Skip to main content

Jubah

UiTM Johor mencipta sejarah hari ini apabila buat pertama kalinya diberi penghormatan menjadi pentas konvokesyen buat siswazahnya, selepas 32 tahun beroperasi di bumi Segamat. Saya masih ingat ketika ia mula beroperasi dulu, ia bertapak di beberapa unit rumah kedai di Bukit Siput sebelum berpindah ke tapak tetapnya sekarang sekitar tahun 1990.

Sebagai salah seorang tenaga pengajar saya tidak dapat menyembunyikan rasa seronok dan bangga kerana turut sama menyumbang dalam proses melahirkan graduan-graduan yang berkualiti dalam bidang Pengurusan Perniagaan. Tahun demi tahun, pelajar datang dan pergi. Bagi pelajar universiti, saat yang paling menggembirakan sudah pastilah ketika dipanggil naik ke pentas untuk menerima skrol ijazah setelah lebih kurang tiga atau empat tahun berhempas pulas memerah otak menimba ilmu. Segala usaha selama ini terbayar juga dan sekaligus membanggakan ibu ayah dan mereka yang sering mendoakan kejayaan.

Seawal petang semalam lagi saya sudah melihat kegembiraan yang terpancar di wajah para pelajar yang berjaya. Dengan berpakaian jubah saya melihat mereka tidak segan silu pun bergambar di tempat-tempat terbuka di sekitar kampus sebagai kenangan. Tidak salah pun kerana mereka memang ada hak untuk menterjemahkan kegembiraan mereka. Tidak sempat menunggu esok gamaknya!. Begitulah girangnya mereka hinggakan ada yang sampai menjadikan landasan keretapi sebagai sasaran juga.

Bayangkan konvokesyen tanpa jubah. Pasti lain rasanya kerana konvokesyen tidak dapat dipisahkan dengan jubah. Konvokesyen terasa meriah dan hebat kerana jubah yang berwarna-warni itu. Ada biru, hijau, merah dan sebagainya. Kenapa perlu pakai jubah? Berdasarkan apa yang saya baca, pemakaian jubah melambangkan martabat yang diberikan kepada pemakainya. Martabat ilmu yang perlu dijaga dengan baik dan dimanafaatkan untuk orang ramai. Ilmu yang dimiliki jangan disalahgunakan untuk sesuatu yang tidak baik. Justeru itu jubah kita lihat hanya dipakai oleh padri yang menjaga agama dan juga hakim yang diamanahkan untuk menjaga keluhuran undang-undang. Ketiga-tiga kelompok penting dalam masyarakat ini perlu sedar tanggungjawab yang mereka pikul.

Oleh itu, kalau jadi hakim jangan sampai melacurkan undang-undang. Sebagai padri atau mufti yang sedang memakai jubah rasmi itu jangan pula memperalatkan agama dan golongan cendekiawan pula gunakanlah ilmu untuk kepentingan umum. Jangan kedekut ilmu itu. Ingatlah jubah yang sedang dipakai dan pernah dipakai. Ia lambang tanggungjawab.

Pena Tumpul - Tiga kali pakai jubah

Comments

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w