Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2009

Amah

Cadangan untuk penjenamaan semula bakal menyaksikan amah dikenal sebagai pengurus kediaman tidak lama lagi. Ini dilihat sebagai salah satu cara untuk menarik minat gadis dan wanita tempatan menceburi bidang yang selama ini dimonopoli oleh tenaga kerja dari Indonesia.

Kita tidak boleh selama-lamanya bergantung kepada warga kerja asing bagi memenuhi keperluan mendesak warga tempatan. Sebagai satu profesion, pengurus kediaman perlu mendapat latihan secukupnya secara formal sebelum dibenarkan berada dalam pasaran pekerjaan.Mereka juga wajar diberikan kadar pendapatan yang sesuai setaraf dengan kelayakan yang mereka perolehi. Permintaan yang sentiasa tinggi kepada khidmat amah ini tentunya merupakan khabar gembira kepada pencari kerja sementelah lagi mereka yang terlibat dalam pemberhentian kerja ekoran kegawatan ekonomi yang sedang melanda.

Sebelum kilang-kilang yang menawarkan banyak peluang kerja kepada lepasan sekolah di bina dahulu, saya percaya gadis-gadis belasan tahun lepasan sekolah…

Custody

A man and his wife were in a court for their divorce case.The problem was who should get custody of the child.
The wife screamed and jumped up and said: "Your Honor. I brought the child into the world with all the pain and labor. The child should be in my custody. " The judge turned to the husband and said: "What do you have to say in your defense?"
The man sat for a while contemplating... then slowly rose. "Your Honor... If I put a dollar in a Pepsi Vending Machine and a Pepsi comes out...

Whose Pepsi is it... The machine's or mine?

Berniaga

"Peniaga perlu bersikap tegas dalam menguruskan kewangannya. Hasil keuntungan perlu dijanakan bagi menghasilkan lebih banyak lagi keuntungan. Wang perlu membuat wang, bukannya menimbunkan hutang dan beban.Tidak ada gunanya mempunyai premis perniagaan yang cantik, kereta mewah dan berpakaian seperti tokoh korporat jika perniagaan lingkup separuh jalan".

Ann Wang Seng berkongsi kejayaan perniagaan orang Cina lewat bukunya Rahsia Bisnes Orang Cina yang sempat saya baca dan wajar juga dibaca mereka yang ingin berjaya dalam dunia perniagaan. Orang Melayu perlu mengetahui segala rahsia yang telah ditelanjangkan oleh penulis yang mengatakan orang Cina bukan secara semulajadinya hebat berniaga tetapi banyak bergantung kepada etika dan budaya niaga yang diamalkannya secara bersungguh-sungguh.

Apabila menyaksikan penutupan secara tiba-tiba stesyen minyak Petronas Gemereh baru-baru ini saya pantas mengaitkannya dengan kegagalan orang Melayu mengurus perniagaan berbanding orang Cina dan …

Hasil

"Ayah jangan lupa datang pagi ini"

Pembelajaran di dalam kelas melibatkan proses dan hasil. Proses pembelajaran yang dilalui oleh anak-anak di sekolah adalah di luar pengetahuan ibu bapa. Kita tidak pernah tahu adakah anak-anak yang kita "lepaskan" selama lebih kurang 7 jam selama lima hari seminggu itu sebenarnya komited secara serius dalam proses pembelajaran yang dilaluinya dalam kelas. Sama ada anak memberi tumpuan, atau bermainkah dia dalam kelas, atau merupakan pelajar yang paling bising diluar jangkauan pengetahuan kita.

Sistem pendidikan kita tidak mengizinkan ibu bapa melihat proses ini berlaku di dalam kelas. Di negara-negara maju seperti Amerika dan Kanada misalnya, ibu bapa diberi peluang malah dialu-alukan untuk sama-sama menyumbang dalam proses ini. Ibu bapa yang memiliki kemahiran dalam subjek tertentu diberi peluang untuk menyalurkan kemahiran mereka kepada anak-anak.

Hasil yang diperolehi berkait rapat dengan proses yang dilalui. Bahawa salah satu res…

Euphemism

"Budak ini dari tadi asyik merabak aja, kebulur atau berak agaknya, yang emaknya pula tidak habis-habis melengkar dan memuta!"

