Skip to main content

Momentum

Abu Ayyub Al-Ansari r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun. (Sahih Muslim hadis no: 1164].

Madrasah Ramadan sudah ditinggalkan 10 hari yang lalu. Suasana raya masih terasa dan sebuah dua rumah handai taulan dan saudara mara yang berbaki masih dikunjungi mengerat silaturahim sambil saling bermaafan mengikis sengketa lalu.Sempat juga mengikuti qariah surau bermarhaban apabila pulang rumah emak dua malam yang lalu. Pesta makanan lagi walaupun bukan itu tujuan utama. Namun tidak pula mampu menolak roti jala di rumah Wak Yeng dan ketupat beserta mee kari, lemang dan nasi lemak di empat buah rumah yang dikunjungi.

Hasrat untuk berpuasa enam hari dibulan Syawal nampaknya masih tidak tertunai lagi. Saya perlu menghormati permintaan isteri untuk berpuasa bersama. Momentum yang dipacu selama sebulan Ramadan semahunya perlu dikekalkan agar tidak bertukar tempo apatah lagi hilang rentaknya. Mengekalkan momentum bukannya mudah.
Mampukah solat malam terus dijaga? Bagaimana dengan puasa sunat? Bagaimana dengan solat jemaah? Bagaimana dengan Quran? Mampukah solat sunat sebanyak tarawih didirikan lagi selepas Ramadan? Bagaimana amalan bersedekah? Semuanya menuntut kehambaan yang jitu dan padu. Istiqamah itu sangat berat, berat dan terlalu berat.

Ya Rabb, jadikan aku hambaMu yang istiqamah di jalanMu. Aku tidak akan mampu melakukannya tanpa pertolonganMu. Aku lemah dan aku amat mengharapkan tarbiahMu.

Pena Tumpul - Bersyukur masih berupaya mendalami AlQuran dan maknanya walaupun sekadar semuka dalam sehari

Comments

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w