Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2009

Bencana

"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang telah mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat) "Surah Ar-Rum:41

Beberapa kejadian bencana alam melanda termasuk banjir besar di Vietnam,badaian taufan di Filipina selain tsunami yang menghentam Samoa dan Tonga serta gempa bumi di Sumatera seharusnya menjadi peringatan dan menginsafkan kita. Bencana yang berlaku tidak sekadar dinilai 100% berdasarkan teori logika dan dijelaskan berdasarkan bukti saintifik semata-mata. Kita perlu menerima hakikat fenomena ini bukan "kejadian alam tanpa pengajaran" dan meyakini setiap yang berlaku punya hikmah dan tauladan yang perlu difikirkan. Fenomena bencana alam yang semakin ragat berlaku kini sewajarnya diinsafi dan membuka mata kita untuk merenung dan menghisab di…

Momentum

Abu Ayyub Al-Ansari r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun. (Sahih Muslim hadis no: 1164].

Madrasah Ramadan sudah ditinggalkan 10 hari yang lalu. Suasana raya masih terasa dan sebuah dua rumah handai taulan dan saudara mara yang berbaki masih dikunjungi mengerat silaturahim sambil saling bermaafan mengikis sengketa lalu.Sempat juga mengikuti qariah surau bermarhaban apabila pulang rumah emak dua malam yang lalu. Pesta makanan lagi walaupun bukan itu tujuan utama. Namun tidak pula mampu menolak roti jala di rumah Wak Yeng dan ketupat beserta mee kari, lemang dan nasi lemak di empat buah rumah yang dikunjungi.

Hasrat untuk berpuasa enam hari dibulan Syawal nampaknya masih tidak tertunai lagi. Saya perlu menghormati permintaan isteri untuk berpuasa bersama. Momentum yang dipacu selama sebulan Ramadan semahunya perlu dikekalkan agar tidak bertuk…

Rezeki

Malam ini saya bersama isteri dan Haziq sempat beraya lagi. Saya berkunjung ke rumah seorang kawan lama waktu sekolah dahulu. Sekali terserempak di bazar Ramadan dan berbual ringkas sambil bertanya khabar, kami sama-sama mempelawa ke rumah untuk bercerita panjang. Saya janji pada Rosli, tunggu saya pada Hari Raya. Rosli yang lebih mesra dipanggil Chot sudah 20 tahun tidak saya tahu tentangnya apa tah lagi untuk bersua. Berjumpa kawan lama banyak perkara yang tersimpan lama diluahkan menjadi bahan cerita.

Melihatkan banyaknya kueh yang tersaji di meja, satu pertanyaan yang amat klise dan memang sudah dijangka terpacul dari mulut Wati. "Banyaknya kueh, buat sendiri ke?" Jawapan isteri Rosli yang juga klise bunyinya juga sudah saya duga. "Kuih tunjuk aja, malaslah nak buat, lagi pun senang kalau beli aja". Saya mencelah, "Betul tu, rumah saya pun kuih tunjuk jugak, Wati manalah ada masa nak buat. Sibuk dengan kerja". Masing-masing ketawa. Memang itulah yang b…

Pemanduan

Bilangan yang maut di jalan raya terus meningkat pada setiap kali musim perayaan. Ops Sikap yang digerakkan saban tahun untuk mengubah sikap pemandu supaya lebih berhemah dijalanraya nampaknya gagal lagi. Masih ada pengguna jalanraya yang memilih jalanraya sebagai pusara mereka. Adakalanya bukan kemahuan mereka tetapi sikap pemandu lain yang tidak bertanggungjawab, memandu laju dan tidak mematuhi peraturan jalanraya dan membahayakan pengguna lain yang memilih untuk berhati-hati.

