Skip to main content

Lapar

Kalau makan nasi rasanya tidak sukar sangat untuk kenyang pun. Nasi ialah makanan jasad. Apa pun yang kita makan untuk jasad atau batang tubuh lazimnya tidak jadi apa-apa pun. Nasi berlauk kari kepala ikan mungkin sedap setakat di tekak untuk beberapa ketika sahaja. Kemudian meluncur laju masuk ke dalam perut. Singgah buat beberapa ketika dan akhirnya akan keluar dari jasad dalam bentuk yang cukup memualkan. Lepas itu kita akan lapar lagi dan makan lagi. Begitulah seterusnya. Kita telah melakukannya begitu lama. Rasa lapar dan makan dan buang.


Pun begitu, bukan jasad sahaja yang lapar. Minda kita juga lapar. Rohani kita juga sangat lapar. Minda yang lapar tidak meminta nasi. Tidak juga meminta lauk yang lazat. Minda yang lapar mendambakan ilmu yang bermanafaat dan bukan yang memudaratkan. Makanan minda ialah buku. Buku yang bermanafaat menyihatkan minda dan sekaligus menjadi makanan rohani juga. 

Bila saya ke Ekspo Buku Islam di Stesyen Sentral Kuala Lumpur pagi ini, saya melihat ramainya orang yang lapar. Mereka sanggup berbaris panjang di depan kaunter bayaran walaupun pada ketika itu mereka sepatutnya berada di kaunter restoren untuk membeli makanan bagi jasad mereka. Banyaknya "makanan" yang mereka beli untuk minda mereka. Dan "makanan" ini tidak murah pun. Mereka tidak kisah sangat lagi tentang jasad mereka yang mungkin sedang lapar waktu itu. 

Saya juga semakin lapar buku dan tidak pernah kenyang-kenyang!  

Pena Tumpul - Masih lapar lagi

Comments

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w