Skip to main content

Posts

Bocor

Cuti hujung minggu yang pada perancangannya untuk dimanafaatkan bagi menanda kertas jawapan peperiksaan dan membersihkan kawasan rumah dipinggirkan buat sementara apabila teringat permintaan emak yang telah acapkali menyuruh saya membaiki atap rumah yang bocor. Tuntutan untuk membaikinya lebih mendesak berikutan cuaca yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini ditambah lagi dengan hujan lebat yang mencurah-curah. Dengan berbekalkan semangat suka melakukan sendiri saya menaiki atap rumah dan menghabiskan masa lebih kurang dua jam menampal dan meggantikan paku yang sudah longgar. Berpeluh juga duduk di atas atap lebih-lebih lagi melakukannya ketika cuaca panas terik. Namun keringat dan tenaga yang keluar berbaloi juga kerana selepas itu emak menyediakan sajian kegemaran saya iaitu rojak. Saya berbesar hati dapat memenuhi permintaan emak pada hari ini. Pada saya, selagi kita boleh melakukannya sendiri, tidak perlulah kita mengupah orang untuk melakukannya kerana upahnya tentunya buka...

Photoshop

H idung kemek boleh dijadikan mancung. Bibir pucat boleh diserikan. Muka yang kasar menggerutu boleh bertukar licin. Pendek kata wajah yang tidak nampak cantik dan tidak menarik boleh sahaja ditransformasikan untuk menjadi lebih cantik. Segalanya mungkin dengan bantuan perisian canggih dalam dunia teknologi digital kini. Saya mengikuti bengkel sehari Photoshop hari ini dan didedahkan dengan teknik memanipulasikan gambar ini. Teknik " super-impose" menarik perhatian ramai peserta. Biasa kita lihat dan dengar bagaimana ramai yang menjadi mangsa apabila gambar mereka dieksploitasikan untuk tujuan tertentu melalui kaedah ini. Muka orang lain ditepekkan pada tubuh orang lain. Tanpa penilitian yang rapi dan kemahiran dalam perisian ini, gambar yang dihasilkan tidak nampak celanya pun. Di sinilah kita menjadi mangsa mereka yang tidak bertanggungjawab. Justeru kita perlu berhati-hati bila memuat naik gambar milik kita di mana-mana laman sosial yang makin ramai pengikutnya sekaran...

Tanyalah

“Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya kami menciptakan kamu untuk bermain –main (sahaja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami ,maka maha suci ALLAH raja yang sebenarnya tiada Tuhan selain Dia, Tuhan (yang mempunyai) arasy yang mulia” - (Surah AlMukminun : 115-116) P etikan ayat suci Alquran ini diungkapkan oleh Ustaz Abu Hasan Din lewat program interaktif "Tanyalah Ustaz" di TV9 awal pagi ini. Beliau berbicara tentang solat dan sekali gus melayan pelbagai permasalahan bersangkutan dengan ibadat paling penting ini. Yang samar-samar menjadi jelas, yang ragu dan keliru tidak lagi bercelaru hasil huraian hebat Ustaz Abu Hasan. Saya kira program ini amat bermanafaat untuk dilepaskan begitu sahaja. Selama sejam tanpa ganjak di depan tv saya sempat menghadam kupasan menarik tentang kepentingan solat. Tentang mereka yang dianugerah nikmat kesenangan oleh Allah namun enggan mengucapkan rasa syukur dengan mengingkari perintah supaya bersolat. Sengaja Allah...

