Skip to main content

Posts

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...

Kuasa

B ila memandu di lebuhraya, keinginan untuk memandu laju melampaui had yang ditetapkan cukup membuak-buak. Sesekali ada peluang kereta dipecut semahunya. 110km sejam yang ditetapkan bagai tidak diendah lagi. Tidak terfikir lagi tentang perangkap laju yang mungkin tersorok di mana-mana menunggu mangsa. Kuatnya pengaruh kuasa. Saya memotong kereta satu demi satu tanpa gusar dan ragu.Namun momentum terus bertukar perlahan sebaik sahaja memotong sebuah kereta Waja. Kereta ini benar-benar mempengaruhi saya supaya tidak terus memandu laju. Sebabnya mudah sahaja. Kereta yang saya potong itu ada logo Polis di belakangnya. Walaupun saya tahu bukanlah satu kesalahan pun untuk memotong mana-mana kereta berlogo begitu namun pengaruh logo itu memang cukup kuat. Begitu juga kesan daripada warna baju hijau memantul cahaya yang selalu dipakai polis. Terpandang sahaja kelibat baju hijau ini dari jauh, tali pinggang yang sengaja tidak dipakai akan bergolot dipakai. Akhirnya tertipu sendiri bila ...

Pilihanraya

M antoba menyuarakan hasrat untuk beli kereta baru sebagai kereta keduanya. Dia meminta pandangan saya jenis kereta yang sesuai. Sudah tentu saya mencadangkannya kereta kedua tidak semestinya besar dan tidak lebih mahal daripada kereta pertama. Tambahan lagi, dia tidak punya keluarga besar. Lantas kereta kecil dikira memadai. Pilihan yang ada tentunya sama ada Viva atau Myvi. Kedua-dua kereta ini tidaklah mahal dan penggunaan minyaknya menjimatkan. Dia menyuarakan hasrat ini beberapa hari sebelum pilihanraya. Saya nasihatkannya supaya menangguhkan dahulu keinginannya itu sehinggalah selesai pilihanraya. Ia tentunya berkaitan dengan janji sebuah gabungan parti-parti politik untuk menurunkan harga jualan kereta seandainya berjaya memegang tampok pemerintahan negara. Khabarnya harga kereta akan turun mendadak sekiranya kuasa berpindah tangan. Namun ia tidak berlaku. Janji yang ditabur hancur lebur. Saya melihat mudahnya bercakap daripada membuat atau easier said than done . Menurunkan...

Alih

D alam perjalanan berkereta awal pagi ini, sebatang dahan kayu yang merintang jalan menarik perhatian saya. Ia pastinya ikutan daripada tiupan angin yang agak kencang pada sebelah malamnya. Pun begitu dahan kayu itu tidaklah sampai menyekat laluan sepenuhnya kerana kenderaan masih boleh melepasi sebahagian lagi jalan yang tidak terjejas. Saya berkira-kira untuk terus berlalu tanpa berbuat sesuatu bila Haziq meminta saya supaya menghentikan kereta di  bahu jalan. Dia mahu mengalihkan dahan kayu itu kerana ia menganggu kelancaran laluan orang lain nanti. Saya tidak membantah malah sangat bangga dengan tindakannya itu. Katanya, dia pernah mendengar dari seorang Ustaz di sekolahnya dulu, bahawa menyingkirkan sesuatu di atas jalan adalah amalan yang ringan namun besar pahalanya. Rasulullah ada menerangkan dalam Hadisnya yang direkodkan oleh Imam Al-Bukhari bermaksud, "Orang yang menyingkirkan gangguan dari jalan kaum Muslimin, dicatat satu kebaikan. Orang yang diterimanya satu k...

Mesyuarat

K adang-kadang kita merungut setiap kali bila diperlukan apatah lagi diwajibkan untuk hadir mesyuarat. Tidak ramai yang suka mesyuarat sebenarnya. Mesyuarat dikatakan membuang masa sahaja. Adakalanya tidak perlu bermesyuarat pun untuk memutuskan sesuatu perkara. Mesyuarat hanya memberi ruang untuk bertelagah dan bertegang leher untuk pada akhirnya tiada sebarang keputusan pun yang dapat dicapai. Mesyuarat tidak dilihat produktif tetapi membuang masa dan membosankan! Pun begitu, walau apa sebab yang diutarakan untuk menafikan keperluan mesyuarat, namun dari sudut yang lain, mesyuarat masih platform yang penting untuk berbincang dan bertukar pandangan. Cumanya, mesyuarat itu tidaklah perlu berlarutan begitu lama sehingga dilihat tiada tujuan langsung. Mesyuarat yang baik perlu dikendali dengan berkesan dan disinilah peranan pengerusi mesyuarat dilihat amat penting. Mesyuarat yang efektif ialah sebarang keputusan yang dicapai boleh diterjemah secara tuntas dari segi tindakannya. Buk...

