Skip to main content

Pilihan


Berpuluh tahun dahulu saya dengar Pak Hamka berkata begini" Sains Barat kita ambil, telanjang barat kita buanglah, buat apa kita nak ikut" dan ia masih saya ingat sampai kini. Saya kira waktu Pak Hamka berbicara lewat rancangan Sinar Islam di TV, ia sekitar dekad lewat 70an, ketika mana ledakan teknologi maklumat tidak begitu hebat seperti sekarang. Namun Pak Hamka semacam sudah bisa meramalkan apa yang bakal terjadi di dekad-dekad seterusnya. Ternyata Pak Hamka tidak silap membuat perhitungan.


Nah, di depan kita disajikan dengan pelbagai hidangan. Kita diberi pilihan. Kita juga diberikan akal dan budi. Kita juga dibekalkan neraca dalam membuat pertimbangan. Neraca iman yang menjurus kepada kebenaran dan juga neraca dunia yang mendorong kepada kepalsuan semata. Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut nafsu lesu. Pilihan berdasar akal dan neraca iman tidak pernah mengecewakan kita.

Sebelum Isya’ tadi, saya sempat membaca satu artikel. yang secara kebetulan saya temui semasa melayari lautan maklumat ini. Bahtera ini singgah di sini. Masya Allah, artikel tersebut begitu menyentuh hati saya. Saya buka Quran dan cuba menghadam ayat-ayat Allah yang disebutkan dalam artikel tersebut.


(Serta dikatakan kepadanya): "Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat)". (50:22)

Ia berkata: "Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu melihat?" Allah berfirman: "Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan". (20: 125-126)

(Lalu dikatakan kepada mereka): "Janganlah kamu menjerit-jerit meminta tolong pada hari ini, sesungguhnya kamu tidak akan beroleh sebarang pertolongan dari Kami. (23: 65)

Entah kenapa saya seperti tidak pernah mendengar ayat-ayat ini. Seakan pertama kali saya mendengarnya.

Saya lihat buku-buku yang pernah saya baca. Semuanya tebal-tebal belaka. Dan saya lihat Quran yang kecil di atas meja saya. Mengapa setelah 49 tahun di atas muka bumi Allah, ayat-ayat Allah seakan baru pertama kali saya dan dengar? Banyak buku yang saya baca, tapi bagaimana dengan Quran? Banyak novel yang saya baca, tapi tidak pernah umur saya menghadam Quran terjemahan dari mula sehingga akhir.

Terkadang saya mahu meninggalkan semua ini, mahu belajar kitabullah dan menghafaznya. Betulkah begitu? Saya pernah berbual dengan kawan tentang mengekalkan ayat-ayat Quran yang dihafaz dalam memori. Baru hafal surah yang simple-simple, terasa sukar untuk terus mengekalkan hafalan. Saya lihat Faruk begitu mudah melakukannya .Bagaimana para huffaz melakukannya?

Kata kawan, AlQuran itu memilih manusia yang layak. Terasa pula bila dia mengungkapkan sedemikian.

Ya Allah, Kau bukakanlah hikmah Quran itu buat diri ini…


Pena Tumpul - Merenung dalam diri

Comments

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w