Sunday, July 26, 2009

Menu

Sejurus selepas selesainya majlis ringkas pernikahan anak saudara dan pasangannya lewat pagi ini, saya dan rombongan meninggalkan Masjid AlMizan Kempas untuk makan tengahari di sebuah restoren di Tampoi. Pertama kali ke restoren yang dikenali sebagai "Restoren Macam-Macam Ada". Hidangan nasi beriani yang amat sedap dan menyelerakan. Begitu sedap dan lazat sehingga terbit keinginan untuk menambah sepinggan lagi tetapi terpaksa mengunci hasrat justeru tidak kelihatan seorang pun yang berbuat begitu, malu juga.

Dalam keenakan menjamu selera, mata tertarik kepada menu yang terpampang hijau dan jelas. Dalam pelbagai jenis nasi yang ditawarkan, terselit menu nasi kedekut. Dengan harga RM2.00 saya dapat menjangka nasi ini khas untuk mereka yang sakit poket atau yang begitu berkira-kira dalam berbelanja. Kreatif juga pemilik restoren ini, sesuai benar dengan nama restoren itu sendiri yang macam-macam ada!

Pena Tumpul - Teringat sedapnya nasi lenyek yang emak buat masa kecil-kecil dulu

No comments:

Tabir

A dakalanya kita merasakan apa yang kita buat seolah-olah tidak dihargai oleh orang lain. Kerja yang kita lakukan tidak dipandang orang ap...