Tabir

A dakalanya kita merasakan apa yang kita buat seolah-olah tidak dihargai oleh orang lain. Kerja yang kita lakukan tidak dipandang orang apatah lagi untuk dinilai. Kita rasakan segala yang kita buat macam sia-sia sahaja. Kita yang bermati-matian melakukannya, orang lain yang sekadar menyumbang sedikit pula yang yang diberikan penghargaan tinggi melangit. Bak kata pepatah orang tua, lembu punya susu sapi pula yang dapat nama. Selalunya begitulah yang terjadi, yang di belakang tabir tidak disanjung seperti dijunjungnya mereka yang di depan tabir. Saya ingin berkongsi kisah yang cukup menarik ini. Kisah seekor lembu yang menjadi mangsa di tangan tuannya sendiri. Bukan kerana  ia tidak baik. Bukan juga kerana ia tidak berguna. Tetapi hanya kerana ia tidak dilihat baik dan sangat bernilai di mata tuannya berbanding rakannya seekor kuda. Alkisah, kuda ini diserang sejeni penyakit yang melumpuhkan pergerakannya. Setelah diperiksa, doktor haiwan mencadangkan kuda ini dibunuh sahaja se...

Menjerit

" Dan mereka menjerit-jerit di dalam Neraka itu (sambil merayu): Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari azab ini); kami akan mengerjakan amal-amal yang soleh, yang lain dari apa yang kami pernah kerjakan. (lalu Allah menempelak mereka): Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat? Dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul (Kami) yang memberi amaran oleh itu, rasalah (azab seksa), kerana orang-orang yang zalim tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan"  (Surah al Fathir ayat 37) S aya membaca ayat ini selepas solat Subuh pagi  dan berhenti lama untuk memahaminya lebih mendalam. Maksudnya tidak sukar untuk difahami pun.Allah menggambarkan keadaan mereka yang kufur ingkar dengan risalah yang dibawa oleh utusanNya dan mendustakan ayat-ayatNya. Justeru mereka enggan patuh kepada perintahNya malah melakukan pula apa yang ditegahNya, Tuha...

Sambilan

S etelah dua hari bekerja, Haziq mengadu penat. Dia memang ada sebab untuk penat kerana sepanjang bekerja dia memang tidak ada peluang untuk duduk pun. Kalau pun boleh duduk, bukanlah lama sangat pun. Mamanya melahirkan rasa belasnya terhadap anak bujangnya yang bekerja di bahagian pakaian salah sebuah pasaraya di sini. Haziq sendiri menyuarakan keinginannya untuk bekerja sementara menunggu keputusan SPM beberapa bulan dari sekarang. Saya dan mamanya tidak membantah. Saya harap dia akan mampu untuk terus bertahan. Mula-mula begitulah, lambat laun akan hilanglah penat itu. Alah bisa tegal biasa. Saya mahu dia belajar sesuatu melalui pengalaman kerjanya itu. Rasa tanggungjawab, amanah dan sebagainya. Begitu juga kebolehan untuk berdikari dan tidak selalunya bergantung pada orang lain. Saya juga mahu dia rasa sendiri bahawa mencari duit bukannya mudah. Saya mahu dia merasakan kepayahan itu. Saya juga mahu dia lebih menghargai apa yang diperolehi. Selalunya, sesuatu yang didapati sec...

