Skip to main content

Rencah


Perjalanan berkereta dari Segamat ke Serting pagi ini pastinya membosankan kalau tidak disulami dengan bual bicara dan gurau ketawa. Tok Ya yang turut serta bersama isterinya selain isteri dan Haziq memecah kesunyian apabila setelah lima minit berlalu saya masih lagi senyap justeru tidak ada apa yang hendak dibualkan. Tok Ya menyuarakan rasa kesal dan terkilan di atas pemergian Pak Itam sebulan yang lalu. "Dia mungkin boleh diselamatkan kalau mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta".

Walau pun kematian Pak Itam sudah ditentukan Ilahi namun layanan dan rawatan yang diberikan oleh hospital kerajaan amat dikesalkan. Pak Itam dibiarkan berminggu-minggu terlantar di katil sebelum pembedahan dilakukan. Yang lebih mengecewakan lagi apabila kecuaian yang dilakukan semasa pembedahan sehingga berlakunya infeksi pada paru-paru. Ini fenomena biasa di hospital kerajaan. Tok Ya sempat menceritakan pengalamannya dirawat di dua hospital yang berbeza ini. Walaupun ribuan ringgit terpaksa dikeluarkan tetapi hasilnya tidak mengecewakan pesakit. Tidak hairanlah ramai pesakit yang lebih selesa mendapatkan rawatan di hospital swasta.

Kisah Chin Peng tidak terlepas dari isi perbualan kami selama 1 jam setengah perjalanan itu. Tok Ya membantah sekeras-kerasnya sebarang cubaan untuk membawa masuk Ketua PKM ini ke tanahair. Saya tidak banyak mencelah namun cuba menjadi pendengar yang paling setia. Melalui kawasan Felda topik Tok Ya berubah. Melihat rumah-rumah peneroka yang kebanyakannya sudah jauh berubah dari bentuk asalnya sepanjang jalan menuju ke Serting, Tok Ya menyuarakan rasa kecewanya dengan sikap setengah peneroka yang tidak mengenang budi dan melupakan jasa-jasa yang dilakukan oleh kerajaan. Adakah mereka juga berfikir begitu?

Kami sampai di destinasi, rumah Mak Utih di Felda Lui Selatan buat pertama kalinya sekitar jam 1030 pagi dan Tok Ya tidak bercerita lagi. Memang menakjubkan kerana kami sampai tanpa sebarang masalah- tidak sesat seperti sebelum ini. Tidak rugi rupanya memiliki sebuah telefon bimbit baru yang dilengkapkan dengan GPS. Perjalanan menuju destinasi menjadi lebih mudah sekarang. Kami disambut oleh Azri, pengantin lelaki, Mak Utih dan Pak Utih dan yang menariknya disajikan pula roti canai yang masih panas dari kuali. Macam-macam ada kalau kita berkunjung majlis kahwin sekarang. Hidangan tidak lagi terhad kepada menu biasa seperti nasi minyak, gulai ayam dan daging serta sedikit acar nenas tetapi sudah pelbagai. Ada juga cendol, bubur pulut hitam dan telor asin. Dalam mengeluh kenaikan harga barang, namun kenduri kahwin tetap hebat. Mewahnya orang kita.

Kami meninggalkan majlis yang masih lagi dihujani dengan tetamu jemputan sekitar jam 2.30 petang setelah berkesempatan menyaksikan kedua mempelai dijulang di atas tandu bagaikan perahu dengan iringan paluan kompang yang membengitkan telinga. Perjalanan pulang begitu hambar dan semakin membosankan bila saya dibiarkan keseorangan mengawal stering sementara Tok Ya dan yang lain-lainnya terlelap dalam kelesuan.

