Skip to main content

Lebuhraya

Ketika memandu pulang dari Kuala Lumpur minggu lalu saya benar-benar teruji. Lebuh raya Selatan ke Utara begitu sesak. Merangkak-rangkak rasanya menuju destinasi. Sangat menguji kesabaran. Haziq sempat mencelah, "Sesak yang begini sudah terasa seksa inikan pula sesak di padang Mahsyar".

Betul juga katanya. Dalam belaian hawa dingin di dalam kereta masih terasa “panasnya” menunggu, inikan pula menunggu perbicaraan di sana nanti. Kita tidak akan mampu.

Bila sesak, semuanya bergolak. Yang memandu dan siapa yang bersama-sama dalam kereta sama-sama teruji. Silap-silap bahang “di luar” menjadi bara di dalam.Yang sopan akan bertukar tidak sopan. Yang sabar akan jadi tidak sabar.

Bila sesak juga, kita dapat melihat pemandu di leboh raya seolah-olah terbahagi kepada beberapa golongan (persis pembahagian golongan di padang mahsyar nanti?). Golongan pertama, golongan yang hilang sabar. Mereka ini terus sahaja memasuki lorong kecemasan dan memecut ke hadapan, memintas orang lain dengan melanggar undang-undang. Ramai yang buat begitu. Asalkan matlamat diri tercapai, peduli apa undang-undang atau nilai-nilai murni. Saman? Mungkin itu sahaja yang menggerunkan mereka. Tetapi bagi sesetengah yang berduit, setakat dua tiga ratus RM, bukan berat sangat pun. Bayar dan redah sahaja!

Ada pula golongan yang kedua. Tidak pula seberani golongan yang pertama. Nak redah? Kalau kena saman bagaimana? Nanti dilihat orang bagaimana? Malunya masih ada. Congak untung rugi masih rasional. Kena saman nanti, tidak berbaloi. Tetapi dalam hati, Tuhan sahaja yang tahu betapa geramnya melihat golongan pertama begitu berani dan “kurang ajar”. Hendak ditiru, tidak berani. Jadi… teruskan perjalanan dengan hati yang “terseksa”. Mungkin kita pernah dilanda rasa begini.

Golongan ketiga, lain pula keadaannya. Mereka tenang dan senang-senang sahaja. Sesak? Ya, itu memang sudah dijangkakan. Jadi golongan ini lebih bersedia. Memintas di lorong kecemasan? Oh, tidak sama sekali. Mereka ini mempunyai prinsip nilai yang tinggi. Siapa pun hendak cepat, tetapi apa maknanya kalau kita hilang nilai sabar, timbang-rasa, tolak ansur dan hormat menghormati. Mereka tahu apa yang mereka “kejar” dalam hidup ini. Terseksa? Tidak, mereka bahagia. Susah, memang susah.


Pun begitu, ketika  kita bersesak-sesak di lebuh raya cuba kita renungkan bahawa Lebuh raya adalah hakikat cerminan lebuh “kehidupan” yang lebih luas dan mencabar. Kenang-kenangkan destinasi dalam kembara yang singkat ini. Korban di jalan kehidupan ini sesungguhnya lebih dahsyat daripada korban jalan raya!

Kita di golongan yang mana?

Pena Tumpul - Sesekali guna jalan lama sambil tengok kampung-kampung

Comments

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w