Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2011

Pilihan

Isu penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik tidak pernah selesai. Pelbagai pihak menyuarakan pandangan. Ada yang bersetuju ia wajar diteruskan. Ada juga yang berpandangan ia perlu dihentikan. Masing-masing ada hujah yang mahu dipertahankan, tidak kiralah apa motifnya samada politik atau bukan politik. Namun yang paling penting janganlah setiap kali kemelut ini berlaku, pelajarlah yang jadi mangsanya. Ibarat gajah sama gajah yang berjuang, pelanduk pula yang mati tersepit di tengah-tengah.

Apa pun pendirian yang diambil dan cuba dipertahankan tetap ada baik dan buruknya. Tidak ada satu pun yang boleh memuaskan hati semua pihak seperti tidak adanya sejenis ubat yang boleh merawat seribu satu penyakit. Namun, saya selalu melihat, jalan yang terbaik adalah dengan mengambil jalan tengah. Tiada siapa yang menang semua dan tidak juga ada yang kalah semua. Ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut jangan sampai putus dan tepung tidak pula sampai berserakan. Jangan sam…

Luluh

Seorang ibu menerima dengan rasa luluh pemergian cukup menyayat hati anak lelaki tunggal kesayangannya. Kematian Azam bukan sahaja diratapi ibunya malah rakan-rakan sekerjanya. Nabil kehilangan seorang rakan yang amat baik manakala Nordin dan Julie dilihat sesal bukan kepalang kerana sering menyakat Azam.

Ini bukan cerita benar. Ia hanya secebis kisah masyarakat yang dipaparkan melalui sebuah drama dan sempat saya tonton malam tadi. Cerita yang cukup menarik. Berjodolkan "Tiada lagi" berkisar tentang seorang eksekutif muda, Azam yang tidak pandai hendak membantah. Dia cukup baik sehingga semua orang di sekelilingnya mengambil kesempatan atas dirinya kecuali ibunya sendiri dan teman paling rapatnya, Nabil. Di tempat kerja dia dibuli oleh Nordin dan Julie semahunya. Dia jadi begitu kerana ibunya mendidiknya begitu. Dia terlalu baik untuk berkata "tidak". Dia juga amat susah untuk menolak permintaan orang. Di satu peringkat, ibunya menjadi begitu risau dan kecewa mel…

Solat

Buku ini menarik perhatian saya di Ekspo Buku Islam. Khabarnya antara buku yang terlaris di [pasaran. Saya membelinya kerana saya lapar. Tajuknya sudah cukup memukau. Saya tidak boleh terlalu yakin bahawa solat saya selama ini sudah cukup sempurna. Pasti ada sesuatu yang boleh saya ceduk dari buku ini dalam memantapkan lagi kualiti solat saya.

Saya meninjau sekali lalu isi kandungannya. Tidak banyak berbeza dengan buku tentang solat yang pernah saya baca sebelum ini. Lantas, di mana kelebihannya buku ini? Tidak kenal maka tak cinta.  Saya baca lebih teliti dan saya mulai menemui kelainan buku ini.
Rasulullah ada bersabda: "Solatlah sebagaimana engkau melihat aku solat"                                                               Riwayat al-Bukhari)
Namun realitinya sekarang apa yang kita lihat semacam tidak selari dengan hadis tadi.  Setiap individu yang bersolat ada gayanya yang tersendiri.  Ada yang angkat takbir paras bahu, ada yang sampai paras telinga dan macam-macam …

Lapar

Kalau makan nasi rasanya tidak sukar sangat untuk kenyang pun. Nasi ialah makanan jasad. Apa pun yang kita makan untuk jasad atau batang tubuh lazimnya tidak jadi apa-apa pun. Nasi berlauk kari kepala ikan mungkin sedap setakat di tekak untuk beberapa ketika sahaja. Kemudian meluncur laju masuk ke dalam perut. Singgah buat beberapa ketika dan akhirnya akan keluar dari jasad dalam bentuk yang cukup memualkan. Lepas itu kita akan lapar lagi dan makan lagi. Begitulah seterusnya. Kita telah melakukannya begitu lama. Rasa lapar dan makan dan buang.


Pun begitu, bukan jasad sahaja yang lapar. Minda kita juga lapar. Rohani kita juga sangat lapar. Minda yang lapar tidak meminta nasi. Tidak juga meminta lauk yang lazat. Minda yang lapar mendambakan ilmu yang bermanafaat dan bukan yang memudaratkan. Makanan minda ialah buku. Buku yang bermanafaat menyihatkan minda dan sekaligus menjadi makanan rohani juga. 