Pena Tumpul - Cemburu bila tengok orang lain tidor membiarkan diri sendirian yang juga mengantuk

Comments

kamarularifin said…
di sini saya ingin memberi nasihat sedikit berkenaaan dengan kematian..kalau ajal sudah sampai maka tidak ada sesiapa yg dapat menolaknya...maka kalau ajal tetap ajal...kalau ajal belum samapai maka ALLAH akan membuka jalan dan makhluk akan selamat drp kematian..bila saudara mengatakan jikalau Pak Itam saudara di hantar ke hospital swasta kemungkinan beliau dapat di selamatkan adalh sesuatu yg meyedihkan..sebab yg menyelamatkan nyawa hanya ALLAH sahaja dan tidak ada yg lain...mintalah keampunan drp ALLAH di atas pemikiran tersebut..jikalau tidak maka sesiapa yg berfikiran begitu akan berada di dalam kekufuran secara tidak sengaja..di dalam ILMU TAUHID pegangan ini amat penting...ia melibatkan akidah...sebagai contoh..dalam sembahyang hak kita hanya niat sahaja...setiap pergerakan dlm sembahyang adalah hak ALLAH...kalau ALLAH mengizinkan pergerakkan maka berlakulah pergerakan tersebut...begitulah sebaliknya...
Kamil said…
Terima Kasih di atas pandangan dan saranan saudara.
Kamil said…
saudara Kamarularifin, sekadar bertanya...kenapa blog saudara tidak boleh didedahkan untuk tatapan bacaan umum seperti mana saudara bebas membaca blog bloggers yang lain...Ada udang di sebalik batu ke?
Rasanya tidak adil begitu...
kamarularifin said…
terima kasih diatas penerimaan ikhlas saudara...pesanan dan peringatan ini juga utk diri saya..berdoalah dan berusaha agar akidah kita tidak terposong baik secara sengaja atau tidak sengaja walaupun kita tidak bermaksud begitu....insyaallah
kamarularifin said…
blog saya tak ada apa 2 cerita untuk di kongsi...saya lebih berminat membaca dan memberi pendapat terhadap apa sahaja cerita yang saya baca...bukan blog saudara sahaja yang saya komen....kat blog Tun Dr Mahatir pun saya ader memberi pendapat...terpulang kepada individu tersebut untuk menerima apa sahaja komen, pendapat atau nasihat...tidak ada unsur udang di sebalik batu atau tidak adil dalam isu blogger ni...kalau saudara melayari blog yg lain lain semuanya sama sahaja...adakah mereka2 semua itu ada udang di sebalik batu atau tidak adil???
Kamil said…
Saya suka melihat perbincangan kita ini didasarkan kepada pokok persoalan- blog saudara yang tidak dapat direalisasikan. Mengaitkan diri saudara dengan bloggers yang lain hatta Tun Mahathir sekali pun tidak relevan langsung. Belajarlah untuk berfikir dalam kerangka pemikiran yang betul dan terarah. As the proverb says, dont beat about the bush"....Terima Kasih.
kamarularifin said…
seperti yang saya nyatakan bahawa saya bukan blogger dan tidak ada apa2 cerita yang boleh di kongsi bersama...saya lebih memeberi suka komen, pendapat dan bertukar2 fikiran seperti di blog2 yang lain..tak pernah seorang pun sebelum ini yang mempertikaikan saya sepertimana saudara lakukan...mereka menjawab komen saya dengan cara yang terbuka bergantung pada topik yang di bincangkan...saudara tidak boleh memaksa orang lain untuk bersetuju dengan apa saja cerita atau pendapat saudara...saya tidak lari daripada tajuk tetapi sikap saudara yang hipokrit menyebabkan saudara berfikiran begitu...menyatakan saya tidak adil dalam isu ini amat tidak bertepatan...sebelum menyatakan tidak adil kepada orang lain kita hendaklah cermin diri sendiri terlebih dahulu...adakah kita sudah bersikap adil terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat dan sebagainya...jadilah orang yang berfikiran terbuka dan bukan emosional....
kamarularifin said…
layarilah blog2 yang lain...lihat bagaimana mereka melayan kerenah tetamu2 mereka...jgn hanya duduk atau hidup dalam dunia sendiri...ataupun jangan jadi seperti katak bawah tempurung...
PENA KASIH said…
Alhamdulillah di atas apa pandangan yang diberikan.

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w