Kenyataan di atas kalau hinggap di telinga, pastinya tidak begitu enak sangat untuk didengar justeru terselit kata-kata yang agak kasar dan kepada setengah orang mungkin tidak difahami pun. Namun dalam percakapan seharian, sesekali kenyataan begini terpacul juga justeru mesej yang ingin disampaikan lebih berkesan cara begini.
Dalam konteks penggunaan bahasa, kita sebenarnya diberi pilihan untuk menyatakan sesuatu dengan cara yang lebih sopan khususnya bila merujuk kepada perkara yang kurang manis dan mengaibkan. Euphemism yang merujuk kepada penggunaan istilah dan pernyataan yang lebih enak di dengar bukanlah perkara baru dalam masyarakat kita khususnya di kalangan orang Melayu. Di kalangan penutur Bahasa Inggeris pun, euphemism di gunakan dan terima secara meluas justeru kesantunan istilah yang diungkap tidak akan ada pihak yang terguris hati dan te…

Maya

E-pembelajaran pada masa ini merupakan satu medium pembelajaran secara media elektronik yang berkembang pantas dalam bidang ilmu pengetahuan. Pembelajaran secara elektronik atau atas talian ini telah banyak digunakan oleh instititusi pengajian tinggi dalam dan luar negara bagi mempermudah dan mempertingkatkan keberkesanan proses Pengajaran dan Pembelajaran. UiTM tidak ketinggalan bersaing bersama universiti-universiti yang lain untuk memperkasakan kaedah pembelajaran ini.

Falsafah e-pembelajaran UiTM cukup cantik- kepercayaan bahawa teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) berupaya meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Ia dimurnikan lagi dengan objektifnya dalam memenuhi lima aspirasi "e" iaitu efisien, efektif, ekonomik, emosi dan espirit de corp.

Hari ini dan dua hari yang berikutnya para pensyarah diberikan latihan secara "hands-on" untuk memantapkan kemahiran pembelajaran bentuk baru ini. Setelah bertahun-tahun selesa dengan kaedah pembelajaran konvensi…

Penyakit

Di depan mata saya melihat perjalanan sebuah kedai runcit di tengah-tengah penduduknya rata-rata Melayu. Selama enam bulan melintasi kedai yang saya kira ditegakkan dengan semangat yang amat berkobar-kobar, acapkali mengheret saya untuk bermonolog. Mampukah ia bertahan lama? Mengapa tidak ramai pelanggan yang datang membeli? Barang-barang yang nampak terpamer dari jauh kelihatannya semakin susut, kenapa tidak ditambah? Persoalan-persoalan ini bermain setiap kali kedai di atas bukit tersebut di lintasi.

"Habis saja barang-barang yang tinggal ini dijual, saya tutuplah" kata Encik Mantoba(bukan nama sebenar), menjawab pertanyaan bila saya singgah sebentar untuk membeli sesuatu tidak berapa lama dulu. "Beginilah berniaga dengan orang kita, asyik nak berhutang, tak bagi salah, bagi beginilah jadinya, sendiri yang susah" rungutnya.

Selang beberapa hari kemudian, kedai tersebut berwajah baru. Bukan lagi kedai runcit tetapi sebuah warong. Mampukah dia dalam percubaan kedua k…

Lampu

"Banyak betul "traffic light" kat Segamat sekarang ni, mengalahkan JB.

Begitu komen Kak Long beberapa minit selepas menyaksikan satu demi satu lampu trafik yang perlu di tempuh sepanjang perjalanan dari Bandar Putra hingga ke Batu Anam. Saya sendiri yang sudah lama tidak selesa dengan keadaan ini mengambil kesempatan ini untuk merungut sama. Bermula dengan lampu isyarat di persimpangan Segamat Baru sehingga persimpangan Masjid Jamek Batu Anam, pengguna jalan raya perlu "menghormati" 13 lampu isyarat sekiranya melalui laluan menyeberangi jambatan utama. Sekiranya melalui jambatan kedua (yang pada asalnya untuk mengelakkan kesesakan dan berseronok memandu tanpa banyak lampu isyarat), jumlahnya tetap sama, 13.

