Skip to main content

Kad


Saya mendapat sekeping kad ucapan selamat hari Raya pagi ini. Pada saya ia amat istemewa kerana dua sebab. Ketika keghairahan mengirim kad raya semakin pudar bersama arus kecanggihan teknologi siber masa kini, mendapat kad raya tentunya amat istemewa. Keistemewaan menjadi berganda kerana sejak beberapa tahun yang lalu, tidak ada seorang pelajar pun yang didorong ingatan begitu tinggi untuk melayangkan kad ucapan hari raya untuk pensyarahnya ini. Teruknya saya justeru tidak begitu popular di kalangan pelajar gamaknya! Namun seorang pelajar ini yang bernama Nur Amirah Mustafa membuat saya rasa dihargai. Dengan bait-bait ucapan mengiringi ucapan hari raya: smile always, take care.

Seingat saya, di zaman persekolahan dulu, kad hari raya laris bagaikan goreng pisang panas. Sentiasa dinanti-nanti kehadirannya. Berwarna warni disulami kata-kata indah, menggamit rasa dan menyentuh hati. Satu kemestian dikala jauh dirantau, kad raya untuk ayah dan emak tidak pernah lupa untuk di layangkan. Tidak sedar air mata bergenang menulusuri bait-bait kata yang penuh syahdu. Tarikan untuk pulang ke kampung bagaikan tidak dapat ditahan-tahan waktu itu. Sesama rakan kelas sebok-sebok pula menghitung siapa paling banyak mendapat kad raya. Malah berebut-rebut pula untuk memberi kad raya kepada guru-guru yang disukai dan disenangi. Seronoknya waktu itu.

Kini segalanya sudah berubah bentuk, cara dan gaya. Kad tidak sehebat dulu lagi dan tidak ditunggu-tunggu hadirnya. Orang lebih selesa dengan sms, e-mail, animasi yang mengasyikkan.

Sejak semalam ucapan hari raya bertalu-talu menyinggah dikantung mel elektronik dan saya menghadamnya satu persatu.

Pena Tumpul - Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin

Comments

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w