Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2009

Kain

Saya menonton Liga Ilmu lewat Astro Oasis dan cukup tertarik dengan program bual bicara yang amat santai ini. Sayangnya saya singgah di saluran ini ketika program selama sejam yang di rakamkan di Jemapoh ini sudah berada di pertengahan jalan. Tidak keterlaluan kalau saya katakan tidak rugi melayan Liga Ilmu. Topik perbincangannya menarik dan semasa. Empat panelis berbicara tentang jaga tepi kain orang. Perlu atau tidaknya. Kalau sampai perlu jaga tepi kain orang bagaimana pendekatannya agar yang ditegur tidak tercalar hatinya dan terkoyak perasaannya. Menjaga tepi kain orang rasanya tidak salah asalkan jangan sampai menjaga dalam kain orang.

Tuntutan menjaga tepi kain orang dilihat mendesak apabila dilihat dalam konteks amar maaruf nahi munkar. Ini bertepatan dengan firman Allah:Dan hendaklah (sebahagian) kamu menyeru (berdakwah) kepada kebajikan dan menyuruh yang ma’ruf serta melarang daripada yang mungkar. Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. [Ali Imran…

E-Class

Ustaz Mohd Nizam Abdul Kadir berseloroh apabila berbicara tentang ikhlas dalam AlKuliyyah di TV3.Katanya amalan yang dilakukan perlu ikhlas bukan e-class.Ia terbit dari persoalan tentang keikhlasan dalam berkorban. Amalan berkorban pastinya sah sekiranya menepati tuntutan yang digariskan oleh Islam. Namun keraguan timbul sama ada ibadat korban yang dilaksanakan itu maqbul dan di terima oleh Allah.

Dalam hubungan ini Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: "Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas berdasarkan takwa daripada kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjuk-Nya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya." (Surah al-Hajj ayat 37)

Sukarnya hendak mengukur keikhlasan amalan yang dilakukan. Sering kita mendengar…

Dramaton

Saya menonton empat buah drama tempatan menerusi tv yang cukup mengesankan.Semuanya berkisar tentang falsafah pengorbanan sesuai dengan sambutan Hari raya Qurban. Saya selalu percaya, drama adalah medium terbaik dalam mendidik penonton.Sebab itu saya selalu tertarik dengan drama tv namun masih selektif. Ia jauh lebih berkesan daripada kapsul ceramah atau "talkshow". Saya sendiri amat berkira dalam memilih program ceramah yang hendak ditonton. Bagi rancangan agama misalnya, ketokohan penceramah di samping "daya penarik" tersendiri menjadi asas untuk rasa tersangkut. Perkara-perkara yang berkaitan dengan soal agama akan menjadi lebih menarik kalau dikupas dan disokong dengan ayat-ayat AlQuran dan petikan hadis Nabi selain kisah-kisah teladan yang terpacul lancar dari mulut penceramah. Tanpa kelebihan ini, program begini akan hambar dan gagal meraih minat penonton. Sekadar menyebut beberapa nama, Ustaz Zahazan Mohamed, Ustaz Mohd Zawawi Jusoh, Ustaz Jamil Khir, Ustaz…

Isteri

Ustaz Zamri Zainuldin dalam Tanyalah Ustaz diTV9 pagi ini menyingkap kisah Nabi Ibrahim yang mengunjungi anaknya Ismail selepas kemangkatan isterinya Siti Hajar. Cerita yang sangat menarik dan wajar dijadikan iktibar. Ketika sampai, Ismail tiada di rumah lalu tanpa dikenali oleh isteri Ismail, Ibrahim bertanyakan kepada menantunya mengenai kehidupan mereka. Lalu si isteri mengadu bermacam-macam kesusahan dan kesempitan hidup mereka.

Lalu ketika bertemu dengan Nabi Ismail, Nabi Ibrahim berpesan supaya anaknya itu menukar ambang pintu rumahnya itu. Ismail yang mengerti maksud bapanya itu lalu menceraikan isterinya dan berkahwin lain dengan puteri Ketua Kabilah Jurhum, Mudah bin Amru.

Pada ketika yang lain, Ibrahim yang datang semula lalu bertanya kepada menantu yang baru mengenai kehidupan mereka semasa ketiadaan Nabi Ismail. Lalu si menantu memuji Allah atas apa yang mereka miliki. Nabi Ibrahim begitu berpuas hati dan meminta Ismail supaya tidak perlu menukar ambang pintu rumahnya itu.