Kesimpulannya, memandu di Segamat tidak menyelesakan dek gangguan lampu isyarat. Bukan sahaja bilangan lampu isyarat yang membosankan, malah ada juga lampu isyarat di persimpangan tertentu yang menyusahkan, mengelirukan dan memeningkan! Lampu isyarat di persi…

Makan

"Apakah rahsia kesihatan penduduk Madinah?"doktor Mesir itu bertanya kepada Nabi Muhammad. "Kami adalah bangsa yang tidak makan selagi belum lapar. Apabila kami makan, kami berhenti sebelum kenyang. Kami hanya makan apa yang halal dan apa yang baik. Dan kami makan untuk takwa, bukan untuk menjamu selera," kata Nabi Muhammad.

Begitu dialog singkat antara baginda Nabi dengan doktor dari Mesir yang ditugaskan di Madinah. Doktor beragama Kristian ini ingin tahu dari baginda mengapa selama dua tahun di Madinah tidak ada seorang pun penduduk kota itu mendapatkan sebarang rawatan perubatan darinya.

Di dorong oleh rasa hairan dan tidak percaya, doktor itu disaran baginda menyelinap segenap pelusuk kota namun tidak seorang pesakit pun yang tampil ke muka. Puas sudah hati doktor selepas menyaksi di depan mata.

Tidak siapa yang dapat menafikan kuatnya kaitan permakanan dan kesihatan. Tabiat makanan yang tidak baik berakhir dengan kualiti kesihatan yang menurun. Makan berlebihan …

Joli

"Wang pinjaman dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak akan cukup jika penerimanya asyik berjoli daripada membeli motosikal hinggalah telefon bimbit canggih seperti IPhone."

"Lebih malang, wang PTPTN dijadikan ‘modal bercinta’, sedangkan ia sepatutnya digunakan bagi menampung kos sara hidup semasa menuntut di universiti."

Kenyataan di atas dihamburkan oleh dua orang penting yang terlibat secara langsung dengan para pelajar - Pengerusi PTPTN sendiri dan seorang lagi yang pernah menerajui sebuah institusi pengajian tinggi. Kenyataan yang boleh dipertanggungjawabkan pastinya. Walaupun tidak pernah ada sebarang kajian yang terperinci bersangkut pola penggunaan wang PTPTN di kalangan pelajar, namun kenyataan tersebut wajar diberikan perhatian. Sekurang-kurangnya ia memberi gambaran bahawa terdapat segelintir pelajar yang tidak bijak dalam membelanjakan wang pinjaman tersebut.

Cerita pelajar menyalahgunakan wang PTPTN saya kira berlaku merata di IPTA…

Tahniah

" ....Terima kasih kerana memberi saya A untuk MGT269"

Dalam dua tiga hari ini, mesej seperti di atas kerap saya terima. Sesuatu yang agak lumrah setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan, pelajar-pelajar yang terlalu teruja dengan gred yang diperolehi ingin berkongsi kegembiraan dengan pensyarah mereka selain merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga. Jarang sekali saya menerima ucapan penghargaan begini dari mereka yang memperolehi tidak lebih baik dari gred A. Tidak cukup puas hati dengan gred yang diperolehi barangkali.

Ada pelajar yang beranggapan gred A yang mereka perolehi adalah pemberian istimewa pensyarah kepada mereka justeru tidak mudah untuk mencapainya selain pensyarah yang terlalu berhati-hati untuk tidak wewenangnya menganugerahkan gred A kepada para pelajarnya. Oleh kerana itu mendapat A bagaikan menang loteri lebih-lebih lagi daripada seorang pensyarah yang tidak semudah itu untuk memberikan A kepada pelajarnya, seperti saya tentunya.Tidak begitu sebe…

Berkongsi

"Perkongsian yang berlandaskan cinta yang tulus membuahkan kesempurnaan. Seorang teman sejawat yang juga penasihat keluarga mengatakan suami isteri yang sentiasa berkongsi, lama kelamaan menunjukkan wajah yang semakin mirip."

Begitu kata Parlindungan Marpaung yang saya nukilkan bulat-bulat dari bukunya Setengah Berisi Setengah Kosong yang kian menarik dibaca . Kalau kenyataan ini boleh disandarkan, ia barangkali jawapan kepada persamaan wajah yang dimiliki suami dan isteri. Sesekali terserempak pasangan suami isteri, saya sempat melontarkan kenyataan nakal begini kepada isteri, " You tengok, muka suami dan isterinya itu nampak macam hampir serupa aja". Muka kita, sama tak?", saya mengusik.