Hari ini dalam keletihan yang amat sangat, saya gagahkan diri memandu seawal 5 pagi dari rumah dan perlu sampai diJB sebelum pukul 8 pagi.Saya ditemani isteri yang setia yang memang dari awal lagi tidak cukup yakin untuk melepaskan saya seorang dalam keadaan yang letih dan kurang tidor. Perjalanan berlalu lancar tanpa gangguan "pemandu kedua" kerana isteri kelihatan nyenyak tidor ketika saya meluncur laju. Selalunya, dalam banyak keadaan pemanduan saya "diganggu" bagaikan seorang pemandu yan…

Perpisahan

Kerukunan, keharmonian dan persefahaman hidup berumahtangga menjadi idaman setiap pasangan suami isteri. Namun tidak semua mampu memilikinya. Bahtera yang dikemudi bersama adakalanya karam dan tenggelam dek landaan badai yang tidak terduga. Hari Raya kali ini menemukan saya dengan dua orang yang terpaksa berdepan dengan dugaan paling pedih ini. Seorang sudah pun berpisah dan kini dengan haluan sendiri-sendiri. Terlalu sukar untuk dipercayai, namun itu kententuan takdir. Seorang lagi sedang berada di persimpangan dilema yang cukup memeritkan. Di kanan sayang, di kiri pula kasih. Hasrat hati ingin memiliki kedua-duanya, tidak mahu melepaskan yang lama dan tidak pula mampu melupakan yang baru bertakhta di hati.

Proses membuat keputusan tidak akan menjadi terlalu sukar sekiranya dia tidak di beri pilihan begini: miliki yang baru tapi lepaskan yang lama dan begitulah sebaliknya. Sukarnya membuat pilihan begitu. Umumnya, tidak ada seorang isteri pun yang sanggup kasih sayang suaminya dikongs…

Fitrah

Ramadan sudah melabuhkan tirainya. Syawal menjelma dan sekali lagi kita menyambut hari raya. Hari kemenangan kepada mereka yang berjaya mengekang nafsu sepanjang Ramadhan. Hari mengembalikan fitrah manusia kepada keadaan asal semulajadinya yang suci dan murni.
Selama sebelas bulan dalam setahun, kita bergelumang dengan nafsu dan dunia. Selama itu jugalah fitrah kita dicemari, dikotori dan dirosakkan. Dengan rahmat dan kasih sayang Allah, dikurniakan-Nya satu bulan dalam setahun iaitu bulan Ramadhan untuk kita berpuasa supaya fitrah yang telah lemah itu dapat dibersihkan, disuci dan dikuatkan semula. Supaya kerakusan nafsu itu dapat ditekan dan diimbangi. Nafsu dan fitrah itu seperti jongkang jongkit. Kalau nafsu kuat, fitrah akan lemah. Kalau nafsu lemah, fitrah akan kuat. Menekan nafsu adalah cara terbaik untuk menguatkan fitrah. Nafsu mesti dilawan, tidak boleh dilayan. Nafsu yang kuat akan menyuburkan sifat-sifat mazmumah yang keji di hati kita.

Justeru itu, 1 Syawal sebenarnya ial…

Kampung

Bahang hari raya semakin menghangat. Kampus kian lengang. Pelajar kelihatan berbondong-bondong meninggalkan kampus seawal pagi semalam lagi, atau mungkin ada yang telah pun pulang lebih awal dari itu. Wajah-wajah ceria jelas terpancar tanpa selindung. Keterujaan untuk balik kampung sememangnya satu fenomena yang tidak dapat dibendung setiap kali raya menjelang. Saya sudah lama tidak mengalami keseronokan balik kampung begitu. Sejak saya mengambil keputusan untuk menetap di Kg Gudang Garam, Segamat kira-kira 13 tahun yang lalu,keghairahan untuk balik kampung menyambut raya bukan milik saya lagi. Kali terakhir saya dan isteri menghitung hari membelai kesabaran untuk balik kampung ialah bila kami bertugas di Jengka Pahang. Lima tahun saya di sana. Namun kegerangan paling hebat dirasakan sebagai seorang pelajar yang merantau selama empat tahun awal 80an dulu. Gamitan untuk balik kampung beraya bersama keluarga terutama ayah dan bonda bukan kepalang hebatnya sehingga sehari dirasa bagai se…

