Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2010

Bilal

Daripada Al-Barra’ bin Azib r.a, berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya Allah dan malaikatnya berdoa untuk yang berdiri di saf pertama. Para muazzin pula akan diampunkan sebanyak mana suaranya dan siapa yang mendengarnya menjadi saksi. Dia akan mendapat pahala orang yang mengerjakansolat bersamanya”.
(Al-Nasai).

Ketika duduk-duduk menunggu Isyak malam tadi, Pak Husin bilal dalam suara yang tersekat-sekat menyuarakan isi hatinya. " Saya ni tidak sihat sangat sekarang. Kaki sakit-sakit. Bila duduk, nak bangun susahnya." Pak Husin seolah-olah ingin menyatakan bahawa beliau sudah tidak larat lagi hendak memikul amanah sebagai bilal dan ingin melepaskan tugasnya melaungkan azan itu sejak dua dasawarsa lalu.

Saya pandang wajah Tok Imam. Nampak macam sedikit kecewa dan susah hati. Sedih pun ada. Bercampur baur. Saya dapat menduga apa yang Tok Imam rasa. Dia memikirkan pengganti kepada Pak Husin. Sesekali bila Pak Husin tidak cukup gagah untuk ke masjid, peranan muaz…

Penangan

Gara-gara terlalu takjub dengan Farmville permainan di Facebook, seorang ibu muda yang baru berumur 22 tahun, telah mengoncangkan anaknya yang masih bayi sehingga menyebabkan maut.

Alexandra V. Tobias, yang berasal dari Jacksonville, Florida, USA, mengoncangkan anaknya yang baru berumur 3 bulan, Dylan Lee Edmondson sehingga maut.

Wartawan diberitahu yang bahawa, Tobias bertindak sedemikian oleh kerana marah kepada bayi tersebut yang tidak berhenti-henti menangis ketika beliau sedang sibuk bermain dengan permainan dalam talian Farmville di laman Facebook.

Mengikut hukuman, beliau boleh dijatuhkan hukuman penjara sampai mati.
Namun oleh kerana umur beliau yang masih muda, kemungkinan besar beliau akan dikenakan hukuman penjara antara 25 tahun hingga 50 tahun.

Tobias memberitahu penyiasat beliau pergi untuk menghisap rokok selepas mengoncangkan anaknya untuk membuatkan bayi tersebut senyap.
Namun kemungkinan kepala Dylan Lee terhantuk ketika beliau mengoncangkan anaknya itu.

Macam-macam dunia, …

Tumit

"...Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.. (Surah An-Nur:31)

Ini sebahagian daripada petikan ayat. Ayat ini menerangkan dengan jelas maksudnya. Tidak dinafikan ada segelintir kalangan wanita yang memakai perhiasan berupa gelang kaki misalnya. Tidak salah memakai. Ia jadi salah kalau pemakaiannya sampai diketahui orang. Dan orang lain tidak akan tahu kalau ia kekal tersembunyi.

Tidak kurang juga yang cenderung untuk memakai kasut yang tinggi tumitnya. Bila berjalan dengan kasut begini, bunyi yang terbit dari hentakan kaki memang tidak dapat disembunyikan. Pantas menarik perhatian orang. Namun ia juga boleh sampai ke peringkat mengganggu tumpuan orang lain kalau pemakaiannya tidak kena pada tempatnya. Pemakaian kasut tumit tinggi tentunya tidak sesuai dimana suasana senyap dan konsentrasi bertahap tinggi amat diper…

Parah

Hari ni akhbar melaporkan anak menumbuk ibu sampai koma di Kemaman, dan sehari sebelumnya seorang anak mengugut hendak membakar rumah ibu di Ampang. Apa nak jadi dengan masyarakat Melayu kita? Semakin parah dan membarah. Adakah ini bala gejala sosial? Kita sentiasa dimomokkan dengan pembangunan fizikal, tetapi pembangunan mental dan spiritual sering dikesampingkan. Atau mungkinkah ini harga yang perlu dibayar untuk nikmat pembangunan yang dikecapi?

Semua pihak, semua parti politik, semua individu harus menumpukan pembangunan mental dan spiritual ketika ini yang semakin gawat.