Bila saya ke Ekspo Buku Islam di Stesyen Sentral Kuala Lumpur pagi ini, saya melihat ramain…

Sendok

Ada bayi yang dilahirkan dengan sendok emas di tangan. Kalau betul berlaku begitu ia pastinya sesuatu yang menakjubkan. Namun realitinya tidak begitu. Ia adalah perumpamaan yang menerangkan  kesenangan dan kemewahan sedang menunggu kelahiran bayi itu.

Memang tidak dinafikan ada bayi yang dilahirkan senang dan mewah. Segalanya begitu mudah padanya dan ia membesar dengan kemewahan yang diwarisi sejak lahir itu. Membesarlah ia tanpa perlu melalui pahit getir. Segala yang diminta senang ditunai dan sudah tersedia di depan mata. Tidak perlu susah-susah. Bagai anak emas. Ia ditatang bagai minyak yang penuh. Tidak boleh tumpah sedikit pun. Tidak boleh susah sedikit pun. Segalanya perlu senang. Terkucil sedikit, bagai terang disambar kegelapan.

Berbeza pula dengan bayi yang menyapa alam dengan cuma sendok kayu di tangan. Tidak banyak kerenah. Lebih dia kenal erti kehidupan. Bahawa tidak ada sesuatu pun di dunia ini yang boleh diperolehi dengan begitu mudah. Ia membesar dengan keringat dan sem…

Doa

Saya dengar Ustaz Zahazan kata bagusnya diamalkan doa ini setiap pagi dan petang.
بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم Bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama'ie wa huas sami'un alim

رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ
Maksud Hadis
Rasulullah SAW didengari berkata sesiapa yang berdoa, "Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." sebanyak tiga (3) kali, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika waktu subuh sebanyak tiga (3) kali, dia tidak akan ditimpa kesusahan…

Teknologi

Pak Yem memang tidak tahu apa-apa pun tentang komputer. Umurnya sudah lebih 60 tahun. Dia tidak dlilahirkan di zaman komputer di mana semua maklumat cuma terletak di hujung jari. Pak Yem cuma terdedah dengan tv, radio dan juga suratkhabar. Ini sahaja sumber maklumat Pak Yem.

Bukan Pak Yem tidak pernah kenal komputer. Dia cuma tidak pernah ada peluang untuk berjinak dengan komputer. Petang ini bila saya memberinya kesempatan itu, dia seronok bukan kepalang. Kebetulan pula waktu itu saya sedang berkomunikasi secara online dengan sepupu yang sedang menjalani latihan industri selama enam bulan di Perancis. Hadif tidak dapat pulang untuk turut sama meraikan perkahwinan adik perempuannya. Saya berikan Pak Yem peluang untuk berbual dengan Hadif. Pak Yem hairan dalam jarak yang jauh begitu perbualannya dengan anak saudaranya dirasakan begitu dekat. Bukan sahaja suara yang dapat didengar malah rupa wajah juga boleh dilihat. "Best betul kmputer ni", kata Pak Yem.

Pak Yem dilihat maca…

Tafsir

Sebagai manusia yang mempunyai perasaan, adakalanya kita menyalahtafsirkan pandangan orang lain terhadap kita. Pandangan yang sebenarnya betul kita terima sebagai tidak betul. Nasihat yang ikhlas diberikan kepada kita, disalahtafsirkan sebagai untuk mengajar kita pula.

Saya ingin berkongsi cerita yang amat menarik ini. Ia mungkin pernah berlaku dalam kehidupan kita. Mantoba yang sedang bersantai memandu keretanya  tiba-tiba dikejutkan dengan sebuah lori yang meluru laju dari arah bertentangan. Tanpa diduga pemandu lori itu menjerit ke arahnya dengan suara yang agak keras dan kasar, "Donkey!" (Keldai)

Mendengar perkataan "donkey"  singgah di telinga nipisnya, Mantoba dirangsang berang. Dia membuka tingkap keretanya dan memaki pemandu lori itu, "Kamu yang donkey!