Is…

Didikan

Allah berfirman :-"Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya. "[Al-Thuur 52:21]

Ustaz Zahazan didengari lagi bicaranya dalam mentafsir dan mengupas surah-surah dari AlQuran lewat radio FM IKIM. Pagi ini Ustaz menghurai panjang lebar dengan pendekatan yang cukup menarik Surah Al-Thuur ayat yang dipaparkan di atas. Kata Ustaz, salah satu dari rahmat Allah keatas makhluknya ialah, jika anaknya beriman maka dia akan menyertai bapanya di Syurga yang sama taraf walaupun mereka sendiri tidak mencapai tahap tersebut, agar bapa mendapat kegembiraan bertemu dengan anak-anak mereka.

Jika seorang suami dan atau seorang bapa menginginkan anggota keluarganya menjadi soleh dan solehah, dialah yang perlu dulu menjadi s…

Oasis

Oasis dikenali sebagai salah satu saluran ASTRO yang banyak menyajikan program yang mengupas dan membincangkan isu-isu semasa berkaitan agama Islam.Kehadiran saluran ini dilihat dapat mengisi lompang kosong pelbagai saluran yang ada yang lebih berorientasikan hiburan. Saluran gaya hidup famili yang memenuhi citarasa penonton pelbagai peringkat usia ini semakin mendapat tempat dihati penonton. Alrayyan, Kalam Suci, Bahtera Perubahan, Liga Ilmu adalah antara program yang popular.Saluran yang dilancarkan pada 13 Oktober 2007 di Saluran 106 dengan slogan "Inspirasi Sanubari"menjadi platform untuk masyarakat Melayu memperolehi input yang membawa kepada kebaikan dan kedamaian selain menjadi sumber informasi tentang kehidupan umat Islam di seluruh dunia.Menurut pengurus saluran Astro Oasis, Tuan Hj Izelan Basar berkata, “Kami ingin terus menunaikan tanggungjawab kami sebagai pelopor saluran gaya hidup famili dengan menyampaikan program-program yang dapat mendidik para penonton da…

Singkat

Nabi bersabda yang bermaksud; "Hari Kiamat tidak akan datang sebelum waktu menyusut. Satu tahun terasa seperti sebulan, satu bulan terasa seperti satu minggu, satu minggu terasa seperti sehari, dan sehari terasa seperti satu jam dan satu jam terasa seperti kilatan api"
Hadis sahih, Musnad Ahmad

Hadis ini dipaparkan dalam buku Kiamat Mendekat terjemahan karya Syekh Muhammad Hisyam Kabbani dari versi asal The Approach of Amargeddon. Saya sedang membaca buku yang memberi kupasan panjang lebar tentang tanda-tanda akhir zaman ini.

Nabi saw. mengatakan dalam hadis ini bahwa waktu akan terus menyusut sedemikian rupa sehingga waktu menjadi seperti kilatan api, yang berlangsung begitu pantas. Dengan teknologi satelit, hal yang dulu dikerjakan dalam waktu setahun, kini bisa selesai seketika dengan menggunakan telefon. Kita dapat membawa telefon bimbit dan berbicara dengan orang di segenap pelusuk dunia. Kita bisa berkomunikasi dengan siapa pun dan dimana pun tidak hanya melalui telefon, …

Golf

Seorang kawan mengajak saya berjinak-jinak dengan golf. Dia yang baru sahaja mengenali permainan elit ini bercerita seronoknya bermain golf. Saya tidak cukup teruja pun untuk berkecimpung dalam sukan yang agakl mahal ini. Saya katakan padanya golf tidak sesuai untuk saya. Saya tidak akan berminat sampai bila-bila pun. Sementara dia begitu bersemangat memujuk saya dengan golf, saya pula sajikan kepadanya cerita yang agak menarik yang ada kaitan dengan golf.

Kisahnya, Mantoba, akibat terlalu suka menggunakan alasan main golf bersama rakan seperniagaannya untuk menipu isteri, dia telah menjadi alpa dan leka. Pada satu hari yang malang, Mantoba seperti biasa telah menggunakan alasan main golf pada malam harinya sebagai alasan paling selamat untuk berhore-hore dan berdangdut di sebuah kelab dangdut eksklusif.Tanpa di sedari, pada malam ketika dia sedang nyenyak tidur, isterinya yang bijaksana telah memasukkan sebatang penyapu ke dalam beg golf suaminya. Keesokan paginya, dengan penuh yakin …

Mesra

Mantoba sedang dalam perjalanannya kembali ke Kuala Lumpur dengan menaiki keretapi Senandung Malam. Antara penumpang yang ramai ada seorang tua yang duduk di sebelahya. Setelah lama berdiam diri, sambil menguap Mantoba bertanya kepada orang tua tersebut, " Pakcik, pukul berapa sekarang?"

