Skip to main content

Didikan


Allah berfirman :-"Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya. "[Al-Thuur 52:21]

Ustaz Zahazan didengari lagi bicaranya dalam mentafsir dan mengupas surah-surah dari AlQuran lewat radio FM IKIM. Pagi ini Ustaz menghurai panjang lebar dengan pendekatan yang cukup menarik Surah Al-Thuur ayat yang dipaparkan di atas. Kata Ustaz, salah satu dari rahmat Allah keatas makhluknya ialah, jika anaknya beriman maka dia akan menyertai bapanya di Syurga yang sama taraf walaupun mereka sendiri tidak mencapai tahap tersebut, agar bapa mendapat kegembiraan bertemu dengan anak-anak mereka.

Jika seorang suami dan atau seorang bapa menginginkan anggota keluarganya menjadi soleh dan solehah, dialah yang perlu dulu menjadi soleh.Bagaimana mungkin seorang suami dan bapa dapat mendidik dan mengarahkan isteri dan anak-anaknya untuk menjadi orang yang soleh kalau diri sendiri tidak soleh. Justeru itu menuntut kepada pendidikan yang mempamerkan teladan yang baik.

Tugas ini memang berat, apalagi pada zaman sekarang; zaman dimana pengaruh budaya yang tidak Islamik begitu merasuk ke dalam seluruh sektor kehidupan kita. Seperti kata Ustaz ketika teknologi internet dan langit terbuka serta dunia tanpa sempadan memungkinkan pelbagai bentuk bahan negatif menerobos ke dalam rumah kita tanpa kawalan, menyekatnya dari mencemar pemikiran anak-anak bukanlah mudah. Beliau berkongsi cerita bagaimana orang-orang Barat sendiri pun gusar dengan penularan maklumat tanpa sempadan ini. Dilaporkan, seorang anak seawal usia tujuh tahun dan tidak pandai mengeja kecuali satu perkataan dan ini mengheretnya kepada laman-laman porno. {Anak ini khabarnya cukup berminat untuk mengetahui tentang tubuh badan manusia, bila ditanya oleh ibubapanya}

Sukarnya mendidik anak kini dengan pelbagai cabaran di depan. Namun, apabila anggota keluarga berjaya kita didik dengan baik,bukan hanya mereka terhindar dari azab neraka lalu masuk ke syurga, tapi mereka juga didoakan oleh para malaikat yang pastinya dikabulkan Allah agar mereka dikumpulkan bersama-sama di dalam syurga, seperti yang difirmankan oleh Allah maksudnya: Ya Tuhan kami masukkanlah mereka ke dalam syurga Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan orang-orang yang soleh diantara bapa-bapa mereka, dan isteri-isteri mereka dan keturunan mereka semua. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana (Surah: 40:8).

Pena Tumpul - Teringat kata Pak Hamka, tidak ada salahnya sains Barat tetapi telanjang Barat itulah yang perlu kita hindarkan!

Comments

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w