Dilaporkan sebanyak 3 juta daripada 26 juta penduduk termasuk kanak-kanak di negara ini disahkan menghidap masalah gangguan mental atau emosi. Dan yang lebih memeranjatkan mengikut statistik,secara puratanya 6 orang membunuh diri setiap hari , 2500 orang setiap tahun dan 50,000 kes cuba membunuh diri setiap tahun. Fakta yang cukup membimbangkan. Pena Tumpul - Tiada maknanya sebuah negara maju kalau kita tersasar ha…

Alasan

Diko tidak habis-habis memberi alasan. Bila ditanya kenapa merosot benar pencapaiannya dalam ujian baru lepas pelbagai alasan terpacul dari mulutnya. Dia kata cikgu selalu tidak masuk kelas. Cikgu kurang beri latihan. Cikgu Matematik pula dikatakan tidak cukup pandai mengajar lantas sukar untuk difahami. Ada lagi alasannya. Bilik darjah panas sebab kipas rosak oleh itu tidak begitu selesa untuk belajar.

Ingin sekali saya dengar jawapan ini dari mulutnya. "Salah saya, kurang mengulangkaji pelajaran. Buat latihan matematik pun kurang. Dalam kelas, bila cikgu mengajar saya kurang tumpuan, asyik ingatkan arnab saya di rumah. Kadang-kadang saya tertidor dalam kelas sebab saya tidor sampai larut malam tengok tv. Memang salah saya. Bukan salah orang lain" Namun jawapan begitu jarang sangat kita dengar.
Memang begitulah sifat semula jadi manusia dan pastinya termasuk saya juga. Lebih gemar mencari dan memberi alasan terhadap sebarang kegagalan yang diterima. Sebenarnya memberi alasan…

Pintas

Saya diajak isteri ke kedai bunga. Sudah beberapa hari dia merengek untuk menambah koleksi bunga kertasnya. Ketika dia sibuk melilau dengan bunga kertasnya, pokok buluh dalam pasu ini amat menarik perhatian saya. Terdorong hati untuk memiliki satu. Nampak cantik dan menghijau.
"Ini pokok buluh China. Orang Melayu jarang beli. Kalau awak nak beli tak apa", kata taukeh kedai bunga itu. Isteri kelihatannya tidak sangat berminat dengan pokok ini. Dia lebih teruja dengan bunga kertas yang pelbagai warna itu.
Saya bermula dengan satu pokok dulu. Saya diberitahu oleh taukeh itu bahawa pokok buluh ini memang luar biasa. Selalunya, pokok ini tidak tumbuh walau seinci pun setelah lima tahun ditanam, namun tiba-tiba boleh tumbuh sehingga 10 kaki selepas itu dalam beberapa minggu sahaja! Amat menarik. Saya belajar sesuatu dari pokok buluh China ini.
Saya melihat buluh ini seperti mengambil masa terlalu lama untuk tumbuh. Pun begitu, tidakkah itu lebih baik daripada cepat tumbuh tetapi ce…

Takut

Saya percaya semua orang pernah diselubungi rasa takut. Macam-macam takut. Ada yang takut nak makan ubat. Ada yang takut gelap. Seribu satu macam takut yang begitu panjang senarainya. Saya masih ingat sewaktu kecil dulu betapa takutnya tinggal seorang diri di rumah, khususnya di waktu malam. Takut dan kecut. Semalaman saya gagal memejamkan mata untuk tidor. Pelbagai benda yang menerjah fikiran.

Saya pasang semua lampu yang ada dalam rumah. Terang benderang. Namun masih gagal untuk menghumban rasa takut. Kemudian pasang radio sekuat-kuatnya. Buka tv juga. Masih takut yang tidak tentu fasalnya.