Saya membuat kesimpulan sendiri. Keserupaan wajah yang terpancar agaknya terbit dari perkongsian hidup bertahun-tahun melangkaui tubuh, hati, rasa, emosi dan rohani. Semakin tinggi dan dalam tahap perkongsiannya, wajah pasangan langsung tiada beza antara keduanya. Begitulah ju…

Perspektif

Terlanjur ke Mahkota Parade Melaka pagi ini saya sempat singgah di dua buah kedai buku - MPH dan Thai Kuang. Berbanding Gedung Buku Badan di Johor Bahru, koleksi buku yang dikira memenuhi citarasa pembaca umum agak terhad. DiMPH saya langsung menuju ke rak yang membariskan sekian banyak tajuk menarik terbitan PTS.

Secara peribadi saya kagum dengan PTS dan buku-buku yang dilahirkannya. Bukan sahaja judul yang cukup menggamit pembaca, malah penampilan kulitnya sudah bisa memukau. Penerbit-penerbit ulung seperti DBP dan Utusan juga saya kira gagal menandingi kehebatan PTS memancing pembaca. Tidak dinafikan judul punya peranan besar dalam mengumpan pembaca. Mengimbas secara lalu deretan buku-buku PTS, saya tertarik kepada sebuah buku yang memaparkan judul agak luar biasa. "Setengah berisi setengah kosong" saya tarik keluar dan mula membeleknya penuh minat. Nama penulisnya pun sudah pelik. Penulis Indonesia rupanya. Saya baca komen pembaca tentang buku tersebut untuk mengetahui s…

Bahasa

Cadangan menjadikan subjek Bahasa Inggeris (BI) sebagai subjek wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merupakan lontaran terbaru Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada umum untuk difikirkan. Bahawa selama ini BI diajar sebagai subjek yang tidak wajib lulus dan aspek tatabahasa tidak dberikan perhatian dalam pengajaran bahasa kedua itu di sekolah nampaknya memeranjatkan beliau.

Pengajaran BI di sekolah sejak sekian lama memang menjadi isu yang kerap dibincangkan merangkumi soal-soal kaedah dan pedekatan, kurikulum, kebolehan guru-guru, kemampuan para pelajar serta kemudahan pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah khususnya di luar bandar. Isu pembelajaran bahasa antarabangsa ini juga tidak pernah terlepas dari menjadi modal politik bagi kelompok-kelompok tertentu. Akibatnya isu pembelajaran dan pengajaran BI di sekolah terus diselubungi dengan pelbagai masalah yang sampai sekarang tidak ada jalan penyelesaianny…

Kakatua

Artikel ini disiarkan dalam Utusan Malaysiahari ini.

Isu jumlah subjek yang perlu diambil dalam SPM dibincang begitu hangat dan tidak kurang membangkitkan reaksi yang pelbagai. Cetusan Menteri Pelajaran baru ini walau apa pun motifnya, dilihat mampu mengubah senario sistem pendidikan negara yang begitu menjurus kepada peperiksaan dan melahirkan klon pelajar "kakaktua". Sejak beberapa tahun kebelakangan ini kita melihat semacam satu kecenderungan di kalangan setengah pelajar berlumba-lumba mengambil begitu banyak subjek dalam peperiksaan khususnya SPM.

Bermula dengan Amalina yang menggegarkan dunia pendidikan negara apabila berjaya meraih 17A1 dalam SPM 2004 dan yang paling terbaharu kejayaan paling cemerlang Nik NurMadihah anak nelayan miskin dari Kelantan merangkul 20A1 di ikuti pula dengan sanjungan dan pujian melangit serta tawaran yang menggunung, masyarakat mula membuat persepsi bahawa pelajar yang terbaik ialah mereka yang mampu mengumpul sebanyak-banyak A dalam peperiks…

Perpaduan

Gagasan kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Presiden Pas wajar diterima baik oleh semua pihak khususnya UMNO yang menunjangi Barisan Nasional (BN) dan juga PKR serta DAP yang membentuk Pakatan Rakyat(PR). Perbincangan tentang penubuhan kerajaan perpaduan ini terhenti seketika apabila ada kelompok dalam PAS, malah DAP dan PKR yang masih lagi tidak memahami maksud sebenar gagasan ini dan sekaligus menolak sebarang usaha untuk bersekongkol dengan BN.

