Skip to main content

Berniaga


"Peniaga perlu bersikap tegas dalam menguruskan kewangannya. Hasil keuntungan perlu dijanakan bagi menghasilkan lebih banyak lagi keuntungan. Wang perlu membuat wang, bukannya menimbunkan hutang dan beban. Tidak ada gunanya mempunyai premis perniagaan yang cantik, kereta mewah dan berpakaian seperti tokoh korporat jika perniagaan lingkup separuh jalan".

Ann Wang Seng berkongsi kejayaan perniagaan orang Cina lewat bukunya Rahsia Bisnes Orang Cina yang sempat saya baca dan wajar juga dibaca mereka yang ingin berjaya dalam dunia perniagaan. Orang Melayu perlu mengetahui segala rahsia yang telah ditelanjangkan oleh penulis yang mengatakan orang Cina bukan secara semulajadinya hebat berniaga tetapi banyak bergantung kepada etika dan budaya niaga yang diamalkannya secara bersungguh-sungguh.

Apabila menyaksikan penutupan secara tiba-tiba stesyen minyak Petronas Gemereh baru-baru ini saya pantas mengaitkannya dengan kegagalan orang Melayu mengurus perniagaan berbanding orang Cina dan buku ini memberikan jawapan kepada sebahagian daripada kegagalan tersebut.

Umum mengakui kewujudan stesyen tersebut memberi kesenangan kepada para pemilik kenderaan justeru bermula dari persimpangan jambatan utama, tidak ada satu stesyen minyak pun pernah didirikan sepanjang perjalanan 10km ke pekan Jementah sejak bertahun-tahun yang lalu.

Penutupannya secara mengejut memang memberi kesan kepada pengguna lebih-lebih lagi kepada penduduk-penduduk kampung sekitar yang sebelum ini tidak perlu ke bandar untuk mendapatkan bekalan petrol untuk kenderaan mereka.

Saya melihat walau apa pun sebabnya, penutupan ini memang memalukan. Kebolehan orang Melayu dalam menguruskan sebuah perniagaan yang di kira berskala besar ini tentunya dipertikaikan. Sebelum ini pun sebuah stesyen minyak Petronas di daerah ini juga menerima nasib yang sama sehingga memaksa pengurusan baru mengambilalih perniagaan. Dimana silap orang Melayu? Selain daripada pengurusan yang lemah dan tidak cekap dan hambatan kewangan yang tidak tertanggung, sikap peniaga Melayu itu sendiri juga turut menyumbang kepada kegagalan tersebut.

Antara yang boleh meruntuhkan perniagaan orang Melayu ialah kesilapan dalam meletakkan prioriti. Memiliki 2 atau 3 buah kereta besar menjalar dilihat begitu sinonim dengan tauke Melayu yang baru setahun jagung dalam berniaga. Perlu gah dan bergaya.

Seperti kata Ann Wang Seng, untuk berjaya dalam perniagaan seperti orang China kita tidak perlu menjadi orang China tetapi cukuplah dengan berfikir dan bertindak seperti orang China.

Pena Tumpul - Pernah lihat tauke China menyimpan wang di bank cuma berseluar pendek lusuh dan sehelai singlet kuning di mamah usia

Comments

kamarularifin said…
setujun dengan pendapat saudara orang melayu lemah dalam pengurusan kewangan perniagaan tapi bukan semua sebab ramai juga yang berjaya...ramai juga orang cina yang gagal dalam perniagaaan tetapi kita hanya nampak pada yang berjaya sahaja...setuju semangat orang cina dalam menguruskan perniagaan boleh di contohi tetapi orang cina tidak ada halal haram dalam dunia perniagaan mereka...mereka boleh buat apa sahaja yang mereka suka...kadang2 kita nampak mereka berjaya tetapi di sebaliknya mereka menjalankan perniagaan haram...sama2 lah kita fikirkan
kamarularifin said…
nasihat saya lain kali selidik dulu dalam2 sebelum membuat komen...baru adil namanya....hanya orang yang full time berniaga dan berurusan dengan orang cina sahaja yang tahu apa2 cerita di sebaliknya....saudara banyak tak tahu cerita orang cina berniaga ni..kalau hanya 'hear say' akan jadi tidak tepat komen saudara tu...

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w