Skip to main content

Faham

Saya selalu menginginkan agar saya bukan sahaja boleh membaca Quran dengan baik dan betul tajwidnya tetapi lebih dari itu memahami setiap patah perkataan yang dibaca tanpa terlalu sangat bergantung kepada terjemahannya. Semua tahu dengan membaca al-Quran kita akan mendapat pahala, namun jika dibaca, difahami, dihayati seterusnya dilaksanakan apa yang diseru oleh ayat dalam al-Quran itu, pastinya ganjaran yang diterima berlipat kali ganda.

Sayangnya, tidak ramai antara kita yang memahami ayat al-Quran yang dibaca apatah lagi menghayatinya kerana tidak faham bahasa Arab.Kita mungkin boleh khatam AlQuran berkali-kali tetapi pemahaman kita tentang isinya bagaimana pula. Adalah satu kerugian kalau kita tidak faham pun apa yang kita baca. Kalau isinya sudah tidak mampu kita fahami dan berusaha untuk memahaminya, bagaimanalah Quran itu boleh kita jadikan sebagai panduan dalam hidup kita.

Dalam keghairahan mempelajari bahasa AlQuran, saya terpandang buku ini bila berkunjung di Badan Book Store Johor Baharu petang ini. Saya belek, dan baca sepintas lalu dan ia memenuhi keinginan saya. Buku Cara Mudah Memahami Perkataan-perkataan Al-Quran ini memperkenalkan cara mengenali serta memahami perkataan kata nama, kata sendi, kata huruf dan kata kerja dalam al-Quran berserta maksud dengan mudah.

Pembelajaran dimulakan dengan mengetahui kedudukan kalimah al-Quran. Al-Quran mempunyai 114 surah dan keseluruhan kalimah al-Quran terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kata nama, kata kerja dan kata sendi. Buku ini menerangkan mengenai setiap kata nama secara ringkas serta mudah untuk difahami pembaca dilengkapi dengan contoh.

Penulis turut memudahkan pembaca mengenali serta memahami perkataan termasuk dalam kumpulan kata nama, kata sendi, kata huruf atau kata kerja selain menjelaskan fungsi kedudukan baris huruf. Tidak dinafikan sukar pada awalnya untuk memahami ilmu ini sekiranya tidak mahir bahasa Arab. Namun, pendekatan digunakan menarik untuk dicuba.Harap-harap lepas ini bolehlah memahami AlQuran tanpa merujuk sangat kepada terjemahan.

Pena Tumpul - Sedang tekun mempelajari

Comments

Popular posts from this blog

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Rencah

P erjalanan berkereta dari Segamat ke Serting pagi ini pastinya membosankan kalau tidak disulami dengan bual bicara dan gurau ketawa. Tok Ya yang turut serta bersama isterinya selain isteri dan Haziq memecah kesunyian apabila setelah lima minit berlalu saya masih lagi senyap justeru tidak ada apa yang hendak dibualkan. Tok Ya menyuarakan rasa kesal dan terkilan di atas pemergian Pak Itam sebulan yang lalu. " Dia mungkin boleh diselamatkan kalau mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta ". Walau pun kematian Pak Itam sudah ditentukan Ilahi namun layanan dan rawatan yang diberikan oleh hospital kerajaan amat dikesalkan. Pak Itam dibiarkan berminggu-minggu terlantar di katil sebelum pembedahan dilakukan. Yang lebih mengecewakan lagi apabila kecuaian yang dilakukan semasa pembedahan sehingga berlakunya infeksi pada paru-paru. Ini fenomena biasa di hospital kerajaan. Tok Ya sempat menceritakan pengalamannya dirawat di dua hospital yang berbeza ini. Walaupun ribuan ringgit terp...