Skip to main content

Kreatif


Saya dipersembahkan dengan 11 rekacipta dalam mini ekspo malam tadi yang berlangsung cukup sederhana namun meriah. Sekumpulan lebih kurang 50 pelajar yang mengambil kursus "Critical and Creative Thinking Skills" tidak menghampakan malah mengkagumkan saya. Mereka berjaya mempamerkan kreativiti sekurang-kurangnya pada pandangan saya yang sempat bersama mereka lebih kurang tiga bulan.
Ciptaan mereka mungkin dilihat biasa-biasa sahaja namun ia tidak gagal menarik perhatian saya. Tentulah tidak adil untuk membandingkan mereka dengan nama-nama besar seperti Thomas Edison misalnya. Ia begitu jauh dari jangkauan. Mereka ini cuma pelajar-pelajar "banking" dan bukan bidang mereka pun untuk menghasilkan sesuatu yang hebat-hebat. Paling tidak, mereka kreatif dalam kelas mereka yang tersendiri. Cukuplah. Malah dalam dunia rekacipta, banyak idea sebenarnya diilhamkan oleh mereka yang bukan pakar pun dalam bidang ciptaannya. Namun mereka menonong cuba menciptanya. Tayar misalnya dicipta oleh seorang pakar veterinari, John Dunlop, sementara pisau cukur dicipta oleh cuma seorang jurujual!

Saya kata kepada mereka agar tidak berhenti di sini. Idea mereka yang baik itu boleh diperbaiki dan tidak mustahil pula dipasarkan dan sekaligus memberi manafaat kepada orang ramai.

Saya cukup tertarik dengan pembakar sate yang diubahsuai daripada pembakar roti. Tidak perlu bara api lagi dan dalam masa kurang dari 8 minit sate yang enak sedia untuk dimakan. Begitu juga tong sampah yang dilengkapi dengan alat "sensor" yang terbuka sendiri mengingatkan orang ramai supaya membuang sampah ke dalamnya. Amat menarik! Begitu juga baju yang berfungsi bagai "mob" dipakaikan kepada bayi yang merangkak dan sekaligus menyapu segala habuk dan sampah yang melekat di lantai. Menyenangkan si ibu!
Saya cukup kagum dengan mereka!

Pena Tumpul - Percaya semua orang kreatif sekira diberi peluang



Comments

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w