Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2016

Letih

Memang sangat meletihkan. Malah menuntut tumpuan dan penggunaan masa yang bukan sedikit. Tidak kurang ongkos yang turut perlu dilaburkan dan dileburkan. Pun begitu, Alhamdulillah berkat sabar dan muafakat suku sakat, majlis perkahwinan dilangsungkan dengan jayanya. Walau pun tidak seratus peratus sempurna, namun keseluruhannya berjalan dengan baik. Cuaca pun baik.

Khabarnya kuey teow sentuhan tangan Along menjadi tumpuan jemputan yang datang berbanding dengan menu utama yang disediakan. Dah jemu dengan nasi minyak dan kari daging agaknya lantas kuey teow menjadi sasaran selera. Rata-rata memuji keenakan luar biasa kuey teow yang tidak pernah mereka rasa sebelum ini.

Letih namun puas kerana segalanya selesai dengan baik. Pahat pun tidak berbunyi.

Pena Tumpul - Mahalnya harga sebuah perkahwinan sekarang!


Guru

Saya ingin mendedikasikan ucapan hari guru kepada semua guru yang pernah mendidik saya. Saya selalu percaya tanpa didikan mereka walau sekelumit pun saya tidak berada dalam kedudukan sekarang.

Mereka semua menyumbang kepada pembangunan seorang insan seperti saya. Ada di kalangan mereka yang masih terpahat segar dalam ingatan dan tidak kurang pula yang cuma sipi-sipi menyinggah di fikiran.

Seawal darjah satu ditahun 1968, saya masih ingat beberapa nama seperti Cikgu Ibrahim yang mengajar Matematik (dulu Kira-Kira)dan juga Cikgu Yakob yang tidak jemu-jemu mengasah lidah Melayu kami supaya tidak kekok bertutur dalam bahasa orang putih!

Guru-guru yang garang selalunya meninggalkan kesan ingatan yang mendalam kepada anak muridnya. Masih segar dalam ingatan saya di tempeleng di hadapan kelas bersama empat rakan baik saya oleh Cikgu Rahim, guru disiplin ketika saya berada dalam Tingkatan Satu. Sebabnya hanya kerana kami berlima menyeberang ke kantin sekolah rendah! Cikgu Zaidan yang mengajar…

Motor

Adakalanya memandu di lebuh raya sangat-sangat menyesakkan. Bukan sahaja kerana jalan itu sendiri yang sesak dengan kenderaan yang bertali arus tetapi cara segelintir pemandu menggayakan mesinnya juga menyesakkan mata dan hati.

 Saya memilih untuk bersetuju dengan kebanyakan orang yang pernah terserempak dengan penunggang motor besar berkuasa tinggi bahawa mereka memang meresahkan pemandu yang lain. Mereka tidak menggunakan lorong motor yang disediakan tetapi lebih selesa menggunakan lorong untuk kenderaan lain.

Petang ini saya melangsar di lebuh raya menuju ke Johor Bahru dan bertembung dengan sekumpulan penunggang ini yang berlagak bagai pembuli jalan.

Saya memotong sebuah lori yang sangat perlahan pergerakannya bagai siput. Pun begitu dalam proses memotong itu, saya tidaklah mampu untuk meluncur laju. Dalam keadaan sukar memotong itulah sebuah motor besar ini meluncur laju juga cuba memotong di lorong yang sama. Sudah pastilah penunggang motor ini merasakan pergerakannya rasa ters…

Kekurangan

Saya ingin berkongsi sesuatu yang saya dengar lewat corong radio awal pagi ini. Ia kisah suami isteri yang baru melangsungkan perkahwinan. Selang beberapa bulan, isteri mencadangkan kepada suaminya untuk menyatakan kekurangan yang ada pada diri masing-masing supaya boleh diperbaiki bagi mengekalkan kebahagiaan rumah tangga yang baru mereka bina.


Mereka mulai memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung jika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik sebab hal tersebut untuk kebaikkan mereka bersama juga.

Mereka sepakat untuk berpisah bilik tidor buat semalam dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing. Keesokan paginya ketika sarapan, mereka membentangkan apa yang telah mereka catat dan tulis.