27

Pantasnya waktu beredar. Hari ini kita memasuki hari ke 26 berpuasa dibulan Ramadan.Pada malam ini kita akan menjalankan ibadah solat tarawikh untuk malam ke 27 Ramadan.Malam ke 27 Ramadan adalah malam ganjil keempat di 10 malam terakhir Ramadan dalam menemui malam lailatul qadar! Hanya tinggal dua malam ganjil iaitu dimalam 27 dan 29 dibulan Ramadan tahun ini.

"Demi Allah tidak ada Tuhan selain dia, malam itu terdapat di bulan Ramadhan, demi Tuhan aku mengetahuinya, tapi malam manakah itu? Malam dimana Rasulullah memerintahkan kita untuk bangun untuk beribadah. Malam tersebut adalah malam ke dua puluh tujuh, yang ditandai dengan terbitnya matahari berwarna putih bersih tidak bercahaya seperti biasanya". Diriwayatkan oleh Bukhori dari Ibnu Abbas .

Sahabat Rasulullah SAW, Ibnu Abas berijtihad bahawa malam lailatul qadar adalah malam ke-27 Ramadan berdasarkan penelitiannya terhadap rahsia surah al-Qadr. Beliau mendapati ada 30 perkataan dalam surah berkenaan dan perkataan …

Kad

Saya mendapat sekeping kad ucapan selamat hari Raya pagi ini. Pada saya ia amat istemewa kerana dua sebab. Ketika keghairahan mengirim kad raya semakin pudar bersama arus kecanggihan teknologi siber masa kini, mendapat kad raya tentunya amat istemewa. Keistemewaan menjadi berganda kerana sejak beberapa tahun yang lalu, tidak ada seorang pelajar pun yang didorong ingatan begitu tinggi untuk melayangkan kad ucapan hari raya untuk pensyarahnya ini. Teruknya saya justeru tidak begitu popular di kalangan pelajar gamaknya! Namun seorang pelajar ini yang bernama Nur Amirah Mustafa membuat saya rasa dihargai. Dengan bait-bait ucapan mengiringi ucapan hari raya: smile always, take care.

Seingat saya, di zaman persekolahan dulu, kad hari raya laris bagaikan goreng pisang panas. Sentiasa dinanti-nanti kehadirannya. Berwarna warni disulami kata-kata indah, menggamit rasa dan menyentuh hati. Satu kemestian dikala jauh dirantau, kad raya untuk ayah dan emak tidak pernah lupa untuk di layangkan. Tida…

Burung

Saya pernah menulis tentang tidak wajarnya sistem pendidikan kita melahirkan pelajar yang bercirikan kakaktua. Burung ini memang luarbiasa kerana diberi kepandaian untuk mengajuk cakap orang. Sebagai contoh, hello kata kita, hello jugalah ungkapnya. Tidak kurang ada kakaktua yang boleh mengucapkan salam. Malah ada yang boleh menuturkan semula bait-bait ayat Quran yang diajarkan kepadanya, walaupun tidak jelas. Saya ingin berkongsi cerita tentang burung pandai bercakap ini. Ia mungkin melucukan tetapi yang lebih penting dari kelucuan itu ialah pengajaran berharga: bahawa banyak berkata-kata mengundang perhatian meninggalkan yang diam sepi tersisih dari pandangan. Namun dari sudut yang lain, tentu ada hikmahnya juga mengapa Allah jadikan kita mempunyai lebih telinga dari mulut!

