Tuesday, July 14, 2009

Masa


Kepentingan menepati masa kelihatannya tidak begitu diberikan perhatian di kalangan sebahagian besar daripada kita. Di kalangan masyarakat Melayu konsep masa sebenarnya begitu elusif dan tidak spesifik. Masa sering dikaitkan dengan lima waktu sembahyang. Lalu terbentuklah semacam budaya masa yang berkait rapat lima waktu ini. Ungkapan-ungkapan seperti lepas zohor, lepas asar, maghrib dan seumpamanya lebih kerap digunakan daripada menyatakan waktu secara tepat.

Sekiranya waktu lepas zohor yang di ungkapkan bermakna masa senggang sekitar tiga jam sebelum muncul waktu asar itulah yang perlu dipegang. Saya melihat konsep masa yang diamalkan begini tidaklah begitu baik justeru ia menyusahkan dan sekaligus membiarkan masa berlalu percuma. Malam tadi saya dibiarkan menunggu sehingga satu jam untuk satu temu janji yang dirancang berlaku selepas Maghrib. Sehingga hampir mendekati Isyak, barulah yang di nanti menjelma. Walau apa pun alasan yang diberikan, saya mengambil pendirian untuk tidak berkompromi sama sekali kerana jelas dia memang bermain dengan masa.

Pena Tumpul - Demi masa manusia selalu dalam kerugian, kecuali......

1 comment:

kamarularifin said...

memang betul menepati masa itu sesuatu yang di tuntut oleh agama islam....rasanya saudara patut bertolak ansur sedikit bila terpaksa menunggu hanya 1 jam sahaja...bukannya 5-6 jam...mungkin kawan saudara adalah masalah dan yang penting beliau sampai juga akhirnya...nampaknya saudara begitu ego di dalam perkara..cuba tanya diri saudara adakah saudara seorang yang menepati masa sentiasa didalam kehidupan seharian...cermin diri dahulu sebelum membuat andaian terhadap orang lain...

Sambilan

S etelah dua hari bekerja, Haziq mengadu penat. Dia memang ada sebab untuk penat kerana sepanjang bekerja dia memang tidak ada peluang u...