Isteri memulakanya.Banyak sekali yang ditulisnya. Ketika isteri membacakannya, dia melihat  airmata suaminya mulai mengalir. Mungkin sangat terharu atau tersinggung. Banyak sangat yang tidak baik tentang dirinya yang t…

Terowong

Kalaulah masa boleh diputar balik ia pastinya menarik. Berada semula di masa kita masih kanak-kanak saya kira paling menyeronokkan. Begitu juga masa bersekolah yang masih muda remaja. Namun, ia mustahil untuk berlaku pun. Masa tidak akan pernah berundur semula. Sesaat berlalu tidak akan boleh di ulang kembali hadirnya. 28hb Februari 2011 jam 11.59 malam misalnya datang cuma sekali dan tidak akan muncul lagi dalam kalendar kehidupan kita.

Acapkali juga kita mendengar orang berkata kalaulah saya diberi peluang untuk berada di zaman muda kembali saya tidak akan buat apa yang pernah saya buat dahulu lebih-lebih lagi yang bersangkut dengan amalan dan perbuatan. Tentang pengabdian kita padaNya dan ketaatan kita kepadaNya juga. Kita dengar orang berazam untuk buat yang baik-baik sahaja andai masa itu hadir kembali. Dan ia memang tidak akan berlaku pun. Barang yang telah lepas di masa lalu memang tidak perlu untuk dikenang pun. Cuma Tuhan memberi kita peluang untuk belajar dan mengkoreksi dar…

Kuli

Saya selalu kagum dengan kegigihan bekerja yang dipamerkan oleh para pekerja dari seberang yang pernah saya jumpa. Mereka dilihat seolah tidak kenal erti penat lelah. Bahang mentari mungkin terasa dingin salju pada mereka. Saya mendekati mereka pagi ini yang secara kebetulan sudah lebih seminggu menyiapkan kerja-kerja renovasi rumah.

"Cari makan pak, di tempat saya susah kerja. Kalau ada pun, upahnya amat kecil" kata Edi. "Saya perlu mengongkosi adik beradik saya yang masih belajar". "Lagipun saya sudah biasa kerja teruk begini. Kami memang tidak diajar untuk duduk goyang kaki begitu, tapi kena kerja keras".

Saya percaya itu jawapan paling jujur dari Edi. Kalau mereka sanggup bersabung nyawa meredah lautan dan ombak untuk sampai ke sini, apalah sangat panahan mentari itu. Kalau mereka sudah biasa bertempiaran lari dari dicekup pihak berkuasa apalah sangat bekerja teruk begitu.

Saya ingin merasai kepayahan mereka. Kerja membengkok besi bukan kerja yang mu…

Sedekah

Adakalanya kita sangat berkira-kira untuk bersedekah malah memilih pula orang yang hendak kita bersedekah. Lebih malang lagi kalau kita memikirkan apakah ganjaran semerta yang kita perolehi dari sedekah yang kita berikan itu.

Petang ini saya membawa Hafiz jalan-jalan di taman permainan. Setelah penat berkejaran Haifiz mengadu kehausan dan mengajak saya ke sebuah kedai cendol berdekatan. Seorang wanita tua yang uzur menarik perhatian saya dan Hafiz. Ada mangkok usang di tangannya dan kelihatan beberapa keping duit siling serta wang kertas seringgit. Tanpa disuruh Hafiz memasukkan seringgit dalam mangkok wanita itu. Pun begitu Hafiz dihinggap keraguan tentang wanita tua itu sama ada dia benar-benar daif dan memang tiada pilihan lain untuk mencari rezeki selain mengemis begitu.

"Betul ke orang tu memang tak daya, entah-entah dia pura-pura jadi macam tu sedangkan dia banyak duit" Hafiz menyatakan keraguannya. Saya nasihatkannya agar jangan cepat buruk sangka.Sedekah yang diberi …

Berlagak

Saya ingin berkongsi salah satu kisah yang mencuit hati  yang sempat saya baca dalam majalah Solusi. Ia mungkin cerita rekaan namun ada pengajaran yang boleh kita ambil.