83

M asjid Gudang dikunjungi rombongan yang diterajui Pegawai Daerah untuk majlis berbuka puasa bersama. Turut serta ketua-ketua jabatan dan tidak ketinggalan YB Datuk Othman Jais. Kunjungan paling ramai sejak masjid yang bernilai 1.08 juta ini siap dibina lima bulan lalu. Kunjungan ini menarik kerana selain dari berbuka puasa bersama kami turut sama solat berjamaah solat Maghrib, Isyak dan seterusnya Tarawih. Sempat juga Hj Borhan selaku Pegawai Daerah berucap sepatah dua untuk yang hadir. Yang lebih menarik ialah tazkirah ringkas tapi cukup signifikan oleh Ustaz yang tidak pernah dikenali pun sebelum ini. Dia bercakap tentang pencarian Lailatul Qadr yang masih diberi kita peluang bersama beberapa hari Ramadan yang berbaki, sepuluh malam terakhir tentunya. Dia suruh pulun. Beriktikaf di rumah Allah seawal 1 pagi sehingga ke Subuh. Ada masjid di sekitar Segamat yang sudah membuatnya. Tidak mampu 1 pagi, mulakan pada 3 pagi, tidak mampu juga, bersolat jemaah Isyak dan Subuh di malam-ma...

Lauk

D ari awal pagi lagi isteri sudah mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak akan memasak hari ini. Periuk belanga dan kuali digantung. Kami bercadang untuk merasa pelbagai lauk pauk yang khabarnya melimpah ruah di peragakan di bazar Ramadan. Pastinya banyak pilihan dan versi. Lepas satu bazar, satu bazar dikunjungi tidak kami temui sejenis lauk yang benar-benar memenuhi piawai. Pada saya sebarang lauk yang ingin dibeli wajar menepati piawai yang kami telah tetapkan. Selain daripada yang disyariatkan bahawa makanan perlu halal dan baik, saya kira soal rasa dan harga juga perlu diberikan perhatian. Soal halal mungkin tiada diragukan justeru penjual adalah rata-ratanya Muslim. Saya mencari lauk masakan kampung dan saya gagal menemui mana-mana gerai pun yang memenuhi citarasa saya dan isteri. Lauk masakan kampung ada tarikannya. Tidak nampak sangat minyaknya dan tidak juga berlumuran dengan santan pekat kuahnya. Di bazar, lauk-lauk yang dijual kebanyakannya sangat berminyak. Fizikaln...
S aya solat Jumaat di Masjid Bandar Putra yang permai. Hafiz dan Hadif juga bersolat sama. Saya Hafiz khusyuk meneliti setiap yang diungkapkan oleh khatib dalam khutbahnya.  Usai saja solat saya diajukan dengan soalan tentang takwa. Saban minggu khatib dalam khutbahnya mengingatkan mengenai ketakwaan kepada Allah. Persoalannya, adakah kita faham erti takwa? Mungkin inilah juga yang melingkari kotak fikiran Hafiz. Beliau memerlukan pencerahan dari saya tentang takwa.  Saya buat sedikit rujukan untuk menjawab soalan Hafiz. Mungkin tidaklah cukup komprehensif tetapi saya kira cukup untuk menjawab persoalannya.  Dalam bahasa Arab, perkataan ‘takwa’ berasal dari kata kerja ‘ittaqa’ bermaksdu ‘berwaspada dan berjaga-jaga’ atau ‘takut kepada Allah dan menjauhi segala larangan-Nya’. Jelaslah, takwa bukan saja membawa maksud takut kepada Allah, malah menjadikannya pelindung dan pemelihara kita daripada sebarang perkara buruk dan bahaya. Ketinggian tahap takwa amat jel...

Terjah

Kari daging rusa masakan emak mertua, sedap! P etang semalam berbuka dengan penuh nikmat dan menyelerakan kari daging rusa masakan emak mentua.Seingat saya kali terakhir mencicip daging ini kira-kira 30 tahun lalu. Atok Dolah yang masih sasa perkasa waktu itu diberi rezeki bila jeratnya mengena. Atok Dolah memang suka berburu. Tanggal Rabu 4 April 1979 Atok Dolah membawa pulang seekor rusa. Kebetulan pada hari yang sama, adik bongsu saya dilahirkan. Ramai yang berkata, rezeki anak baru lahir itu. Sedapnya masakan kari Atok Senah masa itu. Petang ini pula, isteri mengambil keputusan untuk menggantung periuk belanga di dapur. Tiada sebarang aktiviti memasak berlaku. Haziq  mencadangkan untuk makan di mana-mana kedai makan di luar sahaja. Isteri pun sangat setuju. Namun saya tidak melihatnya sebagai cadangan yang baik. Ketika hampir setengah jam mendekati waktu berbuka, saya suarakan supaya berbuka di rumah emak sahaja. Kami bercadang untuk terjah sahaja dan tidak perlu beritahu...

