Skip to main content

Oasis



Oasis dikenali sebagai salah satu saluran ASTRO yang banyak menyajikan program yang mengupas dan membincangkan isu-isu semasa berkaitan agama Islam.Kehadiran saluran ini dilihat dapat mengisi lompang kosong pelbagai saluran yang ada yang lebih berorientasikan hiburan. Saluran gaya hidup famili yang memenuhi citarasa penonton pelbagai peringkat usia ini semakin mendapat tempat dihati penonton. Alrayyan, Kalam Suci, Bahtera Perubahan, Liga Ilmu adalah antara program yang popular.Saluran yang dilancarkan pada 13 Oktober 2007 di Saluran 106 dengan slogan "Inspirasi Sanubari"menjadi platform untuk masyarakat Melayu memperolehi input yang membawa kepada kebaikan dan kedamaian selain menjadi sumber informasi tentang kehidupan umat Islam di seluruh dunia.

Menurut pengurus saluran Astro Oasis, Tuan Hj Izelan Basar berkata, “Kami ingin terus menunaikan tanggungjawab kami sebagai pelopor saluran gaya hidup famili dengan menyampaikan program-program yang dapat mendidik para penonton dari sudut kerohanian dan pengetahuan ilmiah.

Berpegang kepada prinsip ini, kami meneruskan tradisi saluran untuk menyiarkan program-program yang dapat memberi kesedaran dan dalam masa yang sama memberi peluang kepada orang ramai untuk memberi pandangan serta pendapat berhubung dengan tajuk-tajuk yang dibincangkan.”

Namun apabila saya berkesempatan berbual dengan salah seorang rakan yang dikenali tidak sampai pun lima minit, beliau menyuarakan ada sesuatu yang tidak kena dengan saluran ini. Saya memilih untuk bersetuju dengan beliau bahawa sebagai sebuah saluran yang berimej agama, adalah tidak nampak manis diselitkan promo-promo hiburan di saluran ini. Beliau tentunya merujuk kepada promo program hiburan yang di siarkan di saluran ASTRO seperti Ria yang kelihatannya tidak wajar dipaparkan di saluran Oasis ini. Ada yang jelas menjolok mata dan merobek hati.

Astro Oasis perlu menyatakan pendiriannya. Janganlah dicemari wadah ilmu ini dengan elemen yang boleh mengundang persepsi negatif terhadap saluran ini. Korbankan keuntungan dan pertahankan kekudusan.

Pena Tumpul - Laba di akhirat lebih kekal



Comments

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w