Satu pertanyaan yang biasa, yang kadangkala kita tujukan kepada sesiapa pun dan biasanya kita akan mendapat jawaban. Namun kali ini sungguh diluar dugaan, orang tua tadi berdiam diri sahaja. Mungkin orang tua ini kurang pendengaran, Mantoba berkata dalam hati. Dia mengulanginya sebanyak 3 kali. Namun orang tua itu tetap berdiam diri tanpa sebarang riak dari wajahnya.

Mantoba mencuit orang tua tersebut dan berkata, "Saya hairan mengapa pakcik tidak menjawab pertanyaan saya? Salahkah saya bertanya?

Orang tua itu menoleh sambil berkata, "Bukannya saya tidak mahu menjawab ,tapi nanti kalau saya jawab, kita pasti akan bersoal jawab mengenai soal ini dan itu, dan akhirnya kita akan bertamb…

Benar

Yang Benar Tetap Benar

Yang benar tetap benar
berkata benarlah walaupun sukar
kerna pada yang benar adanya sinar
yang benar tidak boleh diganti tukar
sekalipun cuba disangkar oleh yang makar
kerna yang benar itu benar
sekalipun ada yang bersikap hambar

Hantarlah bicara yang benar
agar mengalir ke setiap alor dan datar
ke hutan belukar dan paya terbiar
ke desa yang pudar dan bandar yang besar

Nyatakan yang benar
di daerah yang hambar dan kota makar
di akhbar tersiar juga tv radio terpancar
untuk simiskin yang terlantar
dan sikaya yang tersandar

Cakaplah yang benar, walaupun tidak dibenar
sekalipun disanggah tegah disambar kasar
kerna Tuhanmu adalah
Tuhan Yang Maha Benar
Rasulmu ialah obor sabar
cahaya sinar buat yang benar
Maka yang benar itu tetap benar

Dr Mohd Asri Zainal Abidin

Puisi ini dideklamasikan begitu menarik oleh penulisnya sendiri di penghujung rancangan Bahtera Perubahan lewat Oasis tengahari ini. Saya sudah lama menyedari kehadiran program ini di ruang udara namun tidak pula cukup tertarik untuk…

Haji

"(Musim) haji adalah beberapa bulan yang dimaklumi, barangsiapa yang menetapkan niatnya dalam bulan itu akan mengerjakan haji, maka tidak boleh rafats, berbuat fasik dan berbantah-bantahan di dalam masa mengerjakan haji. Dan apa yang kamu kerjakan berupa kebaikan, niscaya Allah mengetahuinya. Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa dan bertakwalah kepada-Ku hai orang-orang yang berakal." (Albaqarah:197)

Ustaz Zahazan berbicara tentang ibadat Haji dan membacakan ayat ini dan mendasari kupasannya dalam Tanyalah Ustaz lewat TV9 pagi ini. Berpandukan Tafsir Ibnu Kasir, Ustaz yang secara peribadinnya amat saya kagumi menghuraikan agak panjang lebar tentang ayat ini.

Al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Umar, "Bulan-bulan yang dimaklumi itu adalah bulan Syawal, Dzulqa'idah, dan sepuluh hari pada bulan haji." Hal inilah yang dikaitkan oleh al-Bukhari dengan bentuk kepastian. Hadits yang senada dengan itu diriwayatkan pula oleh Jarir yang sampai kepada …

Bersin

Berita seorang budak perempuan berusia 12 tahun dari Amerika Syarikat yang bersin 12 ribu kali sehari menangkap perhatian Haziq. Dia berkongsi cerita yang dibacanya itu dengan saya. Memang luar biasa. Saya tidak pernah melepaskan peluang untuk mentarbiahnya walaupun isu yang sekecil ini. Keanehan ini menggambarkan kebesaran Allah yang boleh melakukan apa sahaja keatas hamba ciptaannya. Allah ternyata cukup Penyayang bila budak ini diberi peluang untuk tidor dan tidak bersin.

Islam sendiri menganjurkan adab ketika bersin. Ada kalanya ketika bersin, ada kalangan kita yang tidak mengucapkan “Alhamdullillah” mungkin lupa atau tidak mengetahui keutamaannya. Tidak kurang yang lebih selesa mengungkapkan "Excuse me".Saya dan Haziq tidak terkecuali.Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda yang maksudnya :

“Ketika salah seorang di antara kamu bersin maka hendaklah dia berkata : AlhamduliLLah “Segala puji bagi Allah” Dan hendaklah saudaranya atau temannya mendoakannya: Yarhamuka…

Eggs

I received an email warning people of a new method of hijacking. I haven't heard of it before but, I do think it is worth warning everyone, because it could very well be true.