Malangnya tindakannya sendiri memakan dirinya sendiri. Di depannya lalu segerombolan donkey dan dia tidak dapat mengawal keretanya dan dia menerima padahnya! Itulah yang sebenarnya ingin diberitahu kepa…

Tegur

Saya berurusan dengan seorang jurujual wanita di kaunter. Ia cuma sebuah kedai kecil di sebuah hospital di salah sebuah bandar besar di Pahang untuk kemudahan orang ramai.

Panjangnya mereka yang berbaris menunggu giliran membuat bayaran. Saya berada di kedudukan yang agak terbelakang.Saya melihat jurujual ini macam tidak berapa selesa berdepan dengan suasana begini. Itu pun berdasarkan kepada komunikasi tanpa lisan yang dimanifestasikan dari riak wajahnya. Saya mungkin silap dan tidak sangat adil untuk membuat penilaian begitu.

Saya lihat dia tidak mengukir senyum pun. Kalau pun senyum, ia kelihatan agak pahit. Di papan kenyataan di sisinya saya juga mampu melihat dengan jelas ungkapan yang cukup menarik. "Kalau saya tidak senyum, tidak ucap terima kasih, tidak ucap salam dan selamat sejahtera tegurlah saya". Ia tentunya peringatan yang bagus untuk petugas yang saban hari berurusan dengan pelanggan kerana tidak dinafikan setiap gerak gerinya akan jadi perhatian. Kebetulannya…

Pen

Pandainya jurujual melakukan barangnya. Saya juga bijak mengesan helah dan muslihatnya. Dia pernah datang dua bulan yang lalu menjual barang yang sama tetapi saya tidak begitu berminat untuk membelinya kerana tidak dirasakan keperluan kepada barang tersebut. Harganya juga agak mahal berbanding kualiti barang itu sendiri.

Hari ini dia datang lagi juga membawa barang yang sama. Dia adalah seorang jurujual pen yang sedang berusaha mencapai sasaran jualan. Pastinya dia kena berhempas pulas untuk memenuhi sasaran yang telah ditetapkan. Kali pertama dulu dia datang dengan dua jenis pen. Satu agak murah dan dikira jenis biasa-biasa. Yang satu lagi relatif lebih mahal dan agak istemewa bentuknya malah fungsinya juga. Namun harganya yang agak mahal menyekat keinginan saya untuk membelinya dulu.

Kali ini dia membawa tiga jenis pen yang berbeza model dan fungsinya termasuk dua jenis pen yang pernah dibawanya dulu. Pen jenis ketiga ternyata lebih mahal daripada dua jenis pen itu. Namun dia sebena…

U

Hafiz yang petah berkeletah dan amat sensitif dengan apa yang dilihat dan didengarnya di sekelilingnya mengajar saya satu perkara petang ini. Hafiz bukanlah cukup dewasa untuk didengar pandangannya. Dia cuma seorang anak saudara saya yang baru berusia lima tahun.

Namun petang ini bila membawanya bersama pusing-pusing bandar  jeritannya benar-benar mengejutkan saya yang sedang fokus memandu.
"Uda,! huruf U. Kenapa ada huruf U kat tengah jalan ni," dia bertanya.

" Huruf U itu nak ingatkan Hafiz supaya rajin baca buku. Hafiz kan tak suka baca buku. Asyik nak beli mainan aja", saya berseloroh. Saya tahu dia tidak puas hati dengan jawapan saya. Saya tinggalkan dia berinteraksi dengan apa yang dilihatnya di sekelilingnya. Biarkan dia seronok begitu, berinteraksi dengan alam.

Sememangnya tanda U ini memang cukup penting dan memang perlu ada di jalanraya. Bila kita tersalah dan tersesat jalan, tanda U inilah yang kita cari dan harapkan. Bila berjumpa tanda ini ia memberi ke…

Terperanjat

Bukan seorang dua yang terperanjat petang ini. Ia gara-gara tidak pernah ambil pusing tentang status kesihatan. Tok Ketua misalnya macam tidak percaya bila diberitau Dr Lee kandungan gula dalam darahnya agak tinggi. Tekanan darahnya juga melebihi paras normal.

Zahar juga sama terperanjat bila tekanan darahnya menjangkau ke bacaan 188. Memang tinggi. Angah juga sukar untuk percaya apabila doktor kata kandungan gula dalam darahnya juga tinggi. Begitu juga Mak Usu yang kelihatan sudah mula gusar bila diberitahu tekanan darahnya juga tinggi. Pak Uteh Mail juga tinggi tekanan darahnya. Semuanya terbongkar dan ditelanjangkan oleh Dr Lee Hong Tee bila pemeriksaan dibuat kepada penduduk kampung Gudang Garam petang ini. Doktor merangkap Wakil Rakyat ini memberi khidmat percuma melalui klinik bergeraknya. Satu usaha yang amat wajar dipuji! Ramai yang datang kerana ada tarikan lain barangkali- sate goreng dan ketupat.