Bukanlah luar biasa untuk semua orang mempunyai rasa takut cuma kadangkala kita tidak mampu untuk mengatasi perasaan takut tersebut dengan cara yang positif. Kita tidak perlu mengubah wajah dan bentuk luaran bagi menghadapi ketakutan. Apa yang perlu kita ubah ialah cara kita berfikir. Berubah kepada cara pemikiran yang positif dan bertindak secara bijak untuk memanipulasikan ketakutan agar ia memb…

Bonus

Ini adalah bajet terbaik dalam sejarah pembentangan bajet negara. Ini juga bajet yang dilihat memuaskan hati banyak pihak. Semua lapisan masyarakat tidak kira tua, muda, miskin, kaya, keturunan merasa kesannya. Ini pandangan peribadi saya yang mungkin tidak ramai bersetuju pun. Saya selalu percaya bahawa: kita tidak akan dapat semua apa yang kita hendak dan bukannya amat mudah untuk memuaskan hati semua orang. Berlandaskan premis itu saya melihat Bajet 2011 sudah dikira terbaik!
Penjawat awam paling beruntung kerana diberi tambahan RM500 dalam pendapatan bulan Disember nanti. Tentunya RM500 bukan amaun yang kecil. Banyak yang boleh dimanipulasikan dengan duit itu nanti. Yang pasti boleh beli uniform dan sepatu baru untuk anak-anak yang bersekolah. Kalau masih tiada anak yang bersekolah, RM500 itu cukup banyak untuk membeli "diapers" dan susu bayi. Kalau masih bujang pastinya sudah boleh berkira-kira untuk membeli pakaian baru atau pun lebih baik lagi di simpan sahaja dalam ta…

Labbaikallah

"Tiada orang Islam yang susah kerana menunaikan Haji". Begitu petikan khutbah yang dibacakan dengan lantang oleh Hj Muda, imam Masjid Kg Gudang Garam hari ini. Memang tiada yang akan jatuh miskin pun kerana pergi ke Tanah Suci.
Keinginan dan dorongan untuk ke Baitullah sentiasa ada pada setiap Muslim tidak kira apa pun keturunan dan status sosial dan ekonomi. Baik yang miskin apa tah lagi yang kaya sentiasa terbakar semangatnya untuk menunaikan Rukun Islam ini, sekurang-kurangnya untuk sekali. Saya tidak terkecuali. Hasrat dan niat untuk ke sana tidak pernah padam lebih-lebih lagi apabila tertarik dengan cerita-cerita emak yang pernah pergi ke sana dua kali. Saya sedar emak sedang dan akan terus membakar semangat saya.

"Lebih baik kau daftar cepat-cepat Mil. Ada jiran emak tu baru daftar, 2023 baru boleh pergi." Saya sengaja tidak memberitahu pada emak malah pada sesiapa pun bahawa saya dan isteri telah pun mendaftar sejak dua tahun yang lalu. Dan saya masih merahs…

Kreatif

Saya dipersembahkan dengan 11 rekacipta dalam mini ekspo malam tadi yang berlangsung cukup sederhana namun meriah. Sekumpulan lebih kurang 50 pelajar yang mengambil kursus "Critical and Creative Thinking Skills" tidak menghampakan malah mengkagumkan saya. Mereka berjaya mempamerkan kreativiti sekurang-kurangnya pada pandangan saya yang sempat bersama mereka lebih kurang tiga bulan. Ciptaan mereka mungkin dilihat biasa-biasa sahaja namun ia tidak gagal menarik perhatian saya. Tentulah tidak adil untuk membandingkan mereka dengan nama-nama besar seperti Thomas Edison misalnya. Ia begitu jauh dari jangkauan. Mereka ini cuma pelajar-pelajar "banking" dan bukan bidang mereka pun untuk menghasilkan sesuatu yang hebat-hebat. Paling tidak, mereka kreatif dalam kelas mereka yang tersendiri. Cukuplah. Malah dalam dunia rekacipta, banyak idea sebenarnya diilhamkan oleh mereka yang bukan pakar pun dalam bidang ciptaannya. Namun mereka menonong cuba menciptanya. Tayar misalnya …

Doa

Seusai sahaja solat Isyak malam tadi, saya begitu terdorong untuk bertanya setiap orang makmum yang hadir, soalan ini, "Pak Husin, faham tak isi kandungan doa yang Pak Husin aminkan tu?" Soalan yang sama juga ingin saya ajukan kepada Mat Sabu, Zul, Pak Mat, Razak, Angah dan semuanya. Malah saya ingin tanya kepada Faruk juga yang mengemudi bacaan doa setiap kali lepas solat. Panjangnya doa yang dibaca oleh Faruk. Antara dengar dan tidak. Saya perlu mengakui sukarnya untuk memahami apa yang didoakan itu.