Terkenang-kenang

T eringat satu ketika dulu di kampung bila Ramadan tiba. Ramadhan disambut penuh meriah. Ketika zaman kanak-kanak. Berbuka di surau bersama teman dan kemudian menunggu moreh sambil bermain kejar-kejar. Ketika itu fikiran kanak-kanak kita hanya dapat menjangkau – puasa tak boleh makan-minum, berbuka, bersahur, ada solat terawih, baca Quran dan kemudian hari raya! Alangkah indahnya. Setelah tahun demi tahun berlalu, bila kita digamit usia, pengertian tentang Ramadan makin mendalam.Ramadan bukan lagi tradisi yang datang dan pergi tanpa isi. Kita diterjah pertanyaan, sampai bila rutin itu perlu berlalu tanpa berkesan pada jiwa? Dulu-dulu, ketika Ramadhan datang, badan masih bertenaga, namun ilmu hanya setakat di permukaan. Puasa hanya pada sah dan batal. Kini Ramadan datang, ilmu mula menyelam, namun tenaga semakin kurang. Tidak segagah dulu. Kesihatan mula terjejas. Ingin bertindak, tapi terbatas. Ya, Allah… bagaimana Ramadhan ku kali ini? Saya melihat anak-anak ketawa ...

50sen

D ulu sekitar 70an, saya cuma dibekalkan 50 sen sahaja sebagai belanja sekolah. Waktu itu harga makanan dan minuman di kantin tidaklah sangat mahal seperti sekarang. Dengan duit seba nyak itu, dapatlah saya membeli sepingga n kecil mee goreng dan segelas air sirap. Cukuplah untuk atas perut. Saya tidak pernah me rungut pun dengan pemberian ayah. Saya sedar itu sejumlah itu sahajalah yang ayah mampu .  Saya ingin berkongsi sebuah kisah yang saya kira boleh d ijadikan iktibar dan man afaat. Kisah ini mungkin benar dan mungkin juga tidak. Pun begitu, mesejnya sangat jelas.   K ringggg..loceng rehat berbunyi. " Teriiimaaaa kaaaaasih cikgu!", Semua pelajar beredar ke kantin. Tapi seorang pelajar i ni tak keluar untuk rehat. Awak tak rehat ke Alif? u jar saya kepada pelajar ni. " Tak cikgu" . j awab Aif ringkas. " Kenapa A lif tak rehat? Jawab A lif " Mak saya beri 50 sen sehari cikgu. Kat kantin 50 sen ini dapat beli nugget aja sekeping. Malu ...

Pendam

H ari ini adalah ulang tahun ke 39 perkahwinan Pak Itam dan Mak Itam. Ketika mereka dijabkabulkan dulu saya di usia 11 tahun. Selain tarikh ulangtahun perkahwinan sendiri, saya tidak pernah mengingat tarikh-tarikh ulangtahun perkahwinan sesiapa pun. Istemewanya perkahwinan Pak Itam dan Mak Itam dalam hidup saya kerana Mak Itam mendahului Mak Ngah, Mak Utih, Mak Andak, Mak Cik dan Mak Usu melangsaikan status daranya. Pak Itam juga berkesan dalam hidup saya. Ada banyak kenangan manis yang terpahat diingatan dan tidak mungkin dilupakan sampai bila pun. Saya bagai posmen penghubung cinta kasih Mak Itam dan Pak Itam. Pak Itam "memperalatkan" saya untuk memancing Mak Itam. Saya memang cukup rapat dengan Mak Itam. Saya seronok walaupun ketika itu cuma membonceng di atas basikal tua Pak Itam di ayak Pak Itam ke sana sini. Antara yang masih tebal dalam ingatan ialah bila setiap hujung bulan Pak Itam akan membawa saya dengan basikalnya sejauh 10 km untuk menonton filem-filem hind...