Tok Ketua dinasihat oleh isteri dan anak-anak supaya lebih bijak mengawal perm…

Jadi

Ada ketika-ketikanya kita selalu tidak percaya dengan diri kita sendiri. Kita berkecenderungan untuk membandingkan diri kita dengan orang lain, dan merasa orang lain lebih kaya, lebih pintar, lebih tampan dan cantik dari kita dan sebagainya. Dan kita sering membuang waktu kita untuk berkhayal seandainya kita menjadi seperti orang lain.

Padahal dengan menjadi orang lain, dengan berada pada posisi orang lain, dengan segala kekayaan dan kecerdasan atau segala bakat yang sama seperti yang dimiliki orang lain, belum tentu kita boleh berkembang atau memperolehi kebahagiaan seperti yang kita harapkan. Kerana semua orang memiliki kelebihan dan peranannya masing-masing.

Itulah yang saya nasihatkan kepada Haziq. Dia selalu sangat menyuarakan ingin menjadi orang lain yang dilihatnya lebih hebat daripadanya. Dia tidak berasa gembira dengan apa yang dimilikinya. Saya katakan padanya, kita tidak boleh jadi orang lain tetapi kita boleh berusaha dengan kekuatan yang kita ada untuk me…

Refleksi

Kata seorang pakar motivasi ini, dunia adalah refleksi diri kita. Bagaimana kita begitu jugalah dunia. Kalau kita memandang dunia ini sedih, akan sedihlah kita. Kalau suka, sukalah yang akan dibalikkan kepada kita. Ia ibarat kita melihat cermin. Kalau kita senyum di dalam cermin, wajah senyum itulah yang berbalik kepada kita. Kalau wajah marah yang kita lontarkan di cermin, maka wajah marah itulah yang kita dapat. Kalau kita sentiasa ceria, dunia turut meraikan keceriaan kita. Begitulah sebaliknya.
Dia berkongsi kisah yang cukup menarik ini. Seorang raja yang meminati lukisan memerintahkan seorang pelukis untuk melakarkan lukisan yang hebat di tembok dalam istananya. Dalam masaya yang sama datang seorang lagi pelukis yang meminta untuk melukis di bahagian tembok yang bertentangan dengan tembok pelukis pertama tadi. 
Raja tidak membantah. Namun pelukis kedua ini berjanji akan melukis sesuatu yang serupa dengan pelukis pertama tadi. Dia tidak memerlukan sebarang alat melukis pun. Dia jug…

Bajet

PM membentangkan belanjawannya petang ini. Sejujurnya saya melihatnya sebagai belanjawan paling terbaik setakat ini. Ia baik bukan kerana semua mendapat habuan. Dari seorang gelandangan hingga ke seorang ahli Parlimen. Tidak ada sesiapa pun yang terpinggir. Malah orang asli juga mendapat manafaat dari bajet ni. Begitu juga nelayan, pemandu teksi dan setiap orang pelajar sekolah juga tidak tercicir.

Seingat saya sejak mengikuti pembentangan bajet sejak beberapa tahun lalu inilah bajet yang dikira paling pemrah dan mesra rakyat. Penjawat awam senyum lebar dijanjikan bonus sebulan gaji tahun ini. Begitu juga khabar gembira akan kenaikan gaji yang bakal berlaku pada tahun depan. Mereka yang berpendapatan rendah juga ada sebab untuk gembira kerana bantuan kewangan bagi meredakan himpitan hidup yang cukup terasa sekarang. Walaupun sedikit tetapi tentunya lebih baik daripada tidak dapat langsung.

Pun begitu, sudah lumrah rumah siap pahat berbunyi. Suara-suara sumbang kedengaran bahawa bajet…

Lebuhraya

Ketika memandu pulang dari Kuala Lumpur minggu lalu saya benar-benar teruji. Lebuh raya Selatan ke Utara begitu sesak. Merangkak-rangkak rasanya menuju destinasi. Sangat menguji kesabaran. Haziq sempat mencelah, "Sesak yang begini sudah terasa seksa inikan pula sesak di padang Mahsyar".

