Skip to main content

Menangis

Hadif menangis kerana enggan dipakaikan baju sebaik sahaja selepas mandi. Dia lebih suka boleng lebih-lebih lagi dengan cuaca panas kini. Hafiz pula menangis bila ayahnya cuba menukar saluran tv ketika dia sedang seronok menonton rancangan kartun kegemarannya.

Budak kecil memang mudah menangis berbanding orang dewasa yang selalunya memilih untuk mengekang keinginan untuk menangis. Perempuan dikatakan mudah tersentuh perasaannya lalu mudah untuk menangis.

Ramai orang berpendapat menangis menandakan kelemahan emosi dan dilihat lembik. Justeru itu lelaki memilih untuk tidak menangis walapun ia tidak sepatutnya begitu. Semua orang berhak dan perlu untuk menangis kerana dengan menangis segala yang terbeban dan tersimpan dapat diluahkan.

Bila saya melihat emak menangis ketika bersua dengan kawan-kawan lamanya hari itu, saya sendiri tidak dapat menahan sebak namun tidak pula sampai menangis. Menonton sebuah drama tv yang menyayat hati pun boleh buat kita menangis atau setidak-tidaknya menyaksikan air mata bergenang. Ramai yang menyangka menangis hanyalah respons kepada perasaan yang sukar dibendung. Dikatakan mempunyai nilai perubatan yang tinggi dalam mengubati penyakit-penyakit berbahaya. Bahkan menangis juga dilihat mampu mengubati penyakit mata malah penyakit jiwa juga. Kajian yang dibuat oleh Dr William Frey daripada Pusat Kajian Mata dan Air Mata di Sant Pholl Rams Medical Centre mendapati menangis amat berguna untuk kesihatan jiwa dan emosi. Justeru, adalah tidak elok untuk kesihatan bila kita memilih untuk mengekang hasrat untuk menangis dalam keadaan yang mengharuskannya untuk menangis!

Dilaporkan bahawa menangis merupakan kaedah semulajadi untuk mengeluarkan zat-zat kimia yang berbahaya daripada tubuh manusia. Zat-zat kimia ini dihasilkan oleh tubuh ketika dalam ketakutan. Juga menangis dikatakan boleh meningkatkan kadar degupan jantung dan dianggap sebagai latihan yang berguna bagi rongga-rongga badan, urat-urat dada dan kedua-dua belah bahu. Selepas menangis kadar degupan jantung kembali perlahan sehingga menimbulkan perasaan yang tenang.

Satu kajian oleh Universiti Temple, Amerika Syarikat kepada 100 orang yang menghidap penyakit radang usus besar dan luka pada perut dan 100 orang yang sihat menemukan jawapan yang agak mengejutkan. Hampir semua pesakit yang menghidap penyakit tersebut mengatakan bahawa menangis adalah tanda lemahnya peribadi, maka mereka memilih untuk memendam rasa hati mereka. Manakala bagi mereka yang tidak menghidap sebarang penyakit mengatakan menangis adalah sesuatu yang semula jadi jika dilakukan pada waktu dan tujuan yang sesuai.

Arthur Frank seorang ilmuan Amerika berkata, oleh sebab air mata berfungsi mengeluarkan unsur-unsur beracun dari dalam tubuh, maka menahan air mata bererti tumbuhnya racun secara perlahan-lahan. Saintis-saintis dan pakar mata berpendapat air mata mengandungi sejumlah peratusan racun tertentu yang hanya dapat dikeluarkan daripada tubuh melalui tangisan.Ini menjadikan orang yang menangis bebas daripada racun-racun tersebut.

Namun Islam tidak membenarkan kita menangis melulu seperti meratapi kematian dan sebagainya. Pastinya menangis kerana mengenangkan dosa-dosa yang lalu dalam taubat memohon keampunan Allah itulah yang sepatutnya dilakukan.

Jadi, janganlah malu untuk menangis ketika kita memang diperlukan untuk menangis!

Pena Tumpul - Suka usik emak sebagai Neng Yatimah yang mudah sangat menangis

Comments

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w