Skip to main content

Kepercayaan

Tahap kepercayaan orang ramai terhadap ahli politik selalunya begitu rendah. Malah dalam keadaan yang cukup ekstrim, cakap-cakap golongan ini langsung tidak boleh dipercayai sekurang-kurangnya pada persepsi ramai orang. Tanggapan negatif seperti cakap tak serupa bikin, ibarat menanam tebu di tepi bibir antara ungkapan yang sering dikaitkan dengan ahli politik. Tanggapan sebegini sukar untuk disangkal justeru dalam banyak keadaan memang begitulah sikap dan amalan yang dipamerkan oleh mereka kepada orang ramai. Bukan perkara luar biasa lagi bagi kebanyakan ahli politik menabur janji yang tidak pernah tertunai kepada pengikut-pengikut di bawahnya. Di kampung-kampung misalnya penduduk kampung dibiarkan hampa menunggu janji yang pernah ditabur ketika membujuk mereka untuk sebuah kemenangan pilihanraya, namun segalanya hancur lebur dan terus terkubur. Tidak hairanlah kalau sedemikian halnya, kajian-kajian yang pernah dibuat dinegara-negara seperti Amerika, Australia, Kanada dan New Zealand, ahli politik tersenarai antara kumpulan yang paling tidak dipercayai berbanding dengan profesion lain seperti doktor, guru dan profesor. Kajian di negara ini tidak berapa lama dahulu juga menyaksikan para menteri, tokoh perniagaan dan ahli politik tergolong dalam kumpulan yang paling tidak dipercayai.Melihat kepada senario politik yang agak gawat sejak akhir-akhir ini yang dipamerkan oleh pelaku-pelaku politik, kesahihan dapatan dari kajian itu ternyata ada asasnya. Rakyat semakin hilang kepercayaan kepada ahli politik yang walau pun tidak membabitkan semuanya namun kecelaruan dan segala bentuk kegelisahan yang dicetuskan oleh golongan ini bisa sahaja menghakis terus kepercayaan itu. Ada benarnya juga apabila Herman Kahn berkata, "politics is a low morale profession". Malah kata-kata Robin Williams barangkali ada benarnya juga bahawa "ahli politik ini ibarat kain lampin yang perlu kerap ditukar" kalau tidak bau hancing dan busuknya bakal meranap terus hasrat orang ramai untuk mempercayainya apatah lagi mendekatinya!

Pena Tumpul - Bukan politik itu yang kotor tetapi pelakunya

Comments

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w