Skip to main content

Terperanjat

Bukan seorang dua yang terperanjat petang ini. Ia gara-gara tidak pernah ambil pusing tentang status kesihatan. Tok Ketua misalnya macam tidak percaya bila diberitau Dr Lee kandungan gula dalam darahnya agak tinggi. Tekanan darahnya juga melebihi paras normal.

Zahar juga sama terperanjat bila tekanan darahnya menjangkau ke bacaan 188. Memang tinggi. Angah juga sukar untuk percaya apabila doktor kata kandungan gula dalam darahnya juga tinggi. Begitu juga Mak Usu yang kelihatan sudah mula gusar bila diberitahu tekanan darahnya juga tinggi. Pak Uteh Mail juga tinggi tekanan darahnya. Semuanya terbongkar dan ditelanjangkan oleh Dr Lee Hong Tee bila pemeriksaan dibuat kepada penduduk kampung Gudang Garam petang ini. Doktor merangkap Wakil Rakyat ini memberi khidmat percuma melalui klinik bergeraknya. Satu usaha yang amat wajar dipuji! Ramai yang datang kerana ada tarikan lain barangkali- sate goreng dan ketupat.

Tok Ketua dinasihat oleh isteri dan anak-anak supaya lebih bijak mengawal permakanannya sekarang. Pak Utih Mail pula dibebel anak sulungnya supaya mengurangkan roti canainya dan teh tarik yang tidak pernah tinggal itu saban pagi. Mak Usu pula bertekad tidak mahu masak lemak sekerap sekarang. Khabarnya lepas ini ingin makan lebih banyak sayur dan mengurangkan makanan berminyak.

Kita memang tidak sedar bahawa dalam senyap-senyap penyakit-penyakit zaman moden ini bersarang dalam tubuh kita sehinggalah pemeriksaan dibuat. Mak mentua saya lihat tersenyum lebar kerana rekod kesihatannya cukup bersih. Pastinya kerana dia cukup berjaga-jaga dalam setiap apa yang dimakannya.

Benarlah, kebanyakan penyakit bersumber dari perut kita sendiri!

Pena Tumpul - Sedapnya sate Mak Mentua kali ini

Comments

Popular posts from this blog

Mirip

Biasa sangat kita dengar orang kata kalau anak perempuan mirip rupa ayah, sejuk. Apa yang sejuk itulah yang sampai kini saya kurang pasti jawapannya. Barangkali rumahtangga yang sejuk. Rumahtangga ayah dan ibu akan sentiasa aman bahagia tanpa sengketa mungkin. Dan, kalau anak lelaki mirip wajah ibunya, dikatakan juga rumahtangga yang dibina akan turut sejuk. Sebaliknya kalau anak perempuan mewarisi wajah ibu dan anak lelaki mirip paras bapanya berkemungkinan rumah tangga akan panas. Akan selalu berlaku sengketa. Sejauh mana benarkah kenyataan yang tiada data-data empirikal ini? Cakap-cakap kosong ini cuma disebarkan dari mulut orang-orang tua dahulu dan ia terus tersebar dari satu generasi ke satu generasi dan tidak sangat perlu untuk dipercayai pun. Saya melihat kesejahteraan sesebuah bahtera rumah tangga banyak bergantung kepada bagaimana ia dikemudi oleh nakhodanya berpandukan kompas iman dan diterima dengan senang hati oleh ahli-ahli bahteranya. Itu sahaja. Yang lain-lain itu kala…

Seluar

Seorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar
untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat.

Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang.

Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan.

Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat sembahya…

Klang

Saya selalu percaya pengajaran dan pembelajaran tidak hanya terhad dalam lingkungan bilik kuliah semata-mata. Sesekali para pelajar perlu diberi ruang dan peluang untuk mengembangkan sayapnya dan meluaskan pandangannya. Sekaligus menterjemahkan apa yang diperoleh dalam kelas dalam bentuk amalan dan tindakan di lapangan.

Saya berkesempatan turun padang bersama lebih 100 orang pelajar menawarkan khidmat tenaga secara sukarela di Majlis Perbandaran Klang (MPK). Aktiviti yang dilakukan memang menyeronokkan. Kami sama-sama menanam bunga di Pengkalan Batu selain daripada mengecat gerai-gerai yang disewakan oleh MPK.

Saya lihat ada juga yang kekok memegang cangkul. Malah tidak tahu buat batas juga. Ini tidaklah menghairankan sangat kerana remaja kini bukan macam zaman remaja kita. Mereka mungkin tidak pernah ada peluang untuk "menanam" di laman rumah. Barangkali tiada laman atau semuanya dilakukan oleh tukang kebun. Mereka tidak boleh disalahkan kerana mereka lahir ketika aktiviti …