Namun saya tidak diberi kekuatan untuk bertanya soalan yang paling senang itu. Saya tidak mahu saya disalahtafsir. Saya tidak mahu dilihat seolah-olah memperkecilkan mereka walaupun saya tidak berniat begitu sebenarnya. Lalu, soalan yang sudah berkali-kali hendak saya luahkan itu terus tinggal terperam di benak fikiran. Biarlah saya bersangka baik bahawa mereka semua faham kecuali saya.

Saya selalu percaya bahawa doa adalah kekuatan yang mendorong dan oleh itu ia mestilah difaha…

Sikap

"Sepanjang aku tinggal di sini jarang sekali aku melihat kemalangan jalanraya, malah kemalangan ngeri tidak pernah aku dengar sejak berada disini. Memandu di sini sungguh mencabar dan perlu kepada tumpuan yang tinggi, sebab di sini basikal banyak terutama di kawasan pusat bandar, di atas jalan yang sama terdapat "tram" yang bersimpung siur. Aku lihat disini sikap pemandu jauh berbeza, contohnya kita di Malaysia apabila nak lintas jalan kita kena tunggu sehingga tiada kereta baru boleh melintas, tetapi di sini kereta akan tunggu sehingga tiada pejalan kaki atau penunggang basikal baru boleh jalan. Sesungguhnya sikap pemandu perlu kita ubah bagi menjamin keselamatan jalanraya..."

Begitulah kandungan email yang saya terima dari seorang rakan yang kini berada di Belanda. Ringkas namun mesejnya cukup jelas. Sikap yang membezakan pemandu kita dengan mereka. Mereka cermat dan berhemah. Pemandu kita bagaimana?

Songkok pesok dek lonjak kita!

Pena Tumpul - Si Luncai terjun den…

101010

Enam digit ini mungkin cukup istimewa pada sesetengah orang. Ada yang menunggu-nungunya untuk memetrai ikatan dua hati dan jiwa. Khabarnya banyak majlis perkahwinan berlangsung pada hari ini. Namun ia peristiwa yang amat mengerikan dan cukup tragis bagi 15 orang yang maut di tangan seorang pengguna jalan raya yang saya kira tidak bertanggungjawab langsung.

Pemandu itu juga turut maut. Saya amat pasti sekiranya dia terselamat, hukuman yang paling setimpal wajar diterimanya kerana kesalahannya membunuh secara kejam 15 nyawa yang tidak berdosa selain mencederakan 40 yang lain. Sungguh menghibakan kematian yang diratapi ahli keluarga yang ditinggalkan. Ia meluluhkan jiwa raga mereka yang bergantung harap kepada yang pergi tanpa dijangka dan diminta pun. Kemalangan begini sudah barang mungkin dapat dielakkan sekiranya kenderaan yang tidak mengerti apa-apa ini dipandu dengan kadar kelajuan yang sepatutnya.
Tetapi ia tidak dipandu begitu pun oleh kebanyakan pemandu bas ekspres yang sering dili…

Pilihan

Berpuluh tahun dahulu saya dengar Pak Hamka berkata begini" Sains Barat kita ambil, telanjang barat kita buanglah, buat apa kita nak ikut" dan ia masih saya ingat sampai kini. Saya kira waktu Pak Hamka berbicara lewat rancangan Sinar Islam di TV, ia sekitar dekad lewat 70an, ketika mana ledakan teknologi maklumat tidak begitu hebat seperti sekarang. Namun Pak Hamka semacam sudah bisa meramalkan apa yang bakal terjadi di dekad-dekad seterusnya. Ternyata Pak Hamka tidak silap membuat perhitungan.

