Skip to main content

Jemaah

Tok Imam Kg Gudang Garam melahirkan rasa gembira bukan kepalang kerana bilangan yang hadir untuk solat jemaah semakin bertambah hari demi hari. Kalau mula-mula masjid baru ini digunakan dahulu hendak memenuhkan satu saf pun begitu memeritkan. Boleh dibilang dengan jari. Kadang-kadang empat, lima, enam dan paling tinggi pun mencecah angka kurang dari sepuluh. Ada ketika-ketikanya cuma Tok Imam dan seorang makmum sahaja.

Namun kini keadaan sudah banyak berbeza. Ruang masjid hampir sarat dengan makmum lebih-lebih lagi sewaktu solat Maghrib dan Isyak, malah solat Subuh juga sekali sekala. Tok Imam pun tidak pernah menjangka perubahan mendadak yang berlaku. Kadang-kadang Tok Imam dihinggap rasa ragu yang tidak boleh diselindung. Seusai solat Maghrib, Tok Imam mendekati saya dan cuba merisik sesuatu kalau-kalau saya tahu apa gerangan berlaku.

"Tok Imam tak tahu lagi ke?",tanya saya kepadanya. Tok Imam dilihat tercengang. "Tahu apa?", balasnya. "Ingat lagi tak dengan Haji Sabar, jutawan dan dermawan yang terkenal tu?, tanya saya lagi. "Yalah, kenapa dengan dia, kan dia dah balik semula ke kampung kita selepas beberapa tahun menetap di Kuala Lumpur tu".

"Kalau Tok Imam nak tahu, fasal Hj Sabarlah ramai orang kampung kita ni yang berpusu-pusu datang solat jemaah kat masjid sekarang ni", saya memecahkan kebuntuan Tok Imam.
"Apa yang dia dah buat?" Tok Imam makin berminat hendak tahu.

"Kudut, Mak Tegak, Bucing, Sibon, Apai dan ramai lagi yang tidak pernah kenal masjid selama ini datang berjemaah kerana Haji Sabar member sesuatu kepada mereka setiap kali mereka ke masjid untuk solat jemaah", tambah saya lagi.

"Bagi apa? Tok Imam macam mendesak dan ketika itu juga azan Isyak dikumandangkan oleh Pak Tahir. Kami berhenti di situ meninggalkan Tok Imam dalam kemanguan.

Pena Tumpul - Tunggu sambungannya

Comments

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...