Ia mengisahkan seekor anak katak yang melihat seekor kerbau buat pertama kali dalam hidupnya. Anak katak ini ingin memberitahu apa yang dilihatnya kepada bapanya. Lantas ia pulang ke pangkuan ayahnya dengan tercungap-cungap dan berkata, ''Ayah, saya baru pulang daripada bermain di sawah pado, Saya jumpa seekor binatang namanya kerbau... '' ''Ah, apa nak dihairankan?'' kata bapa katak walaupun sebenarnya dia sendiri tidak pernah melihat kerbau. ''Kerbau itu sangat besar ayah... ''Ah, ada sebesar ini?'' tanya bapa katak sambil mengembungkan perutnya. ''Tak ayah, lebih besar lagi.'' ''Ada sebesar ini?'' kata bapa katak membesarkan lagi perutnya.

Anak katak menggeleng-gelengkan kepalanya. Bapa katak bertambah geram dan marah. ''…

Dengki

Saya ingin berkongsi cerita yang amat menarik ini. Ia ada pengajaran berguna. Sesuatu yang tidak boleh disanggah, sikap dengki, cemburu dan irihati seringkali bersarang di hati manusia. Manusia tidak suka melihat orang lain lebih dari mereka dan mengharapkan mereka lebih dari orang lain. Mereka juga suka melihat nikmat orang lain hilang. Di penghujungnya, sikap ini sebenarnya cuma merugikan diri kita sendiri.
Tiga orang budak hitam berjalan-jalan di atas pasir di persisiran sebuah pantai. Tiba-tiba seorang dari mereka tertendang sebiji botol. Beliaupun mengambil botol tersebut. Botol tersebut tertutup rapat dengan penutup gabus. Kesemua mereka kehairanan dan tertanya-tanya apa yang ada di dalam botol tersebut. Lalu salah seorang dari mereka pun membukanya. Terbuka sahaja botol tersebut, keluarlah seekor jin yang amat besar.

Jin tersebut ketawa-terbahak-bahak lalu berkata " Siapakah engkau hai manusia yang telah membebaskan aku? Aku telah terkurung dalam botol ini …

Tulisan

Hadif tidak dapat mengawal perasaan tidak puas hatinya gara-gara mamanya tidak menurut kemahuannya. Ibunya tidak membelikannya sepasang kasut bola seperti yang dijanjikan. Bukan ibunya sengaja tidak mahu memenuhi kehendaknya tetapi ibunya telah membelikannya kasut bola tidak sampai sebulan yang lalu pun. Ibunya yang tidak berpuas hati kerana Hadif tidak cukup cermat dengan barang kepunyaannya.

Saya katakan pada Hadif supaya tidak bertindak marah-marah begitu lebih-lebih lagi pada ibunya. Seingat saya ibunya tidak pernah menghampakan setiap keinginannya selama ini. Jadi, adalah amat tidak adil untuk Hadif melayan ibunya begitu. Saya beritahunya supaya ingat segala kebaikan ibunya padanya sebelum ini.

Saya ceritakan kesah ini padanya yang saya kira memang ada kaitan dengan apa yang Hadif lalui ini. Lagi pun saya selalu percaya cerita boleh membangkitkan rasa sedar.

Ia kisah dua orang pemuda yang menelusuri padang pasir. Di pertengahan jalan, berlaku pertengkaran dan salah seorang daripa…

Jengka

Saya ke Jengka hari ini untuk memenuhi undangan majlis perkahwinan anak perempuan seorang kawan lama.Walaupun perjalanan agak jauh dan memakan masa sekitar 2 jam lebih, undangan ini tidak mampu saya tolak kerana Cikgu Latif adalah rakan paling baik yang pernah saya ada ketika merantau di Jengka dulu.

Setelah sekian lama tidak bersua, pertemuan yang berlangsung tidak sampai pun sejam tetap membuahkan rasa gembira bukan kepalang. Saya dan isteri akur dengan kesibukannya dan isteri melayan tetamu yang datang, sementelah lagi ini adalah majlis perkahwinan pertamanya. Tetamu berjujai datang. Pun begitu hati puas kerana dapat menunaikan permintaannya.

Pena Tumpul - Berselera makan sambal tempoyak