Skip to main content

Subsidi


Tok Usu menyuarakan rasa tidak senangnya melihat golongan yang muda lagi perkasa secara wewenangnya mendapat bantuan rumah percuma melalui skim PPRT. Ketika bersua dengannya hari ini, Tok Usu yang terkenal di kalangan semua orang kampung sebagai "kaki bangkang" cukup tidak bersetuju kerajaan memanjakan sangat mereka yang masih cukup bertenaga ini. "Semuanya nak sampai ke lutut", kata Tok Usu. Saya dapat mengagak Tok Usu yang sudah penuh uban di kepala ini agak berang kerana tidak mendapat bantuan begitu lebih-lebih lagi dirinya yang tinggal sendirian. Keadaan menjadi lain kalau Tok Usu juga dapat rumah percuma itu. Saya harap kemarahan Tok Usu reda bila saya kata itu memang sudah rezekinya dan Tok Usu kena terima. Bantuan beras percuma juga turut tidak disenangi Tok Usu. Marah betul Tok Usu bila katanya,"Kalau beras pun nak harapkan bantuan orang, lebih baiklah tak payah hidup, buat malu aja!" Saya menyarankan kepadanya, "Kalau Tok Usu hendak beras percuma tu, atok usu kena mohonlah, mungkin boleh dapat juga!" Namun Tok Usu enggan.

Kadang-kadang apa yang Tok Usu rungutkan itu ada kebenarannya juga. Pemberian percuma begitu hanya akan melahirkan golongan masyarakat yang malas dan tidak boleh berdikari. Kalangan orang kita tidak cukup bijak dalam meletakkan prioriti keperluan dalam hidup. Ironinya ketika mereka dilihat tidak mampu untuk membeli sekampit beras, namun mereka berupaya pula mencacakkan penerima astro di atap rumah.Inilah yang buat Tok Usu makin bertambah berangnya.

Pena Tumpul - Tok Usu nak kahwin lagi tapi tidak ada calon, sian!

Comments

Orang kita, bangsa kita dan seagama dengan kita. Tak ditolong salah dah dibantu belajar-belajarlah berubah supaya dia pulak dapat tolong orang lain yg lagi susah.

Pesan AS-SYAHID IMAM HASAN AL-BANA:
"Janganlah berputus asa kerana ia bukan akhlak kaum muslimin. Hakikat hari ini ialah impian hari kelmarin dan impian hari ini ialah kenyataan hari esok. Kesempatan masih luas dan unsus-unsur kebaikan masih kuat dan besar dalam jiwa kalian yang Mukmin, meskipun tertutup oleh pelbagai fenomena kerosakan. Yang lemah tidak selamanya lemah, dan yang kuat tidak selamanya menjadi kuat."

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w