According to the email, this is a new technique used by robbers in Johor Baharu. The hijackers threw eggs at the vehicles windscreen in hope that the driver would slow down and put his wipers on to clear his screen.It is said, that the wipers actually make the egg stain worse, blocking vision up to 92.5%. Because, the driver now can't see a thing, the only option is to stop on the side of the road and wipe it off yourself. This, of course, is exactly what the hijackers want, and gives them the perfect opportunity to hijack a poor driver.

The email warns drivers to just keep going if an egg is thrown on your windscreen. Obviously, the best thing to do then, is to stop at the nearest petrol station. As I said before, who knows if this is actually true. But, its worth being aware. Hijackers are not using conv…

Mengenang

Diriwayatkan oleh Imam At Thabrani, bahwa Rasulullah bersabda: “Pelajarilah ilmu, pelajarilah ilmu dengan ketenangan dan sikap hormat serta tawadhu’lah kepada orang yang mengajarimu”Ilmu boleh diperolehi secara sempurna bila diiringi sifat tawadhu’ murid terhadap gurunya.

Keredaan guru terhadap murid akan membantu proses penyerapan ilmu. Lihatlah bagaimana rasa hormat Imam Abu Hanifah kepada guru beliau. “Aku tidak pernah solat setelah guruku Hammad wafat, kecuali aku memintakan ampun untuknya dan untuk orang tuaku”.Dan amalan ini dilakukan pula oleh Abu Yusuf, murid Abu Hanifah. Dia selalu mendoakan Abu Hanifah sebelum mendoakan kedua orang tuanya sendiri. Penghormatan Imam As Syaf’i kepada guru beliau Imam Malik, juga elok diambil 'iktibar. Di hadapan Malik aku membuka lembaran-lembaran dengan sangat hati-hati, agar jatuhnya lembaran kertas itu tidak terdengar.

Pagi ini saya dikunjungi beberapa orang pelajar. Ia satu kunjungan yang saya rasa amat istimewa. Santai namun signifikan…

Mukjizat

“Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur daripada AlQuran ayat-ayat suci yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan (sebaliknya) AlQuran tidak menambahkan apa-apa kepada orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian semata-mata” (Surah Al Isra’:82)

Ustaz Zahazan pagi tadi lewat radio IKIM membaca ayat tersebut untuk menjelaskan bahawa AlQuran adalah penawar yang boleh menyembuhkan penyakit rohani dan jasmani. Kata Ustaz, penyakit boleh dibahagikan kepada dua-penyakit iktikad yang batil dan sesat serta penyakit akhlak yang buruk. Iktikad yang batil dan sesat merujuk kepada pegangan salah terhadap masalah ketuhanan, kenabian atau sehubungannya.Menurutnya AlQuran lengkap dengan peraturan bagi jalan hidup yang benar, selaras kehendak Allah dan nabinya serta qada dan qadar Allah. Rohani yang rosak boleh diubati dengan AlQuran. Sebaliknya AlQuran tidak menjadi ubat bagi orang yang ingkar dan zalim. Ini bertepatan dengan sabda nabi yang bermaksud “…

Subsidi

Tok Usu menyuarakan rasa tidak senangnya melihat golongan yang muda lagi perkasa secara wewenangnya mendapat bantuan rumah percuma melalui skim PPRT. Ketika bersua dengannya hari ini, Tok Usu yang terkenal di kalangan semua orang kampung sebagai "kaki bangkang" cukup tidak bersetuju kerajaan memanjakan sangat mereka yang masih cukup bertenaga ini. "Semuanya nak sampai ke lutut", kata Tok Usu. Saya dapat mengagak Tok Usu yang sudah penuh uban di kepala ini agak berang kerana tidak mendapat bantuan begitu lebih-lebih lagi dirinya yang tinggal sendirian. Keadaan menjadi lain kalau Tok Usu juga dapat rumah percuma itu. Saya harap kemarahan Tok Usu reda bila saya kata itu memang sudah rezekinya dan Tok Usu kena terima. Bantuan beras percuma juga turut tidak disenangi Tok Usu. Marah betul Tok Usu bila katanya,"Kalau beras pun nak harapkan bantuan orang, lebih baiklah tak payah hidup, buat malu aja!" Saya menyarankan kepadanya, "Kalau Tok Usu hendak beras p…

Telekerja

Dengan kaedah pembelajaran eletronik (e-learning), tidak mustahil untuk seorang pensyarah mengurangkan kekerapannya ke tempat kerja, berdepan dengan pelajar menyampaikan bahan kuliah. Selebihnya beliau mungkin terlibat dengan kerja-kerja penyelidikan ataupun perundingan dengan pihak industri di luar. Namun pergerakan dan mutu kerjanya masih boleh dipantau dan tidak menjejaskan prestasi organisasi secara keseluruhannya. Begitu juga seorang jurutaip yang masih lagi berupaya membereskan kerja-kerja pejabatnya tanpa masalah dan dalam masa yang sama melakukan kerja-kerja rumah dan mengasuh anak-anak dan tidak perlu bergantung kepada seorang pembantu rumah lagi. Kedua-dua senario ini dapat direalisasikan dengan telekerja.