Derhaka

S aya tidak menyangka Haziq akan bertanya soalan begini kepada saya seusai sahaja solat Maghrib di masjid Gudang Garam tadi. " Ayah, Haziq tengok ada orang tu tidak pernah sembahyang pun, solat Jumaat tidak pernah tapi hidup dia senang pun. Pakai kereta mewah. Ada orang yang lain pulak, sembahyang tidak tinggal, suka tolong orang tapi tengok pakai basikal buruk aja. Tuhan tidak adil kan" Saya cepat meningkah. Saya katakan kepadanya tidak timbul isu Tuhan itu adil atau tidak pada hambanya. Tidak wajar baginya untuk membuat telahan begitu. Saya faham Haziq bukan cukup arif untuk melihat di sebalik apa yang terpampang di depan matanya. Sebelum ini saya pun tercari-cari jawapan kepada apa yang kita sering lihat ini . Ia tinggal tidak berjawab pun sehinggalah seorang Ustaz yang tidak lokek ilmu ini membicarakannya tidak berapa lama dahulu. Kata Ustaz ini, Allah menganugerahkan kelebihan dan keistemewaan kepada umat manusia dalam pelbagai bentuk seperti yang dikehendakinya. Ada...

Buruk

S eorang peraih barang-barang buruk berhenti di depan rumah bertanyakan jika ada barang buruk yang boleh dijual. Sasaran utamanya ialah besi buruk walaupun dia juga mencari plastik buruk. Pucuk dicita ulam mendatang. Besi buruk memang sudah lama terdampar di belakang rumah. Di guna tidak boleh, hendak dibuang sayang pula. Akhirnya, nasib besi buruk yang tidak menentu terbela juga di tangan peraih besi buruk. Haziq paling gembira kerana hasil jualan barangan buruk ini milik dia sepenuhnya. Dia ingin menambah sesuatu pada motornya. Tidak sangka barangan buruk pun masih lagi bernilai rupa di mata orang lain. Buruk pada kita tidak semestinya pada orang lain. Hodoh di mata kita tetapi mungkin sangat cantik di mata orang lain pula. Kain buruk pun masih ada nilainya, sekurang-kurangnya buat mengesat air mata. Pena Tumpul - Biar buruk dipandang mata, hati yang suci menjadi sanjungan

Hipokrit

" B aiknya budak ni, sesuai benar dijadikan menantu", kata Pak Lurah yang cukup tertawan dengan anak muda yang berkunjung ke rumahnya hari raya lepas. Huluran salamya tersusun rapi penuh beradab.Mudahnya terpesona tanpa disedari pun oleh Pak Lurah itu cuma sekadar lakonan paling hebat Mantoba untuk memikat anak gadisnya. Si kucing biang sedang berlagak alim rupanya! Rasulullah saw bersabda : "Ada empat perkara jika sesiapa yang mempunyai empat perkara tersebut, maka dia merupakan orang munafik. Sesiapa yang bersifat dengan salah satu daripadanya bererti dia bersifat kemunafikan, sehinggalah dia meninggalkannya iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila membuat persetujuan dia mengkhianati, apabila berjanji dia menyalahi dan apabila berlaku pertikaian dia melampaui batas " [Hadith Sahih Riwayat Muslim] Sifat munafik ini boleh sahaja dikaitkan dengan sifat hipokrit (seperti sejenis binatang sesumpah) atau sifat talam dua muka atau musang berbulu ayam atau b...

Sayu

E mak menyatakan rasa sedih dan sayunya sebaik sahaja kami selesai berbuka puasa malam tadi. Kesedihan emak bersebab kerana Ramadan semakin hampir untuk berlalu dan mengucapkan selamat tinggal. Hari-hari yang berbaki untuk berpuasa semakin menguncup. Tetamu yang mulia ini akan pergi dan pasti akan kembali lagi. Setiap kali Ramadan berarak pergi, setiap kali itulah emak begitu sejak beberapa Ramadan yang lalu. Emak kata, arwah ayah yang sudah 10 tahun meninggalkan kami juga selalu sedih begitu setiap kali Ramadan berada di penghujungnya. Emak tidak keseorangan sebenarnya.Saya juga berkongsi rasa dengan emak. Malah sesiapa pun yang merasai kelazatan berpuasa akan berasa sayu begitu. Seperti kata Ustaz, kalau terbit rasa sayu bukan kepalang untuk berpisah dengan Ramadan itu tanda peningkatan iman berlaku dalam diri. Seperti seorang kekasih, Ramadan memang selalu diharap-harap kedatangannya. Rasanya tak ingin berpisah sekalipun cuma sedetik. Begitulah Ramadhan seperti digambarkan ...