Nah, di depan kita disajikan dengan pelbagai hidangan. Kita diberi pilihan. Kita juga diberikan akal dan budi. Kita juga dibekalkan neraca dalam membuat pertimbangan. Neraca iman yang menjurus kepada kebenaran dan juga neraca dunia yang mendorong kepada kepalsuan semata. Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut nafsu lesu. Pilihan berdasar akal dan neraca iman tidak pernah mengecewakan kita.
Sebelum Isya’ tadi, saya sempat membaca satu artikel. yang secara kebetulan saya temui semasa mel…

Liku

Memandu dari Segamat ke Tangkak memang memenatkan. Jarak antara keduanya bukanlah cukup jauh tetapi jalannya yang berliku itulah yang amat tidak menyelesakan. Lepas satu selekoh, satu selekoh yang membantutkan momentum kereta yang dipandu. Keadaan menjadi lebih memeritkan bila membontoti lori yang bergerak bagai siput. Dua tahun dari sekarang mungkin laluan ini akan tinggal kenangan sahaja. Saya hadir majlis jamuan terbuka hari Raya malam tadi. Menteri Besar Johor menyampaikan berita gembira kepada warga Segamat. Pembinaan projek lebuh raya empat lorong yang menghubungkan Segamat dan Tangkak akan dimulakan tahun depan.
Katanya lagi, apabila projek itu siap kelak, ia akan menggalakkan pertumbuhan pelbagai bentuk kegiatan ekonomi di sepanjang laluannya. Sudah pasti pembinaan jalan raya itu juga akan memudahkan perjalanan penduduk Segamat untuk ke Johor Bahru berbanding meggunakan jalan sedia ada.

Perjalanan akan menjadi lebih pendek kerana penduduk Segamat yang mahu ke Johor Bahru atau Ku…

Hutang

"Tengok member kita ni, rumah terbuka buat, tetapi hutang tak nak bayar". Telinga saya dibisikkan dengan kata-kata yang cukup ringkas namun berbisa kalaulah didengar oleh tuan rumah ini. Saya hadir ke rumah terbuka ini dan tidak pula menjangka diminta untuk mendengar bisikan yang kurang enak ini. Barangkali, kawan saya ini tidak dapat menahan rasa marahnya. Saya tanya dia kerana hendak sangat tahu. Katanya, "Hutang aku kemain liat nak bayar dah makan tahun. Kawan aku pun kena".

Begitulah orang kita. Suka berhutang tetapi liat pula nak membayar. Perabot mahal-mahal boleh diangkut menjelang raya namun hutang kawan sendiri diabai begitu sahaja. Saya sendiri dikerutung oleh beberapa pemiutang yang cukup liat hendak bayar hutang. Yang menjengilkan bukan tidak berduit tetapi macam sengaja menkesampingkan hutang yang perlu dilunaskan. Sudah tertunggak sehingga beratus-ratus ringgit. Dengar khabar baru sahaja dapat durian runtuh ribuan ringgit namun bukan hutang kita yang h…

Jemaah

Tok Imam Kg Gudang Garam melahirkan rasa gembira bukan kepalang kerana bilangan yang hadir untuk solat jemaah semakin bertambah hari demi hari. Kalau mula-mula masjid baru ini digunakan dahulu hendak memenuhkan satu saf pun begitu memeritkan. Boleh dibilang dengan jari. Kadang-kadang empat, lima, enam dan paling tinggi pun mencecah angka kurang dari sepuluh. Ada ketika-ketikanya cuma Tok Imam dan seorang makmum sahaja.

Namun kini keadaan sudah banyak berbeza. Ruang masjid hampir sarat dengan makmum lebih-lebih lagi sewaktu solat Maghrib dan Isyak, malah solat Subuh juga sekali sekala. Tok Imam pun tidak pernah menjangka perubahan mendadak yang berlaku. Kadang-kadang Tok Imam dihinggap rasa ragu yang tidak boleh diselindung. Seusai solat Maghrib, Tok Imam mendekati saya dan cuba merisik sesuatu kalau-kalau saya tahu apa gerangan berlaku.

"Tok Imam tak tahu lagi ke?",tanya saya kepadanya. Tok Imam dilihat tercengang. "Tahu apa?", balasnya. "Ingat lagi tak dengan H…