Apa itu kerajaan perpaduan? Adakah gagasan kerajaan Perpaduan Hadi berbeza dengan kerajaan perpaduan yang pernah dilakukan di setengah-setengah negara seperti Britain, Amerika Syarikat, Israel dan lain-lain itu? Wikipidea mendefinisikan kerajaan perpaduan sebagai sebuah kerajaan yang biasanya dibentuk hasil dari gabungan beberapa buah parti utama ketika perang atau pun dalam menghadapi krisis. Saya melihat saranan Hadi juga bermotif yang sama iaitu untuk menyatukan pemerintahan negara di bawah satu panji iaitu kerajaan tanpa pembangkang b…

Rencah

Perjalanan berkereta dari Segamat ke Serting pagi ini pastinya membosankan kalau tidak disulami dengan bual bicara dan gurau ketawa. Tok Ya yang turut serta bersama isterinya selain isteri dan Haziq memecah kesunyian apabila setelah lima minit berlalu saya masih lagi senyap justeru tidak ada apa yang hendak dibualkan. Tok Ya menyuarakan rasa kesal dan terkilan di atas pemergian Pak Itam sebulan yang lalu. "Dia mungkin boleh diselamatkan kalau mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta".

Walau pun kematian Pak Itam sudah ditentukan Ilahi namun layanan dan rawatan yang diberikan oleh hospital kerajaan amat dikesalkan. Pak Itam dibiarkan berminggu-minggu terlantar di katil sebelum pembedahan dilakukan. Yang lebih mengecewakan lagi apabila kecuaian yang dilakukan semasa pembedahan sehingga berlakunya infeksi pada paru-paru. Ini fenomena biasa di hospital kerajaan. Tok Ya sempat menceritakan pengalamannya dirawat di dua hospital yang berbeza ini. Walaupun ribuan ringgit terpaks…

Siswi

Insiden siswi UiTM Shah Alam yang dikatakan dicabul dalam bilik mandi lewat tahun lalu menarik perhatian umum apabila siswi terbabit memfailkan samannya kepada UiTM baru-baru ini kerana didakwa cuai. Pengurusan UiTM dipersalahkan bukan sahaja kerana tidak mengambil langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya untuk mengelakkan kejadian itu daripada berlaku malah turut ditempelak kerana gagal memberikan penjelasan berhubung insiden tersebut. Tindakan menuding jari dengan meletakkan UiTM sebagai pihak yang bersalah dilihat amat tidak adil sama sekali.

UiTM tentunya mempunyai sebabnya sendiri untuk tidak mendedahkan insiden ini kepada umum- soal reputasi pastinya. Mencari jalan keluar dengan menghebahkannya serta mengambil tindakan mahkamah bukanlah tindakan yang yang bijak dalam menyuarakan rasa tidak puas hati. Ibarat menahan jerat di pergentingan, pihak-pihak yang berkepentingan akan sentiasa mengintai peluang untuk memburukkan UiTM sebuah institusi pengajian tinggi yang sinonim dengan …

Kepercayaan

Tahap kepercayaan orang ramai terhadap ahli politik selalunya begitu rendah. Malah dalam keadaan yang cukup ekstrim, cakap-cakap golongan ini langsung tidak boleh dipercayai sekurang-kurangnya pada persepsi ramai orang. Tanggapan negatif seperti cakap tak serupa bikin, ibarat menanam tebu di tepi bibir antara ungkapan yang sering dikaitkan dengan ahli politik. Tanggapan sebegini sukar untuk disangkal justeru dalam banyak keadaan memang begitulah sikap dan amalan yang dipamerkan oleh mereka kepada orang ramai. Bukan perkara luar biasa lagi bagi kebanyakan ahli politik menabur janji yang tidak pernah tertunai kepada pengikut-pengikut di bawahnya. Di kampung-kampung misalnya penduduk kampung dibiarkan hampa menunggu janji yang pernah ditabur ketika membujuk mereka untuk sebuah kemenangan pilihanraya, namun segalanya hancur lebur dan terus terkubur. Tidak hairanlah kalau sedemikian halnya, kajian-kajian yang pernah dibuat dinegara-negara seperti Amerika, Australia, Kanada dan New Zealand,…

Hindustan

Tidak dinafikan filem Hindustan begitu dekat dengan orang Melayu. Tanpa memahami sepatah pun daripada perkataan yang dituturkan oleh para pelakonnya, (kecuali dengan bantuan sarikata), kita tetap asyik untuk menonton cerita yang disajikan hingga ke penghujungnya. Begitu sekali kuatnya tarikan filem ini, sehingga kini penonton Melayu masih menggemarinya. Jalan cerita yang meleret-leret dan penyudah cerita yang sudah dijangka tidak pernah membuat kita jemu untuk terus meminati filem-filem yang sinonim dengan hero dan heroin yang tampan dan jelita, disulam pula dengan lagu-lagu merdu selain adegan pertarungan yang penuh aksi.

