Skip to main content

Cantik

Cantik ke?
Semua orang ingin cantik dan nampak cantik lebih-lebih lagi wanita. Untuk cantik, bukan sukar pun sekarang. Sangat mudah untuk jadi cantik dengan syarat ada duit. Hidung yang penyek boleh dimancungkan. Mata yang sepet boleh dibundarkan. Ia bukan mustahil lagi sekarang. Di Korea misalnya klinik mencantikkan wajah banyak bagaikan kedai menjual roti canai.

Tidak berapa lama dulu, kita dikejutkan dengan kisah seorang lelaki China yang menyaman isterinya sendiri malah menceraikannya juga. Ia ada kaitan soal cantik juga.Khabarnya, ia berpunca dari isterinya yang melahirkan seorang bayi perempuan yang hodoh parasnya. Suami tidak percaya bayi itu anaknya kerana dia sendiri kacak dan lawa dan isterinya pun cantik menawan. Dia meragui kesetiaan isterinya yang mungkin curang kepadanya. Pun begitu ujian DNA mendapati tuduhannya tidak berasas.

Akhirnya kebenaran terbongkar bahawa isterinya sebenarnya asalnya tidaklah cantik tetapi telah membelanjakan sekitar 300K untuk mencantikkan wajahnya. Dan wajah cantiknya yang tidak asli itulah yang telah menawan suaminya lalu mengahwininya.

Penting sangatkah untuk cantik? Memang tidak dinafikan, kajian menunjukkan mereka yang sedap dipandang mata akan mendahului yang lain-lain samada mudah dapat kerja, senang naik pangkat dan dibayar gaji yang lebih juga! Dulu-dulu orang tidak kisah sangat untuk cantik tetapi menerima seadanya paras yang dikurnia dan akhirnya mendapat jodoh juga bila sampai masanya. Namun sekarang dengan teknologi perubatan sekarang apa sahaja yang tidak cantik boleh dicantikkan. Yang kemek boleh dimancungkan, yang hitam boleh diputihkan dan pelbagai lagi.


Pun begitu bukanlah cantik yang nampak dipandang itu yang penting. Hati yang suci murni itulah yang lebih cantik. Cantik luaran tidak akan lama kekalnya, lambat laun akan pudar juga dimamah masa. Seperkara lagi, kalau semua orang cantik, ia akan membosankan juga kerana sekali sekala kita juga teringin untuk melihat mereka yang tidak cantik!

Pena Tumpul - Cantik itu tidak diwarisi


Comments

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w