Skip to main content

Pertolongan

Bila berada dalam keadaan yang amat terdesak, ketika tiada sesiapa pun di sekeliling, kita cepat mengingati bahawa kepadaNyalah kita boleh mengharapkan pertolongan. Selalunya Dia memang tidak pernah menghampakan permintaan hambaNya yang sedang dilanda kesusahan.

Kisah yang akan saya paparkan ini mungkin bukan kisah benar namun ia cukup menarik. Tidak mustahil juga kisah ini pernah berlaku dalam kehidupan kita. Cuma situasi yang mungkin berbeza. Dalam kita dihimpit kesusahan, apapun pertolongan yang datang akan kita terima walau apa pun bentuknya. Masa itu apa pun yang boleh menimbulkan keraguan sudah tidak penting lagi. Keluar dari kesusahan itulah yang lebih penting.

Dalam keadaan yang tergesa-gesa seorang wanita sampai tertinggal kuncinya dalam kereta. Dia singgah di farmasi membeli ubat untuk anaknya yang sedang sakit teruk. Dia perlu pulang segera untuk memastikan anaknya dapat ubat yang dibelinya. Dia mula panik. Dia teringat kisah kawannya yang pernah mengalaminya lalu. Matanya membelingas sekeliling mencari penyangkut baju yang mungkin di buang di situ. Dia bernasib baik. Dia menjumpai penyangkut baju itu. Namun apa yang perlu dia buat. Dia tidak tahu!

Sambil memegang penyangkut baju itu, dia berdoa kepada Tuhan. Sekonyong-konyong berhenti sebuah kereta di depannya. Seorang yang kusut masai tidak terurus keluar dan menawarkan pertolongan. Wanita itu amat gembira dan tidak sampai berapa saat pun, kereta itu berjaya dibuka.

"Terima Kasih banyak-banyak. Anda memang seorang yang amat baik", kata wanita itu dalam kegembiraan yang melampau. 

"Puan, saya bukan orang baik pun. Saya baru sahaja dibebaskan dari penjara kerana mencuri kereta", jelas lelaki itu.

Wanita itu tidak terperanjat pun tetapi melonjak kegirangan kerana Tuhan menghantar seorang profesional untuk menolongnya.


Jangan pandang siapa dan bagaimana orang itu, tetapi lihatlah apa yang boleh dilakukannya untuk membantu kita di saat-saat kita benar-benar memerlukan pertolongan!

Pena Tumpul -  Selalu tertinggal kunci rumah

Comments

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w