Skip to main content

Sudu


Pernahkah kita bertanya,manakah lebih bersih, makan guna tangan atau guna sudu? Bagi yang lebih selesa menggunakan sudu, tentunya berpandangan makan guna sudu lebih bersih. Sifat fizikal sudu yang nampak kilat dan bersinar selepas dicuci tentunya tidak mengundang sedikit pun rasa sangsi orang untuk menggunakannya bila menyuap makanan.

Pun begitu ada juga yang lebih selesa menggunakan tangan untuk makan. Saya sendiri, jika diberi pilihan antara sudu dan tangan, lebih cenderung untuk menggunakan tangan kerana makanan lebih dinikmati bila kita menyuap dengan tangan.

Saya ingin berkongsi cerita tentang seorang remaja Muslim yang belajar di luar negara yang keluar makan malam dengan rakan bukan Islam di sebuah restoren. Dia ditegur oleh rakan-rakannya ababila tidak menggunakan sudu yang disediakan untuk makan tetapi sebaliknya memilih untuk menggunakan tangannya. Remaja Muslim ini disifatkan rakan-rakan bukan Islamnya sebagai pelik malah tidak beretika kerana makan menggunakan tangan.

Remaja Muslim ini menyatakan pandangannya, "Sudu saya sangat eksklusif. Hanya saya yang boleh gunakan, tidak berkongsi dengan orang lain pun. Saya selalu membasuhnya dan memastikan kebersihannya. Lagi pun saya tidak pasti sudu di sini benar-benar dicuci atau tidak.Saya juga tidak tahu orang sebelumini yang menggunakannya sihat atau pun tidak"

Rakan-rakannya mengangguk kagum mendengar penjelasannya.

Kadang-kadang terlintas juga difikiran bila makan di restoren yang pengunjungnya pelbagai agama, bangsa, latarbelakang. Bersihkan sudu itu?

Pena Tumpul - Terfikir hendak bawa sudu sendiri saja

Comments

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w