Peperiksaan

P eperiksaan sering menggentarkan lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak bersedia untuk berdepan dengannya. Ia bagaikan beban yang cukup menekan seluruh jiwa raga dan perasaan. Jiwa lapang tidak terperi sebaik sahaja peperiksaan selesai dihadapi. Pelbagai reaksi dan perlakuan dipamer seusai kertas terakhir. Ada yang menjerit sekuat hati melaung perkataan "merdeka". Begitulah kuatnya belenggu peperiksaan yang tidak ada seorang pelajar pun boleh lari daripadanya. Bermula dari hari ini dan tiga minggu mendatang,  warga siswa UiTM  bertarung lagi di medan peperiksaan.setelah lebih kurang 15 minggu menimba ilmu dalam dewan kuliah, mencari maklumat dalam perpustakaan selain daripada menyiapkan segala tugasan yang diberikan oleh para pensyarah. Saya mendoakan agar semuanya akan berjaya dengan cemerlang. Pena Tumpul -Tunggu peperiksaan dihapuskan dan digantikan dengan kaedah penilaian yang lebih praktikal dan berkesan

Doa

Ramadan bakal menjelang lagi.

Marah

S emua orang pernah marah. Malah kena marah juga. Kalau ada yang berkata bahawa dia tidak pernah marah itu satu pembohongan yang besar. Dan kalau ada yang mendakwa bahawa dia tidak pernah kena marah, itu juga satu penipuan hebat. Secara semulajadinya, manusia dijadikan Allah untuk memiliki pelbagai emosi. Marah juga emosi yang dialami oleh setiap manusia. Cuma yang membezakan antara mereka yang marah, ialah bagaimana perasaan marah ini berjaya kita bendung. Ada orang yang mudah sangat nak marah dan cepat melenting setiap kali emosi marahnya dijentik. Cepat marah walau kerana sebab yang sangat kecil. Marah yang gagal dikawal bukan sahaja boleh memakan diri malah dalam keadaan ekstrim boleh sampai membunuh orang lain. Saya yakin tidak ada satu hari pun dalam kehidupan kita berlalu tanpa sedikit perasaan marah pun. Marah mungkin tidak dimanifestasi secara terbuka namun dipendam dalam hati. Itu pun tetap marah juga. Pagi ini saya juga marah. Marah kerana sebab yang mungkin kecil pada ora...

Ganjaran

K etika berkunjung ke sebuah kedai buku mata saya terpaku kepada sebuah buku yang memaparkan tajuk yang sangat memukau. Saya ambil dan terus menyelak dari laman ke laman. Dia dimuatkan dengan 25 kisah yang cukup menarik dan bermesej mendidik. Saya lantas membaca salah satu kisah yang menjadi judul buku berharga RM14 ini. Ia kisah yang patut dikongsi. Seusai membaca kisah ini, saya tidak berfikir panjang untuk memiliki buku ini. Saya hamparkan kisah ini untuk bacaan semua di ruangan ini sebagai pengajaran. Mana tahu, asbab membaca kisah ini, kita akan terdorong untuk solat berjemaah di masjid dan sekaligus menawan saf paling depan dan paling hampir dengan imam untuk mengaut ganjaran yang paling banyak yang Tuhan bagi untuk yang solat berjemaah di masjid. Beginilah kisahnya. Hari ini ramai sungguh orang di masjid, sungguh pelik ku rasa. ku lihat semua orang kampung berada di masjid. Din Misai, Zainal Rimau, Draman Panjang, semua ada kat masjid.sekali lagi rasa hairan ku berta...

Doa

T idak ada orang yang tidak berdoa. Semua orang berdoa tidak kira baik atau pun tidak baik. Orang hendak mencuri pun masih sempat berdoa. Selepas solat kita berdoa dan itu sangat pasti. Doa adalah pengharapan kita kepada Pencipta. Kalau ada masalah kita berdoa kepadaNya. Ketika ditimpa susah padaNya jugalah kita selalunya berdoa.Kita meminta daripadanya dengan berdoa sesuai dengan sifatNya yang sentiasa mendengar rintihan hambaNya. Justeru itu doa dikira sebagai otak ibadah. Ustaz Kazim merungkaikan tentang doa ini. Antara yang menarik perhatian ialah tentang cara kita bila berdoa. Cara kita menadah tangan. Kalau kita perhati di kalangan kita, pelbagai yang kita nampak. Ada yang meletak tangan di atas paha. Tidak kurang juga yang merapatkan tangan ke mulut. Ada juga ketika doa dipanjatkan dan diaminkan, sempat juga berbual tanda tidak sungguh-sungguh dalam berdoa. Sepatutnya kedua-dua tapak tangan perlu dirapatkan sehingga tercantum satu. Permohonan doa adalah pengharapan kita kep...