Di sebuah kedai menjual burung, terdapat dua ekor burung kakak tua.Kedua burung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang satunya lagi hanya diam saja, datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua. I…

Nanah

"Sesungguhnya Jahanam adalah tempat tersedia. Bagi orang-orang yang derhaka, (Jahanam itu) adalah tempat kembali. Mereka akan tinggal di sana beberapa ‘huqub’ (satu masa yang sangat lama). Mereka tidak akan merasakan kedinginan di sana dan tidak (mendapat) minuman. Kecuali air yang mendidih dan nanah. (Sebagai) pembalasan yang setimpal"
(Surah al-Naba': Ayat 21-26)

Menjijikkan. Meloyakan. Itulah pandangan umum tentang cairan kotor yang keluar dari tubuh manusia ini. Kalau sekadar melihat sudah mengundang kejijikan begini bayangkanlah keloyaan melampau untuk meminumnya pula. Namun nanah adalah minuman yang Allah sediakan untuk penghuni neraka. Haziq yang sedang membaca terjemahan surah Al-Naba' ini sebenarnya meminta penjelasan daripada saya tentang "nanah". Saya jelaskan kepadanya dan menunjukkan kepadanya imej ini. Melihat imej sudah memualkannya, apatah lagi untuk melihatnya betul-betul di depan mata. "Sanggup kau minum nanah ini?" Saya mendugan…

Usia

"Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu Ia menjadikan kamu kuat. Setelah itu Ia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Ia menciptakan apa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa”. (Surah Arrum: 54)

Sering sekali kita dengar bila usia meningkat tua, pelbagai penyakit akan mula menyinggah. Paling popular pastinya darah tinggi, kencing manis,sakit jantung, buah pinggang yang bermasalah, kaki yang sudah mula lenguh-lenguh dan bisa-bisa dan bermacam lagi penyakit yang tidak pernah dirasai pun sewaktu muda lela. Petang ini, ketika mengadap penuh nikmat hidangan berbuka puasa, emak bercakap tentang kadar kolestrolnya yang tinggi. Menurutnya,doktor yang baru ditemuinya menyarankannya supaya mengawal pengambilan makanan yang mengandungi kadar lemak yang tinggi. Emak perlu lebih banyak makan masakan yang berebus juga tingkatkan pengambilan sayur. Sudah menjadi kelaziman, masakan emak bagaikan tidak se…

Emak

Saya berbuka dengan emak lagi semalam. Seronoknya dapat merasai masakan emak.Emak yang faham benar tentang kegemaran saya, menyediakan buah melaka dan tidak ketinggalan kari daging. Betul kata orang, masakan emak tiada tolok bandingnya pada anak-anaknya. Sesedap mana pun masakan isteri, masakan emak tetap nombor satu. Hebatnya seorang emak kerana amat arif lauk kegemaran setiap orang anaknya. Bila abang ada bersama, kari dal tidak pernah ketinggalan, begitu juga kakak yang pulang dari JB yang tidak pernah dikecewakan emak dengan ikan asam pedas kegemarannya. Saya lihat kegembiraan emak dan mengagak emak pastinya punya sebab yang cukup kuat untuk segembira itu. Emak dapat durian runtuh lagi. Sejak beberapa tahun lalu, kegembiraan emak menjelang raya bersebab. Tanpa ayah di sisi, emak sentiasa bersyukur kepadaNya kerana tidak menyusahkan sangat anak-anaknya.

Saya mengusik emak, " Tidak teringin pergi Haji lagi ke, umrah ke?Duit simpanan emak pun dah lebih dari cukup tu. Ini baru da…

PSP

Sejak beberapa hari yang lalu, saya dan isteri sama-sama memikirkan hadiah hari jadi yang dikira sesuai untuk satu-satunya anak lelaki kami. Haziq menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke14 hari ini. Bukanlah satu kemestian saban tahun Haziq dianugerahkan hadiah hari jadi. Malah ada sebilangan tahun hari ulang tahun kelahirannya berlalu tanpa apa-apa sambutan apatah lagi pemberian hadiah untuknya. Cukup sekadar ucapan dan doa agar beliau sentiasa sihat, mendengar kata ibu dan bapanya, taat perintah Allah dan sentiasa komited dalam pelajaran.

