Skip to main content

Bonus


Ini adalah bajet terbaik dalam sejarah pembentangan bajet negara. Ini juga bajet yang dilihat memuaskan hati banyak pihak. Semua lapisan masyarakat tidak kira tua, muda, miskin, kaya, keturunan merasa kesannya. Ini pandangan peribadi saya yang mungkin tidak ramai bersetuju pun. Saya selalu percaya bahawa: kita tidak akan dapat semua apa yang kita hendak dan bukannya amat mudah untuk memuaskan hati semua orang. Berlandaskan premis itu saya melihat Bajet 2011 sudah dikira terbaik!

Penjawat awam paling beruntung kerana diberi tambahan RM500 dalam pendapatan bulan Disember nanti. Tentunya RM500 bukan amaun yang kecil. Banyak yang boleh dimanipulasikan dengan duit itu nanti. Yang pasti boleh beli uniform dan sepatu baru untuk anak-anak yang bersekolah. Kalau masih tiada anak yang bersekolah, RM500 itu cukup banyak untuk membeli "diapers" dan susu bayi. Kalau masih bujang pastinya sudah boleh berkira-kira untuk membeli pakaian baru atau pun lebih baik lagi di simpan sahaja dalam tabungan.

Namun saya melihat yang paling sangat beruntung ialah penjawat awam wanita khususnya yang sudah berkahwin dan sedang bercadang untuk menamatkan zaman daranya. Mengapa tidak? Bajet kali ini memberi tiga bulan bonus kepada mereka dengan syarat mereka memilih untuk mengandung, melahirkan dan seterusnya cuti selepas bayi selamat dilahirkan. Tanpa perlu ke tempat kerja sehingga tiga bulan dan pendapatan selama tiga bulan berkenaan tidak terjejas sedikit pun, ia pastinya bonus yang paling lumayan yang tidak akan dinikmati oleh mana-mana penjawat awam lelaki pun!

Namun ia masih tidak cukup menarik untuk mendorong isteri memberi adik kepada Haziq.

Pena Tumpul - Emak yang telah lama balu pun turut dapat, lalu nikmat mana lagi yang hendak kamu dustakan!

Comments

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...