Jin

B erdasarkan pembacaan, saya suka untuk berkongsi cara bagaimana untuk kita mengesan jin laknatuallah yang berada didalam tubuh badan kita. Tahukah anda jin mengalir didalam tubuh badan kita mengikut saluran darah Ras ulullah saw bersabda: "Sesungguhnya syaitan itu berjalan pada aliran darah manusia"   Jin yang masuk ke dalam pembuluh darah terus ke otak dan melalui otak, jin boleh mempengaruhi bahagian mana saja kerana jin sudah menguasai otak. Ini dibuktikan oleh perubatan bahawa para pesakit yang tidak sedarkan diri memiliki gelombang otak yang sangat halus dan aneh.Cara bagaimana untuk kita mengesan jin didalam tubuh kita, pegang dinadi sebelah kiri  dan baca doa ini: 1. Mengucap Dua Kalimah Syahadah 1x 2. Selawat Keatas Nabi 3x 3. Surah Al-Fatihah 1x 4. Ayat Kursi 3x 5. Zikir Lailahaillallah 100 x. Sekiranya semasa membaca ayat-ayat diatas badan terasa seperti di bawah itu tandanya tubuh badan kita dihuni jin laknatuallah, Disarankan dapatkan rawatan di pus...

Imam

S aya rasa agak tidak sihat sejurus sahaja selepas berbuka puasa petang tadi. Saya sudah membayangkan bahawa saya tidak cukup gagah secara fizikalnya untuk bersama-sama isteri dan Haziq ke masjid untuk menunaikan solat sunat Terawih secara berjamaah seperti malam-malam sebelumnya. Saya cadangkan kepada isteri supaya ke masjid bersama Haziq sementara saya akan melakukannya secara sendirian di rumah. Isteri kurang setuju dan lebih berkeinginan untuk melakukannya secara berjemaah di rumah dan pastinya saya adalah imamnya. Bukan luar biasa pun bagi saya untuk mengimamkan solat jemaah di rumah. Yang luarbiasanya apabila Haziq berkata bahawa saya begitu lambat dalam bacaan solat.Begitu bertertib. Haziq mengadu terangguk-anguk menjadi makmum di belakang. Mengantuk katanya ditambah lagi dengan tempo bacaan yang agak lambat. Haziq tentunya mengharapkan tempo bacaan saya menyamai imam setengah-setengah masjid yang pernah diikutinya saban malam berterawih sekurang-kurangnya dari segi "k...

Bersahur

B angun sahur memang meliatkan bagi setengah orang lebih-lebih lagi di kalangan kanak-kanak yang baru berjinak-jinak dengan amalan berpuasa. Bahawa bangun untuk makan ketika sedang tidur nyenyak adalah sebab utama mengapa bangun sahur itu menyusahkan. Justeru mengelak daripada bangun sahur, ada yang mengambil jalan senang dengan makan lewat malam sebelum tidor. Haziq tiba-tiba begitu liat untuk dikejutkan pagi ini sehingga memaksa saya menyiramkan air dimukanya. Sejak awal puasa lagi, dia mencadangkan supaya dia dibenarkan makan sebelum tidor dan tidak perlu dikejutkan untuk sahur. Malah mengambil jalan mudah untuk tidak bersahur langsung. Saya membantah cadangannya dengan alasan bersyariat. Sahur bukan sekadar bangun makan namun punya hikmah tersendiri. Sahur membezakan amalan berpuasa umat Islam dengan puasa ahlul-kitab. Sahur ada keberkatan walaupun dengan seteguk air sekiranya tidak cukup lalu untuk menelan makanan lain yang dikira berat. Haziq bersetuju dan berjanji tidak aka...

