Skip to main content

Kagum

Saya dan semua pelajar yang berkunjung ke Pusat Sains Negara pagi ini kagum malah terpesona dengan dengan aksi gadis jelita Jepun ini. Salin tidak tumpah macam manusia. Jangan tertipu dengan keramahan gadis comel ini. Dia cuma robot yang tidak bernyawa dan berjiwa. Tiada hati dan perasaan juga.

Itulah kehebatan orang Jepun.Robot yang dinamakan  Actroid ini  merupakan robot yang mempunyai struktur, tekstur kulit, dan gerak badan seakan manusia. Kenapa nama dia Actroid.? Dia adalah gabungan actor dan android. Khabarnya wajahnya diacu dari seorang aktres popular Jepun lantas menampilkan wajah comel begitu.

Otot anggota badan Actroid nampak lembut, kerlipan mata yang persis manusia serta pergerakan mulut yang begitu lancar. Antara bahagian tubuh yang paling ketara menyerupai manusia adalah rambut, gigi, mata, tangan, kaki, bentuk tubuh, dandanan malah suara juga. Apa yang paling menarik, kulitnya dihasilkan daripada bahan silikon yang sama seperti yang digunakan dalam perubatan kulit. Actroid ni juga boleh dipelbagai ekspresi mukanya. Menarik. Ekspresi muka yang dilemparkan nampak natural. 

Kekaguman saya tidaklah sampai mengatasi kekaguman saya kepada Pencipta kepada segala pencipta. Saya lebih kagum bagaimana Tuhan menganugerahkan bakat dan kepandaian kepada makhluk ciptaannya untuk menghasilkan robot ini.

Robot tetap robot, hebat macam mana sekali pun namun tidak berjiwa!

Pena Tumpul - Suka tengok cerita "Giant Robot" di tv masa kecil-kecil dulu

Comments

Popular posts from this blog

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w...

Cukur jambul

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama." (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi) Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin. Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan ...

Kuasa

B ila memandu di lebuhraya, keinginan untuk memandu laju melampaui had yang ditetapkan cukup membuak-buak. Sesekali ada peluang kereta dipecut semahunya. 110km sejam yang ditetapkan bagai tidak diendah lagi. Tidak terfikir lagi tentang perangkap laju yang mungkin tersorok di mana-mana menunggu mangsa. Kuatnya pengaruh kuasa. Saya memotong kereta satu demi satu tanpa gusar dan ragu.Namun momentum terus bertukar perlahan sebaik sahaja memotong sebuah kereta Waja. Kereta ini benar-benar mempengaruhi saya supaya tidak terus memandu laju. Sebabnya mudah sahaja. Kereta yang saya potong itu ada logo Polis di belakangnya. Walaupun saya tahu bukanlah satu kesalahan pun untuk memotong mana-mana kereta berlogo begitu namun pengaruh logo itu memang cukup kuat. Begitu juga kesan daripada warna baju hijau memantul cahaya yang selalu dipakai polis. Terpandang sahaja kelibat baju hijau ini dari jauh, tali pinggang yang sengaja tidak dipakai akan bergolot dipakai. Akhirnya tertipu sendiri bila ...