Skip to main content

Jururawat

Hari ini adalah hari Jururawat Sedunia. Tarikh 12 Mei bukanlah satu tarikh yang diingati oleh orang ramai kerana ramai yang tidak tahu signifikannya. Namun hari ini amat signifikan buat saya justeru seorang kakak dan dua adik saya adalah jururawat. Hari Jururawat memang tidak popular kerana populasi yang menyambutnya terhad.Tidak seperti hari-hari lain, sambutan Hari Jururawat kelihatan sepi, semacam memberi gambaran bahawa profesion murni ini tidak mendapat perhatian. Sedangkan kelahiran seseorang insan itu bermula di tangan jururawat dan dalam banyak ketika, manusia mengakhiri hayatnya juga di samping jururawat.

Hari Jururawat Sedunia disambut sempena hari kelahiran tokoh jururawat, Florence Nightingale, yang amat dikenali sebagai ‘Lady with the lamp’.Wanita bangsawan yang dilahirkan di Florence, Itali ini hakikatnya menjadi sumber inspirasi bagi setiap jururawat kerana sumbangannya yang bukan sedikit. Profesion jururawat yang satu ketika dulu dipandang rendah telah diangkat kemudiannya oleh Nightingale sehingga membuka mata semua pihak betapa pentingnya peranan jururawat.

Jururawat seperti juga doktor adalah segolongan masyarakat yang bekerja dan berkorban tanpa mengira masa. Waktu kerja kita adalah waktu kerja mereka, waktu rehat kita adalah waktu kerja mereka juga. Mereka terus bekerja sama ada hari cuti umum mahupun hari-hari kebesaran. Jika pesakit yang dirawat telah sihat kadangkala ucapan terima kasih pun tidak kedengaran tetapi sebaliknya selalu mereka mendapat cacian. Selamat menyambut Hari Jururawat khusus untuk Kak Long, Adah dan Ani.

Pena Tumpul - Ada yang mengusik emak , "Emak misi"

Comments

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w