Skip to main content

Mengimbau

Ibarat sirih pulang ke gagang, pinang balik ke tampok. Setelah hampir 20 tahun meninggalkan Jengka, saya kembali lagi ke tempat yang sarat dengan pelbagai kenangan manis yang dilorek bersama-sama guru dan kakitangan yang baik budi serta anak didik yang sangat bersopan, berakhlak mulia, rajin belajar dan cerdik bukan kepalang. Sekembalinya saya dari menghadiri undangan majlis perkahwinan saya sengaja singgah sebentar di sini mengimbau kenangan lalu.

Saya bersama dengan lima orang guru adalah antara perintis sekolah berasrama penuh yang dipertanggubjawabkan untuk mendidik sekumpulan pelajar cemerlang Tingkatan Satu sekitar 90 orang. Ia bukan tugas yang sangat mudah kerana kami berdepan dengan pelbagai kekangan seperti kekurangan kemudahan dan sebagainya. Saya tidak lama di sini kerana tiga tahun selepasnya saya ditawar untuk berkhidmat di salah sebuah IPTA di selatan tanah air. Pun begitu sempat juga saya menuai hasil tanaman saya selama tiga tahun di daerah bertuah ini. Hampir 100 peratus pelajar mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR.

Lebih membanggakan lagi, hampir kesemuanya juga memegang jawatan yang baik samada di sektor awam mahu pun swasta. Nama-nama seperti Khairulnizam, Mohd Nor, Zahidah, Zurina, Lailatul Munira, Akmar Hanis, AlMizan, Wan Azlin Irma, Rizal, Anuar, dan yang tidak larat saya senaraikan satu persatu di sini tidak pernah saya lupa. Mereka membuat saya rasa sangat-sangat bangga!

Bakti disemai, bukti dituai.

Pena Tumpul -Saya sangat puas mencurah bakti di sini


Comments

Popular posts from this blog

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Rencah

P erjalanan berkereta dari Segamat ke Serting pagi ini pastinya membosankan kalau tidak disulami dengan bual bicara dan gurau ketawa. Tok Ya yang turut serta bersama isterinya selain isteri dan Haziq memecah kesunyian apabila setelah lima minit berlalu saya masih lagi senyap justeru tidak ada apa yang hendak dibualkan. Tok Ya menyuarakan rasa kesal dan terkilan di atas pemergian Pak Itam sebulan yang lalu. " Dia mungkin boleh diselamatkan kalau mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta ". Walau pun kematian Pak Itam sudah ditentukan Ilahi namun layanan dan rawatan yang diberikan oleh hospital kerajaan amat dikesalkan. Pak Itam dibiarkan berminggu-minggu terlantar di katil sebelum pembedahan dilakukan. Yang lebih mengecewakan lagi apabila kecuaian yang dilakukan semasa pembedahan sehingga berlakunya infeksi pada paru-paru. Ini fenomena biasa di hospital kerajaan. Tok Ya sempat menceritakan pengalamannya dirawat di dua hospital yang berbeza ini. Walaupun ribuan ringgit terp...