Tebang

S aya akhirnya mengambil keputusan menebang kesemua pokok durian tua yang sudah berpuluh-puluh tahun menghuni dusun di belakang rumah. Sebabnya amat mudah. Pokok-pokok tua ini sudah lama tidak berbuah. Kalau pun berbuah, boleh dibilang dengan jari. Yang pasti sudah agak lama tidak berbuah lebat seperti dulu-dulu. Bila pokok-pokok ini berbuah lebat dulu, hampir seluruh keluarga jauh dan dekat merasai nikmatnya. Malah sehingga berlebihan dan terpaksa di tolak kepada peraih durian walaupun dengan harga yang amat rendah. Begitulah nasib durian, bila sudah tidak berbuah. Memang tidak dapat dinafikan sejak durian pelbagai klon baru diperkenal, durian tua bagai merajuk tidak mahu berbuah. Walaupun durian klon baru ini memang cepat dan selalu berbuah namun kebanyakan pencinta raja buah ini selalunya akan lebih tertarik kepada durian dari pokok-pokok tua ini. Salah satu sebabnya ialah isinya yang sedap berbanding durian klon. Saya tidaklah ralat sangat melihat cuma tunggul-tunggul durian sa...

Urusan

S aya melihat Haziq cukup leka dengan kerja sekolah yang diberikan oleh gurunya yang menuntut saya untuk menegurnya. Dia kelihatan berpuli-puli menyiapkan timbunan kerja yang sepatutnya dilakukannya secara konsisten dan bukannya di saat-saat akhir begitu. Kelekaannya itu amat menganggu hati seorang saya. Dia melewatkan solatnya. Dia seolah-olah lupa bahawa melakukan solat itu sebenarnya mengatasi kerja sekolah yang hendak dibereskannya itu. Saya berkongsi dengannya selingkar kisah yang menarik dan amat wajar dijadikan panduan. Kisah Khalifah Umar Abdul Aziz yang pernah dinyatakan dalam sejarah bahawa zaman pemerintahannya merupakan zaman yang paling aman dan makmur. Zamannya tidak ada orang yang miskin pun sehingga wang zakat melimpah ruah lalu dibelanjakan untuk mengahwinkan lelaki yang tidak mampu berkahwin. Tiada jenayah juga.  Jika gerai ditinggalkan tanpa penjaga, maka tetap tidak akan ada pencuri yang mencuri kedai. Zamannya tiada berlaku rompakan dan rakyat di bawah p...

Bebel

M ama membebel hari ini setelah agak lama tidak begitu. Haziq yang menjadi sasarannya. Sebabnya amat kecil pun. Haziq tidak cukup rajin untuk mencuci pinggan sendiri selepas makan. Dia sebaliknya membiarkannya di dalam singki. Mamanya pula agak letih barangkali dengan pelbagai kerja lagi rumah yang perlu dibuat. Banyaknya kain baju yang perlu dibasuh. Lantai yang perlu di mob. Saya lihat Haziq terkebil-kebil dibebel mamanya. Salah dia juga tidak begitu ringan tangan buat mana yang patut sementara cuti sekolah ini. Semuanya perlu disuruh. Bagai pahat yang perlu ditukul. Saya sudah lama faham cara isteri. Kalau dia membebel, saya amat tahu saya perlu banyak diam. Semua orang tahu golongan isteri memang terkenal dengan sikap suka membebel atau berleter, tidak kira pagi, petang, siang mahu pun malam. Dan semua orang tahu juga suami paling tidak suka bila isteri mula membebel. Kadangkala bebelan golongan ini tidak berpadanan pun dengan perkara yang dibebelkan itu. Benda kecil sangat pu...

