Skip to main content

Luluh

Seorang ibu menerima dengan rasa luluh pemergian cukup menyayat hati anak lelaki tunggal kesayangannya. Kematian Azam bukan sahaja diratapi ibunya malah rakan-rakan sekerjanya. Nabil kehilangan seorang rakan yang amat baik manakala Nordin dan Julie dilihat sesal bukan kepalang kerana sering menyakat Azam.

Ini bukan cerita benar. Ia hanya secebis kisah masyarakat yang dipaparkan melalui sebuah drama dan sempat saya tonton malam tadi. Cerita yang cukup menarik. Berjodolkan "Tiada lagi" berkisar tentang seorang eksekutif muda, Azam yang tidak pandai hendak membantah. Dia cukup baik sehingga semua orang di sekelilingnya mengambil kesempatan atas dirinya kecuali ibunya sendiri dan teman paling rapatnya, Nabil. Di tempat kerja dia dibuli oleh Nordin dan Julie semahunya. Dia jadi begitu kerana ibunya mendidiknya begitu. Dia terlalu baik untuk berkata "tidak". Dia juga amat susah untuk menolak permintaan orang. Di satu peringkat, ibunya menjadi begitu risau dan kecewa melihat anaknya diperlakukan begitu lalu mengambil keputusan untuk tidak lagi berlembut dengan Azam. Dia ingin Azam jadi anak muda yang tegas. Azam jauh hati dengan perubahan ibunya terhadapnya. Dalam masa yang sama dia juga dikecewakan dengan teman wanita yang dikenalinya melalui laman sembang. Liza tidak mahu menerimanya sebaik sahaja berjumpanya buat pertama kali justeru sifat peribadi Azam. Kemuncaknya Azam menghilangkan diri dan ini membimbangkan semua orang lebih-lebih lagi ibunya. Ibu diselubungi sesal, teman wanita diulit rasa bersalah, Julie dan Nordin resah gelisah tidak keruan. Masing-masing memohon padaNya untuk menerima Azam seadanya andai diberi peluang bersama Azam lagi.

Malangnya, di penghujung cerita Azam ditemukan kepada mereka semula dalam keadaan yang amat memilukan hati. Azam terbenam di dasar sungai bersama karipap bekalan ibu setiap pagi dan sejambak bunga untuk kekasih hati.

Mesej cerita ini jelas. Orang yang baik, lurus bendul akan dibuli semahunya. Bila tiada lagi barulah diratapi ketiadaannya.

Pena Tumpul - Saya terharu dan sebak bersama genangan air mata tanpa sedar







Comments

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w