Tuesday, May 19, 2015

Curi

Gangguan telefon berlaku lagi untuk kesekian kalinya dan sekaligus capaian internet tergendala sama. Bila ini berlaku, Telekom Malaysia (TM) pantas dihubungi. Berdasarkan punca kerosakan yang dilaporkan oleh pihak TM terhadap gangguan yang sering berlaku itu, saya mengesyaki pasti berlaku kejadian mencuri kabel lagi. Kejadian curi kabel telefon sangat kerap berlaku di kampung sejak akhir-akhir ini. Kejadian ini berlaku tanpa disedari oleh penduduk kampung kerana ada ketikanya mereka berlagak seolah-olah pekerja telekom yang sedang membetulkan kerosakan tetapi sebenarnya mereka adalah pencuri kabel.

Saya melihat kepada keperluan untuk mewujudkan pasukan ronda oleh beberapa orang pemuda Kg Gudang Garam bagi membendung kejadian yang tidak bertanggungjawab ini. Akibat perbuatan yang mementingkan diri sendiri ini, panggilan telefon dan internet strymx tidak dapat dibuat kerana kecurian kabel tersebut.

Pihak Telekom Malaysia sepatutnya memikirkan satu mekanisme terbaik untuk membenteras perbuatan ini. Para pencuri kabel ini tidak seharusnya diberikan jalan mudah untuk melakukan perbuatan ini. Barangkali sudah sampai masanya semua kabel ditanam dalam-dalam dalam tanah untuk menyukarkan kerja mencuri.

Pena Tumpul - Geram

No comments:

Menjerit

" Dan mereka menjerit-jerit di dalam Neraka itu (sambil merayu): Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari azab ini); kami akan meng...