Ajaib

K isah tentang Israk Mikraj sudah berulang-ulang kali kita dengar dan baca. Banyak episod ajaib dan aneh berlaku dalam peristiwa 27 Rejab ini. Namun pernahkah kita bertanya di mana sebenarnya kebesaran peristiwa Israk kepada kita umat Muhammad?  Menurut para ulama, perkara yang paling besar dan signifikan dalam peristiwa ini ialah penganugerahan solat. Justeru, solat hakikatnya ialah mikraj orang mukmin. Ketika solat, roh kita "bertemu" Allah serta berinteraksi dan berkomunikasi denganNya melalui kalimah tasbih, tahmid, takbir dan ayat-ayat al-Quran yang suci. Ketika solat sebenarnya, kita hamba yang hina dina ini dan penuh segala kekurangan dimuliakan dengan diberi peluang dan kesempatan bertemu Allah yang Maha Mulia dan Maha Sempurna. Sebab itu, solat adalah kepala ibadah, pemisah antara iman dan kufur serta amalan yang akan ditanya dulu di Masyar. Jika baik solat kita, baiklah yang lain-lain. Jika buruk solat kita, buruklah yang lain juga. Bukan setakat menunai solat ...

Pengurus

D ua orang pelajar perempuan tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata. Cerita dan bual bicara saya tidak sedih pun, namun menusuk hati dua orang pelajar ini. Saya mengajar kelas ini perkara yang sangat asas iaitu "Fundamentals of Management" . Secara mudah pengurusan bermaksud bagaimana kita mengendalikan atau mentadbirkan sumber-sumber di sekeliling kita secara berkesan dengan tujuan mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Saya tidak mahu mereka pening-pening kepala menyelongkar organisasi yang besar-besar pun. Saya mahu mereka melihat diri mereka sebagai pengurus dan kecekapan mereka dalam mengurus segala sumber yang sangat dekat dengan mereka. Mereka menyatakannya satu persatu dan senarainya sangat banyak. Diri mereka sendiri adalah sumber yang sebenarnya perlu diurus dengan baik dan cekap. Anggota-anggota di batang tubuh mereka juga perlu diurus. Bagaimana mata, telinga, hidung, tangan, perut dan sebagainya diurus sebaiknya untuk digunakan bagi tujuan yang ...

Kuku

H aziq ditegur oleh mamanya kerana membiarkan kukunya agak panjang dari sepatutnya. Mamanya yang agak kecewa tidak tunggu lama untuk memendekkan kuku-kuku yang katanya menyakitkan mata memandang. Haziq tiada pilihan melainkan membiarkan mamanya memotong dengan rakus kuku-kukunya.   Kadang-kadang saya hairan mengapa kedapatan segelintir yang suka menyimpan kuku panjang. Dari apa yang pernah saya baca, dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang khinzir lembut sikit, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua khinzir-khinzir tersebut.... potonglah kuku anda. Kebenarannya jangan ada niat untuk simpan kuku panjang, walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking.. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristi...

Berbalut

T idak lengkap rasanya kalau ke JB tidak singgah sebentar di Badan Bookstore, gedung buku yang saya kira terbesar di kotaraya ini. Isteri sudah faham benar kemestian saya yang satu ini. Saya tidak mahu ketinggalan sebarang tajuk buku baru yang mungkin sudah terbit di pasaran khususnya terbitan PTS dan Telaga Biru. Sejak beberapa bulan lalu, tumpuan saya kini lebih kepada buku-buku Telaga Biru justeru judulnya yang menggamit minda selain persembahan kulit yang cukup memukau perhatian. Sepanjang 45 minit saya sempat menelusuri beberapa judul buku yang khabarnya begitu laris di pasaran bak goreng pisang panas. Antara yang sempat dilayan sepintas lalu Pesan Hati Untuk Hati,  Cepatnya masa dirasa beredar. Keinginan untuk membaca keseluruhan buku-buku tersebut tidak dapat saya bendung. Saya perlu memiliki ketiga-tiga buku tersebut. Begitulah kuatnya tarikan buku-buku Telaga Biru sehinggakan saya tidak pernah keluar dengan tangan kosong sekurang-kurangnya satu judul buku. Telaga Bir...

