Saturday, May 23, 2015

Tidur


Saya sempat hadir dalam satu lagi majlis ilmu meraikan kelahiran junjungan besar. Ustaz ini berbicara tentang sunnah Nabi. Tentang tidur baginda.

Kata Ustaz, seseorang yang berusia 60 tahun secara puratanya akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Kalau tidur kita mengikut sunnah Rasullullah saw, maka tidur begitu akan jadi ibadah.

Allah hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadah yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Jika kita tidur cara selain dari cara Nabi, tidur kita tidak lebih hanya sekadar kerehatan.

Antara sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur ialah membaca Tasbih Fatimah, iaitu Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, dan Allahuakbar juga 33 kali.

Baginda sering mengamal membaca surah Al Ikhlas, Al Falaq dan Al-Nas dan kemudiannya dihembuskan bacaan itu di kedua-dua belah tangannya lalu digosok ke seluruh badannya di mana tangannya dapat sampai. Bacaan dan perbuatan baginda ini diulang sebanyak tiga kali berturut-turut.

Kedudukan tidur pun ada caranya. Nabi Muhammad suka tidur mengiring ke sebelah kanan. Baginda tidur berlapikkan bantal yang sesuai dan membenci tidur secara meniarap. Ucapan memuji Allah sering diucap pada bibir.

Malah saintis mengakui kedudukan tidur Nabi itu adalah model terbaik kerana ia mampu memberi kesan kepada kesihatan badan. Tidur cara Nabi merehatkan badan dan menjaga kesihatan tulang leher. Hebatnya Nabi.

Pena Tumpul - Sesekali tidur sambil duduk

No comments:

Sambilan

S etelah dua hari bekerja, Haziq mengadu penat. Dia memang ada sebab untuk penat kerana sepanjang bekerja dia memang tidak ada peluang u...