Saya mula terdedah dengan filem-filem dari Mumbai ini seawal usia 9 tahun ketika wayang pacak cukup popular dan satu-satunya hiburan paling murah yang ada waktu itu. Di era lewat 60an dan awal 70an negara dibanjiri oleh filem-filem dari India sehingga menenggelamkan filem-filem Melayu keluaran tempatan. Nama-nama seperti Shashi Kapoor, Rajendra Kumar, Saira Banu, B…

Jaringan

Berita ini disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini dalam ruangan Kampus.

SEGAMAT 1 JUN - Universiti Teknologi Mara (UiTM) Johor dekat sini mengambil langkah proaktif membina jaringan yang lebih terbuka dan dinamik dengan sekolah-sekolah di daerah ini di bawah satu sistem pendidikan yang sama.

Timbalan Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri (BPJI) UiTM Johor, Puan Azizah Aris berkata pihaknya sedang berusaha mendapatkan maklumbalas daripada pihak pengurusan sekolah mengenai pengemblengan usahayang boleh dilaksanakan oleh UiTM dan sekolah-sekolah.

Menurutnya BPJI yang baru diwujudkan itu adalah langkah untuk memperkasakan lagi penyelidikan, perundingan dan membina jaringan dengan pihak luar termasuk kerajaan negeri, industri dan masyarakat setempat.

"Kami melihat bidang pendidikan sebagai satu sasaran yang boleh diluaskan peranannya dalam pembangunan masyarakat, khususnya yang berkait rapat dengan perundingan" katanya ketika berucap dalam majlis taklimat pengurusan …

Berita

Tiga minggu yang lalu saya ada menyuarakan pandangan bercampur kekecewaan dan kehairanan betapa Segamat kurang malah tidak langsung mendapat perhatian media khususnya media cetak dalam laporan berita akhbar perdana seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian. Berbanding dengan daerah-daerah lain seperti Kota Tinggi, Batu Pahat, Muar, Pontian dan Mersing, Segamat semacam dipinggirkan dan sekali gus mencerminkan tidak ada sebarang peristiwa penting atau kejadian yang berlaku di daerah ini yang boleh dilaporkan dan seterusnya disiarkan di dada akhbar untuk tatapan pembaca. Ketika Encik Manja Mat Dom giat menulis dahulu hampir saban hari berita dari Segamat dipaparkan di dada akhbar Utusan Malaysia, begitu juga halnya dengan peranan yang dimainkan oleh Encik Paiman (Allahyarham) untuk meletakkan Segamat sebaris dengan daerah-daerah lain lewat Metro dan Berita Harian. Namun kini Segamat seolah-olah tidak wujud di persada Johor. Saya melihat keadaan ini tidak sewajarnya di biarkan terus-te…

Pendatang

SEGAMAT 1 Jun - Rasa marah dan sedih diluahkan oleh beberapa orang penduduk di sekitar Segamat khususnya di Kampung Jawa yang kecewa dengan gelagat yang ditimbulkan sesetengah pekerja asing di negara ini, terutama dari Vietnam dan Nepal yang menjadikan haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing sebagai makanan mereka.

Pekerja ini menjadikan haiwan peliharaan sebagai sumber makanan, yang sudah tentu bertentangan dengan budaya penduduk negara ini, yang tidak memakan haiwan berkenaan. Mungkin atas faktor bahasa, pekerja asing dari Vietnam dan Nepal ini jarang menimbulkan kontroversi dengan rakyat tempatan, namun perilaku dan tabiat buruk mereka yang tidak menghormati budaya dan sensitiviti penduduk negara ini amatlah mengecewakan.

Tindakan pekerja dari Vietnam dan Nepal yang membunuh dan melapah haiwan ini untuk dijadikan sumber makanan adalah perbuatan kejam.

Beberapa orang penduduk yang menghuni di kawasan perumahan mendakwa kebanyakan pendatang Vietnam dan Nepal ini bekerja di sekita…