Budaya telekerja masih lagi asing di negara ini. Namun mulai tahun depan telekerja bakal menjadi kenyataan di sektor awam apabila 35 pelukis pelan JKR bakal menjadi perintisnya. Idea ini pernah disuarakan oleh Menteri Sumber Manusia penghujung tahun lalu yang dikatakan baka…

Tamparan

Kedai runcit di kampung cuma dikunjungi pembeli untuk melepas sesak sahaja. Kewujudannya tidak lebih hanya sekadar memenuhi keperluan mereka yang secara tiba-tiba kehabisan gula, asam dan garam. Di luar daripada keperluan itu, kedai runcit secara umumnya tidak dilihat penting pun sebagai tempat berbelanja keperluan harian khususnya barangan dapor kepada ramai orang. Akhirnya kedai runcit wujud bagaikan hidup segan mati tak mahu. Malah dalam keadaan yang lebih ekstrim berkesudahan ditutup terus. Begitulah senario yang mewarnai hampir kebanyakan kedai runcit khususnya milik orang Melayu.
Perubahan yang pesat berlaku sekarang sebenarnya memberi impak yang bukan sedikit kepada hidup mati dan maju mundurnya sesebuah kedai runcit. Sebuah kedai runcit yang tipikal sebenarnya sedikit demi sedikit sudah pupus ditelan arus permodenan. Pemandangan sebuah kedai runcit yang suram dan berhabuk dengan sebuah kipas siling lama yang dimiliki seorang berusia lebih separuh abad atau seorang apek tua bers…

Kecil

Ia amat kecil saiznya. Malah lebih kecil daripada sebatang skru biasa secara perbandingannya. Namun kegagalan saya untuk menghidupkan sebuah mesin rumput berpunca dari benda yang kecil ini. Petang lalu hasrat saya untuk membersihkan laman yang sudah dicemari rumput dan lalang yang semakin panjang tidak tertunai. Begitulah, sesuatu yang nampak kecil dan dianggap kecil sebenarnya berimpak besar. Pagi ini, hanya kerana kesilapan yang cukup kecil perjalanan peperiksaan gagal mencapai sifar kecacatan.

Dalam kehidupan seorang saya, dalam banyak keadaan perkara-perkara yang kecil dilepas dan terlepas pandang. Yang kecil-kecil dipandang bina tak bina dan endah tak endah berbanding dengan yang besar-besar selalunya diberikan perhatian secara berlebih-lebihan. Sebatang paku kecil di atas jalan boleh menyebabkan berpuluh kemalangan, duri-duri di jalanan, jika tidak dibuang, akan menyebabkan ada yang terluka.Tidak cukup sepuluh sen di dalam tangan hasrat untuk membeli barangan mungkin terpaksa dit…

Satu

Saya sering memikirkan alangkah baiknya kalau saya dapat memahami dan berkebolehan untuk bertutur dalam bahasa selain bahasa ibunda dan Bahasa Inggeris. Saya berharap saya boleh memahami Bahasa Mandarin sekurang-kurangnya untuk satu tujuan ini. Saya tidak mahu ditipu apabila berurusan dengan pemunya bahasa ini. Saya sering beranggapan apabila kita membeli sesuatu barangan dari mereka, kemungkinan untuk kita ditipu dari segi harga sentiasa ada. Kalaulah saya tahu apa yang mereka cakap sesama mereka, bukankah baik! Saya tiidak memiliki kebolehan itu.

Prasangka kaum tidak dapat dielakkan walaupun kita sudah hidup bersama sekian lama. Sistem pendidikan yang berteraskan kaum yang dicerna sekian lama dilihat sebagai penyumbang utama kepada jalinan kaum yang tidak tulin ini dan saya adalah antara jutaan rakyat Malaysia yang lahir dari sistem ini. Justeru, cadangan yang disuarakan oleh tokoh akademik dan sejarah Prof Khoo Kay Kim supaya diwujudkan sekolah satu aliran dilihat amat sesuai dan ke…