Skip to main content

Bersin


Berita seorang budak perempuan berusia 12 tahun dari Amerika Syarikat yang bersin 12 ribu kali sehari menangkap perhatian Haziq. Dia berkongsi cerita yang dibacanya itu dengan saya. Memang luar biasa. Saya tidak pernah melepaskan peluang untuk mentarbiahnya walaupun isu yang sekecil ini. Keanehan ini menggambarkan kebesaran Allah yang boleh melakukan apa sahaja keatas hamba ciptaannya. Allah ternyata cukup Penyayang bila budak ini diberi peluang untuk tidor dan tidak bersin.

Islam sendiri menganjurkan adab ketika bersin. Ada kalanya ketika bersin, ada kalangan kita yang tidak mengucapkan “Alhamdullillah” mungkin lupa atau tidak mengetahui keutamaannya. Tidak kurang yang lebih selesa mengungkapkan "Excuse me".Saya dan Haziq tidak terkecuali.Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda yang maksudnya :

“Ketika salah seorang di antara kamu bersin maka hendaklah dia berkata :
AlhamduliLLah “Segala puji bagi Allah” Dan hendaklah saudaranya atau temannya mendoakannya: YarhamukaLLah “Semoga Allah merahmatimu” Dan ketika temannya berkata demikian, YarhamukaLlah “Semoga Allah merahmatimu” Hendaklah orang yang bersin tadi berkata:ْ” YahdikumuLlahu wa yuslihu baa lakum “Semoga Allah memberi petunjuk dan memperbaikkan sifatmu”. (Hadis riwayat al-Bukhari)

Malah diceritakan di dalam sebuah hadis tentang kelebihan seorang yang mengucapkan Alhamdulillah apabila dia bersin yang maksudnya :
Dua orang lelaki bersin di sisi Rasulullah, kemudian Baginda mendoakan berkat pada salah seorang dari mereka dan tidak mendoakan pada yang seorang lagi, maka bertanyalah orang itu: “Wahai Rasulullah! Engkau doakan dia dan engkau tidak mendoakan aku?” Baginda bersabda: “Sesungguhnya yang ini memuji Allah, dan engkau tidak memuji Allah.

Firaun tidak pernah bersin!


Pena Tumpul - Bersyukur kerana masih berupaya untuk bersin

Comments

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w