Skip to main content

Hutang


"Tengok member kita ni, rumah terbuka buat, tetapi hutang tak nak bayar". Telinga saya dibisikkan dengan kata-kata yang cukup ringkas namun berbisa kalaulah didengar oleh tuan rumah ini. Saya hadir ke rumah terbuka ini dan tidak pula menjangka diminta untuk mendengar bisikan yang kurang enak ini. Barangkali, kawan saya ini tidak dapat menahan rasa marahnya. Saya tanya dia kerana hendak sangat tahu. Katanya, "Hutang aku kemain liat nak bayar dah makan tahun. Kawan aku pun kena".

Begitulah orang kita. Suka berhutang tetapi liat pula nak membayar. Perabot mahal-mahal boleh diangkut menjelang raya namun hutang kawan sendiri diabai begitu sahaja. Saya sendiri dikerutung oleh beberapa pemiutang yang cukup liat hendak bayar hutang. Yang menjengilkan bukan tidak berduit tetapi macam sengaja menkesampingkan hutang yang perlu dilunaskan. Sudah tertunggak sehingga beratus-ratus ringgit. Dengar khabar baru sahaja dapat durian runtuh ribuan ringgit namun bukan hutang kita yang hendak dilunaskan dahulu tetapi sibuk-sibuk pula beli itu dan ini untuk sambut raya besar-besar. Herannya! Kini sudah jadi kera sumbang yang takut hendak tunjuka muka dan duduk terperap dalam rumah. Tengoklah sampai bila orang macam ini boleh bertahan.

Kata orang kalau nak pakai baju, ukur dulu badan sendiri, takut tersempit atau terlonggar. Kalau koyak lagi susah nanti tak ubah macam Pak Kadok terkinja-kinja seronok tetapi tidak sedar sudah bogel bulat.

Pena Tumpul - Utamakan hutang dulu sebelum yang lain-lain

Comments

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...