Betul juga katanya. Dalam belaian hawa dingin di dalam kereta masih terasa “panasnya” menunggu, inikan pula menunggu perbicaraan di sana nanti. Kita tidak akan mampu.

Bila sesak, semuanya bergolak. Yang memandu dan siapa yang bersama-sama dalam kereta sama-sama teruji. Silap-silap bahang “di luar” menjadi bara di dalam.Yang sopan akan bertukar tidak sopan. Yang sabar akan jadi tidak sabar.

Bila sesak juga, kita dapat melihat pemandu di leboh raya seolah-olah terbahagi kepada beberapa golongan (persis pembahagian golongan di padang mahsyar nanti?). Golongan pertama, golongan yang hilang sabar. Mereka ini terus sahaja memasuki lorong kecemasan dan memecut ke hadapan, memintas orang lai…

Tafsir

Membaca AlQuran tanpa memahami maknanya tidaklah salah tetapi alangkah baiknya maknanya juga difahami dan terlebih baik lagi kiranya dihayati dan dijadikan panduan dalam hidup. Sudah berulang-ulang kali ayat yang sama kita baca namun jarang sekali kita mahu berkisah tentang maknanya.

Ustaz Zahazan yang selalu didengar lewat Radio Ikim tidak jemu-jemu menyarankan supaya memiliki sebuah Tafsir AlQuran. Satu ayat di bawah ini sempat saya baca dan dalami maknanya. Pemahaman menjadi lebih mudah kalau kita tahu dan mahir Bahasa Arab. Seronok kalau dengar Uztaz Zahazan mentafsir ayat Quran dengan kelebihan Bahasa Arab yang dimilikinya.

Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (2:29)Bila Allah cerita ayat ini, Allah kata – Aku menciptakan segala yang ada di bumi untuk kamu. Huwallazi khalaqa lakum …

Sekufu

Jangan dipandang enteng soal sekufu. Lebih-lebih lagi bagi perempuan yang berkira-kira untuk memilih calon bakal teman hidupnya. Itu kata Ustaz Badrishah lewat corong radio pagi ini. Katanya, bagi lelaki tidaklah perlu berkisah sangat tentang bakal isteri yang ingin dipilihnya. Pilihannya boleh sahaja tidak sekufu dengannya.

Kata Ustaz lagi jangan ada sesiapa yang beranggapan bahawa perkahwinan boleh berlaku antara lelaki dan perempuan asal sahaja hati sudah suka sama suka. Soal sama ada lelaki ada kerja atau tidak dan soal perempuan yang lebih tinggi pendapatannya berbanding lelaki memang perlu diberikan perhatian.

Lantas Ustaz menganjurkan tiga kunci yang perlu dimiliki oleh seorang bakal suami. Tiga kunci itu ialah kunci rumah, kunci pejabat dan juga kunci kereta. Kunci rumah pastinya merujuk kepada keperluan untuk lelaki memiliki sebuah rumah dahulu seadanya sebelum sibuk-sibuk memikirkan soal ingin berumah tangga. Kata orang bila berkahwin nanti masuk rumah cuma basuh kaki sahaj…

Pertolongan

Bila berada dalam keadaan yang amat terdesak, ketika tiada sesiapa pun di sekeliling, kita cepat mengingati bahawa kepadaNyalah kita boleh mengharapkan pertolongan. Selalunya Dia memang tidak pernah menghampakan permintaan hambaNya yang sedang dilanda kesusahan.

Kisah yang akan saya paparkan ini mungkin bukan kisah benar namun ia cukup menarik. Tidak mustahil juga kisah ini pernah berlaku dalam kehidupan kita. Cuma situasi yang mungkin berbeza. Dalam kita dihimpit kesusahan, apapun pertolongan yang datang akan kita terima walau apa pun bentuknya. Masa itu apa pun yang boleh menimbulkan keraguan sudah tidak penting lagi. Keluar dari kesusahan itulah yang lebih penting.

Dalam keadaan yang tergesa-gesa seorang wanita sampai tertinggal kuncinya dalam kereta. Dia singgah di farmasi membeli ubat untuk anaknya yang sedang sakit teruk. Dia perlu pulang segera untuk memastikan anaknya dapat ubat yang dibelinya. Dia mula panik. Dia teringat kisah kawannya yang pernah mengalaminya lalu. Matanya …