Monday, May 11, 2015

Monyet

Pagi ini saya melihat seekor monyet di atas sebuah kereta di tempat letak kereta. Saya percaya ia monyet yang datang dari kawasan hutan berhampiran. Monyet ini pastinya keluar dari hutan tersebut ke kawasan lapang untuk mencari makanan.

Penebangan hutan menyebabkan monyet-monyet ini keluar ke lapangan mencari makanan. Adakalanya yang terkorban ketika menyeberang jalan. Kasihan monyet-monyet ini yang menerima kesan dari pembangunan yang dijalankan. Bukan monyet itu yang salah kalau haiwan ini sampai menceroboh laman orang kerana asalnya habitat mereka yang diceroboh terlebih dahulu. Dibimbangi, lambat laun haiwan-haiwan ini akan hilang dari pandangan jika tiada sebarang usaha dilakukan untuk melindunginya.

Pena Tumpul- Lihat babi-babi menceroboh kebun orang

No comments:

Tabir

A dakalanya kita merasakan apa yang kita buat seolah-olah tidak dihargai oleh orang lain. Kerja yang kita lakukan tidak dipandang orang ap...