9119

"Nafsu yang besar menidakkan kemampuan. Akal lah yang menghalang keinginan itu" S aya menonton program bual bicara Astro Oasis. Sembang bersama Dr Masitah mengupas isu yang cukup menarik. Ia tentang lelaki yang dikatakan mempunyai 9 akal, 1 nafsu berbanding  perempuan yang memiliki 1 akal, 9 nafsu. Ringkasnya 9119. Betulkah begitu? Sejauh mana benarnya dakwaan ini? Berasaskah? Fikirkanlah sendiri. Kalaulah 9119 ini diterima dan dijadikan asas dalam menilai lelaki dan wanita ia seolah-olah merendahkan darjat wanita. Mana tidaknya, wanita dilihat lebih bernafsu dari berakal! Namun janganlah sekali-kali menyempitkan fikiran kita tentang nafsu. Ia tidak terbatas dalam ruang lingkup tentang seksual semata-mata. Nafsu perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas dan menyeluruh. Ia lebih bertumpu kepada soal-soal yang melibatkan emosi. Justeru tidak menghairankan kaum Hawa memang sentiasa emosional berbanding Adam. Mudah marah, merajuk. Juga ...

Senarai

S aya kira kebanyakan dari kita memang sangat terpesona dengan senarai. Sangat-sangat terpegun juga. Walaupun kita mungkin sedikit ragu dengan kesahihan dan kejituan senarai yang dipaparkan, namun melihat senarai tetap membuat kita terkesima. Senarai mereka yang terkaya di dunia, terkaya di Malaysia, paling berkuasa di ladang, paling cantik juga antara sebilangan senarai yang amat mencuri perhatian. Saya sendiri cukup tertarik bila Forbes menyenaraikan manusia yang paling berkuasa dan berpengaruh di dunia pada tahun 2013. 70 individu termasuk dalam senarai ini. Empat faktor diambil kira iaitu; berapa ramai orang yang dikuasainya, sumber kewangannya selain sejauh mana mereka menggunakan kuasa yang dimiliki. Bill Gates di senaraikan di tangga kelima selepas Obama, Putin, Hu Jintao dan Merkel sebagai individu yang paling berkuasa. Ironisnya, Zuckerberg tidak pula lebih berkuasa daripada Gates walaupun semua tahu ramainya orang yang dikuasainya melalui empayar Facebook nya itu. Ter...

Mengimbau

I barat sirih pulang ke gagang, pinang balik ke tampok. Setelah hampir 20 tahun meninggalkan Jengka, saya kembali lagi ke tempat yang sarat dengan pelbagai kenangan manis yang dilorek bersama-sama guru dan kakitangan yang baik budi serta anak didik yang sangat bersopan, berakhlak mulia, rajin belajar dan cerdik bukan kepalang. Sekembalinya saya dari menghadiri undangan majlis perkahwinan saya sengaja singgah sebentar di sini mengimbau kenangan lalu. Saya bersama dengan lima orang guru adalah antara perintis sekolah berasrama penuh yang dipertanggubjawabkan untuk mendidik sekumpulan pelajar cemerlang Tingkatan Satu sekitar 90 orang. Ia bukan tugas yang sangat mudah kerana kami berdepan dengan pelbagai kekangan seperti kekurangan kemudahan dan sebagainya. Saya tidak lama di sini kerana tiga tahun selepasnya saya ditawar untuk berkhidmat di salah sebuah IPTA di selatan tanah air. Pun begitu sempat juga saya menuai hasil tanaman saya selama tiga tahun di daerah bertuah ini. Hampir 100...