Skip to main content

Maya


E-pembelajaran pada masa ini merupakan satu medium pembelajaran secara media elektronik yang berkembang pantas dalam bidang ilmu pengetahuan. Pembelajaran secara elektronik atau atas talian ini telah banyak digunakan oleh instititusi pengajian tinggi dalam dan luar negara bagi mempermudah dan mempertingkatkan keberkesanan proses Pengajaran dan Pembelajaran. UiTM tidak ketinggalan bersaing bersama universiti-universiti yang lain untuk memperkasakan kaedah pembelajaran ini.

Falsafah e-pembelajaran UiTM cukup cantik- kepercayaan bahawa teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) berupaya meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Ia dimurnikan lagi dengan objektifnya dalam memenuhi lima aspirasi "e" iaitu efisien, efektif, ekonomik, emosi dan espirit de corp.

Hari ini dan dua hari yang berikutnya para pensyarah diberikan latihan secara "hands-on" untuk memantapkan kemahiran pembelajaran bentuk baru ini. Setelah bertahun-tahun selesa dengan kaedah pembelajaran konvensional, tentunya tidak mudah untuk beralih ke sesuatu yang baru. Justeru itu, setelah beberapa tahun i-learn ( portal pembelajaran eletronik) diperkenalkan, penerimaan dan penggunaan di kalangan warga pelajar dan pensyarah begitu minimal.

Mahu tidak mahu, cepat atau lambat, kita perlu menerima hakikat bahawa mod "blended learning" bakal mendominasi kaedah sedia ada. Pensyarah dan pelajar selain daripada mendapat kemudahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran secara maya seperti pengurusan poftfolio kursus, pentadbiran kursus atas talian, e-forum, e-pentaksiran, e-tugasan, e-jadual dan e-nota akan juga masih boleh terus melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka seperti makmal dan tutorial mengikut jadual yang ditetapkan.

Kaedah yang menggabungkan pembelajaran konvensional dan juga maya ini sebenarnya banyak kelebihannya. Melalui kaedah pembelajaran maya, pelajar-pelajar mempunyai sikap membudayakan pembelajaran sepanjang hayat iaitu, lebih bertanggungjawab dengan pembelajaran secara kendiri (self-learning).

Para pelajar tidak hanya bergantung kepada pensyarah untuk mendapatkan ilmu pengetahuan malah perlu lebih bermotivasi dan mempunyai inisiatif untuk memajukan diri, serta dapat belajar mengikut tahap kemampuan masing-masing (self-paced learning) di samping dapat menguji tahap pemahaman dengan mengambil ujian-ujian topikal atau kertas peperiksaan lepas secara atas talian.

Dengan menggunakan kaedah pembelajaran maya, pensyarah-pensyarah pula mempunyai lebih masa untuk memurnikan kandungan kursus, menyediakan dan menilai bahan pentaksiran kursus seperti kuiz dan tugasan dengan mudah dan tersusun, mentadbir e-forum untuk menggalakkan pembelajaran kolaboratif, serta menyediakan dan menyebarkan bahan rujukan tambahan terkini dengan mudah.

Sekurang-kurangnya pelajar yang kurang rajin hadir kelas sudah ada pilihan!

Pena Tumpul - Dapat anugerah "The Most Dynamic Lecturer" e-learning 2008

Comments

Popular posts from this blog

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w...

Cukur jambul

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama." (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi) Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin. Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan ...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...