkan.Di Indonesia, kerajaannya mempamerkan di kotak rokoknya gambar beberapa batang rokok yang jika dibakar membawa perokok ke lubang kubur lambat launnya. Di negara kita walaupun harga rokok terus dinaikkan namun perokok masih sanggup mengeluarkan wang bagi tujuan merokok akibat justeru ketagihan yang melampau.Apa yang menyedihkan, statistik terbaru menunjukkan lebihkurang 60% atau 1.1 juta perokok di Malaysia adalah orang Melayu. Baru-baru ini secara berseloroh saya bertanya kepada kawan yang kebetulannya perokok tegar. "Tak takut ke gambar-gambar mengerikan kat kotak rokok tu? Secara selamba dia menjawab, "Saya tak takut dengan gambar-gambar itu semua, kerana bila-bila pun kita boleh mati, tetapi saya takut kalau rokok tidak ada lagi di pasaran". Kelihatannya pihak yang dipertanggungjawabkan khususnya Kementerian Kesihatan masih gagal untuk mendidik para perokok supaya berhenti merokok atau setidak-tidaknya mengurangkan tabiat merokok. Bukan sahaja perokok sedia ada terus ketagih merokok namun dalam masa yang sama bilangan perokok baru yang melibatkan remaja belasan tahun hatta yang masih dibangku sekolah terus dihasilkan. Di mana silapnya? Mungkin juga beberapa keratan video dibawah ini boleh membantu rakan perokok kita untuk melupakan terus tabiat rokok...Khabarnya perokok juga terdedah kepada kemungkinan untuk impoten.cukup takutkah mereka?




Pena Tumpul - Pernah mencuba rokok daun atok

Comments

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w