Skip to main content

101010


Enam digit ini mungkin cukup istimewa pada sesetengah orang. Ada yang menunggu-nungunya untuk memetrai ikatan dua hati dan jiwa. Khabarnya banyak majlis perkahwinan berlangsung pada hari ini. Namun ia peristiwa yang amat mengerikan dan cukup tragis bagi 15 orang yang maut di tangan seorang pengguna jalan raya yang saya kira tidak bertanggungjawab langsung.

Pemandu itu juga turut maut. Saya amat pasti sekiranya dia terselamat, hukuman yang paling setimpal wajar diterimanya kerana kesalahannya membunuh secara kejam 15 nyawa yang tidak berdosa selain mencederakan 40 yang lain. Sungguh menghibakan kematian yang diratapi ahli keluarga yang ditinggalkan. Ia meluluhkan jiwa raga mereka yang bergantung harap kepada yang pergi tanpa dijangka dan diminta pun. Kemalangan begini sudah barang mungkin dapat dielakkan sekiranya kenderaan yang tidak mengerti apa-apa ini dipandu dengan kadar kelajuan yang sepatutnya.

Tetapi ia tidak dipandu begitu pun oleh kebanyakan pemandu bas ekspres yang sering dilihat bila sesekali berkesempatan memandu di lebuhraya. Bas selalunya dipandu bagai lipas kudung dan dalam keadaan yang membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Amat menakutkan!

Kadang-kadang pelik juga, bukan sedikit nyawa yang sudah diragut angkara bas ekspres yang dipandu laju begini, namun ia terus berulang tanpa sebarang tindakan yang lebih tegas diambil untuk membendungnya. Apa sudah jadi dengan alat amaran kelajuan yang dipasang pada bas untuk menyedarkan pemandu yang suka memecut laju? Dipasangkah? Atau tidak berfungsikah?

Saya selalu percaya kenderaan yang tidak dipandu amat laju memberi ruang yang cukup selesa kepada pemandu untuk mengelakkan diri daripada terjebak dalam sebarang bentuk kemalangan jalan raya. Lebih banyak masa untuk bertindak sewajarnya, untuk menekan brek misalnya.

Saya tidak terperanjat bila salah seorang penumpang yang terselamat mendakwa bas yang malang itu dipandu cukup laju sebelum tersungkur dan menghempap penyek sebuah kereta lain yang turut membunuh pemandunya.

Jangan salahkan bas. Ia tidak bernyawa. Salahkan pemandunya!

Pena Tumpul - Jemu dengan peraturan itu dan ini, namun tindakannya bagaimana?




Comments

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...