Skip to main content

Sejarah

Subjek sejarah pada kebanyakan pelajar memang membosankan lebih-lebih lagi kalau guru yang mengajar itu sendiri gagal menjadikannya menarik. Kalau diberi pilihan, rasanya ramai pelajar yang lebih cenderung untuk tidak mengambil mata pelajaran ini. Sejarah tidak lebih hanya sekadar penceritaan masa silam yang tidak memberi makna dalam kehidupan semasa. Mempelajari sejarah mengheret kita ke belakang bersama cerita-cerita lapuk yang tidak menyumbang apa-apa. Sekurang-kurangnya inilah pandangan paling umum yang saya kira dikongsi sama oleh mereka yang tidak meminati sejarah apatah lagi membenci sejarah sebagai satu subjek yang sarat dengan khazanah lama namun berfakta. Bagi pencinta sejarah pandangan ini tentunya amat tidak disenangi. Sejarah sebenarnya perlu dihargai kerana banyak pengajaran yang ditinggalkannya untuk pedoman dan tauladan. Sejarah mengingatkan kita untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama. Sejarah juga mengajar kita supaya lebih berhati-hati dalam mendepani hari-hari yang mendatang. Sejarah mendewasakan kita.

Begitu pentingnya sejarah dalam kehidupan kita lebih-lebih lagi dalam sebuah negara yang sentimen setiap kaum perlu dijaga, jangan ada yang cuba memutarbelitkan fakta sejarah demi kepentingan masing-masing. Jangan ada yang buta sejarah. Dalam keghairahan untuk menjadi hero kepada golongan tertentu, kini kita lihat sudah ada pihak yang cuba melihat peristiwa sejarah dalam perspektif yang berbeza- tidak lain untuk kepentingan politik peribadi. Chin Peng yang selama ini dilihat sebagai pengkhianat negara dan terlibat secara langsung dalam pembunuhan sekian banyak mereka yang tidak berdosa kini ingin diberikan kulit baru. Chin Peng ingin diangkat sebagai hero yang juga menyumbang dalam penentangan terhadap penjajah British bagi mencapai kemerdekaan. Chin Peng perlu dijulang sebagai wira dan kekejaman lalunya perlu dipadamkan dan dilupakan begitu sahaja. Chin Peng sekarang sudah baik sekurang-kurangnya dalam konteks bahawa beliau sudah tua dan sudah tidak mengganas lagi sekarang.Mudahnya, semudah ribuan nyawa yang terkorban ditangannya dulu. Membenarkan Chin Peng masuk pastinya akan mengguris hati mereka yang masih hidup yang pernah menjadi mangsa kerakusan kuncu-kuncunya dulu. Terimalah hakikat dan kebenaran sejarah dan jangan buta sejarah! Menonton sedikit dari keratan filem Bukit Kepong akan mewajarkan mengapa Chin Peng tidak perlu dibenarkan balik ke negara ini.

Pena Tumpul - Melihat cacing dah naik ke mata

Comments

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w