Pada awalnya saya berhasrat menghadiahkannya beberapa judul buku cerita yang boleh menyemaisuburkan tabiat membacanya, namun tidaklah sesuai sangat justeru di kesempatan yang lain pun Haziq sudah sering dihadiahkan buku. Pelbagai item yang acapkali dijadikan barang hadiah silih berganti berlegar difikiran saya dan isteri. Dari seutas jam tangan, sepasang kasut bola yang pernah direngeknya satu ketika dan juga membawanya makan di tempat yang dicad…

Pemimpin

Topik kepimpinan saya kuliahkan kepada lebih kurang 150 pelajar yang mengambil kursus "Organizational Behaviour" pagi ini. Berbicara tentang kepimpinan pastinya tidak mampu dilengkapkan dalam tempoh masa dua jam yang agak terbatas. Saya mengajak pelajar untuk melihat aspek kepimpinan ini dalam perspektif yang lebih luas melangkaui apa yang tercatat dalam buku olahan sarjana-sarjana barat. Saya tonjolkan kepimpinan junjungan besar Nabi Muhammad sebagai model kepimpinan paling tinggi lebih dari apa yang dimiliki oleh Nelson Mandella, Hitler, Dalai Lama, Kennedy seperti yang digambarkan dalam kebanyakan buku yang dihasilkan oleh sarjana barat itu. Malah konsep pemimpin itu tidak seharusnya difahami dalam konteks yang sempit begitu, justeru sebenarnya setiap orang adalah pemimpin atau pun khalifah di bumi Allah ini. Paling tidak, kita adalah pemimpin kepada diri kita sendiri dalam menentukan hala tuju hidup kita, baik atau buruknya. Juga, pemimpin kepada sebuah keluarga, masyara…

Dialog

Dalam dialognya dengan iblis Nabi Muhammad mengajukan pertanyaan berikut:
"Jika umatku berpuasa karena Allah, bagaimana keadaanmu?"
Jawab Iblis:
"Ya Rasulullah! Inilah bencana yang paling besar bahayanya kepadaku. Apabila masuk awal bulan Ramadhan, maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan seluruh Malaikat menyambut dengan suka cita. Bagi orang yang berpuasa, Allah akan mengampunkan segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak dicatatkan dosanya selama dia berpuasa. Yang menghancurkan hatiku ialah segala isi langit dan bumi, yakni Malaikat, bulan, bintang, burung dan ikan-ikan semuanya siang malam mendoakan ampunan bagi orang yang berpuasa.

Satu lagi kemuliaan orang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azab neraka. Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya, serta dihembuskan angin dari bawah Arasy yang bernama Angin Syirah yang amat lembut ke dalam syurga. Pada hari umatmu mulai b…

Emosi

Cukup tersentuh emosi saya apabila di depan saya dan pelanggan-pelanggan yang lain, seorang pekerja wanita di perlakukan bagai tidak punya harga diri oleh penyelianya. Tidak dapat saya bayangkan betapa tersayatnya hati wanita itu ketika itu. Saya dan isteri yang kebetulan berada di kedai langsir bernama Jepun ini cuma mampu memerhatikan sahaja namun dalam dilubuk hati saya menyimpan rasa belas yang teramat melihat wanita itu dilayan bagaikan budak kecil yang tidak punya perasaan. Ketika dia cuba bersuara menjelaskan sesuatu tentang masalah yang berlaku dengan pelanggannya, sepantas itu jugalah penyelia ini memintas kata-katanya dan mengherdiknya supaya diam. Saya cuma mampu menahan perasaan dan sekali sekala bersuara dengan isteri yang juga kelihatannya tidak senang melihat kejadian itu berlaku di depan mata. Bahawa adalah sangat betul pelanggan adalah raja dan tidak wajar dipersalahkan namun adalah tidak wajar juga untuk seseorang itu "dimalukan" di depan seorang yang lain …