Saturday, June 27, 2009

Hasil

"Ayah jangan lupa datang pagi ini"

P
embelajaran di dalam kelas melibatkan proses dan hasil. Proses pembelajaran yang dilalui oleh anak-anak di sekolah adalah di luar pengetahuan ibu bapa. Kita tidak pernah tahu adakah anak-anak yang kita "lepaskan" selama lebih kurang 7 jam selama lima hari seminggu itu sebenarnya komited secara serius dalam proses pembelajaran yang dilaluinya dalam kelas. Sama ada anak memberi tumpuan, atau bermainkah dia dalam kelas, atau merupakan pelajar yang paling bising diluar jangkauan pengetahuan kita.

Sistem pendidikan kita tidak mengizinkan ibu bapa melihat proses ini berlaku di dalam kelas. Di negara-negara maju seperti Amerika dan Kanada misalnya, ibu bapa diberi peluang malah dialu-alukan untuk sama-sama menyumbang dalam proses ini. Ibu bapa yang memiliki kemahiran dalam subjek tertentu diberi peluang untuk menyalurkan kemahiran mereka kepada anak-anak.

Hasil yang diperolehi berkait rapat dengan proses yang dilalui. Bahawa salah satu resipi kejayaan dalam peperiksaan ialah tumpuan dan pemahaman yang jitu dalam kelas tidak ada sesiapa yang dapat menyangkalnya. Selebihnya proses pembelajaran di rumah yang membabitkan ulangkaji, bimbingan ibu bapa dan juga sedikit-sedikit ditampung oleh kelas tambahan seperti tuisyen yang sebenarnya tidak perlu pun.

Hari terbuka SMK Gemereh hari ini memberi peluang kepada saya dan ibubapa prihatin melihat hasil daripada proses yang ditempuhi anak dalam kelas. Sempat juga saya membujuk guru kelas menelanjangkan gelagat Haziq dalam kelas.Saya lebih berminat untuk mengetahui proses yang dilaluinya dalam kelas. Perbualan selama sepuluh minit menemukan saya Haziq yang kuat bercakap dalam kelas, selain kurang memberi tumpuan. Selebihnya saya diberi jaminan yang Haziq ada pontensi untuk bergaya cemerlang! Peningkatan Haziq secara konsisten meyakinkan saya dengan kebolehannya dan berharap dia tidak mengecewakan harapan menggunung kedua ibubapanya.

Saya juga pernah memberi peluang kepada pelajar membuat pilihan. Proses atau hasil. Kalau mereka rasa tidak perlu kepada proses, tidak usahlah datang ke kelas. Mereka boleh memikirkan dan merencanakan proses mereka sendiri untuk hasil yang mereka sendiri tentukan. Sekiranya, mereka fikir proses pembelajaran itu penting, kehadiran mereka ke kelas lebih bermakna daripada datang separuh hati. Rata-rata ingin melalui proses dan amat sedikit yang bertindak sebaliknya. Di peringkat universiti, tiada paksaan tentunya. Mereka sudah cukup matang untuk membuat pilihan yang terbaik untuk masa depan mereka.

Pena Tumpul - Pernah tandatangan sendiri buku laporan kerana takut ayah marah

1 comment:

kamarularifin said...

alhamdulillah...tentu saudara suami/isteri berjaya mendidik anak saudara dengan baik dan cemerlang...boleh tak di kongsi disini bagaimana mendidik anak manjadi cemerlang dalam pelajaran...

Sambilan

S etelah dua hari bekerja, Haziq mengadu penat. Dia memang ada sebab untuk penat kerana sepanjang bekerja dia memang tidak ada peluang u...